Anda di halaman 1dari 2

KOMPENAN KOMPONEN KECERGASAN

1. KETANGKASAN
2. IMBANGAN
3. KUASA
4. KELAJUAN
5. KOORDINASI
6. MASA REAKSI
7. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
8. DAYA TAHAN OTOT
9. KEKUATAN OTOT
10. FLEKSIBILITI
11. KOMPOSISI BADAN

1. KETANGKASAN
Keupayaan untuk mengubah dan mengawal arah dan kedudukan badan disamping
mengekalkan gerakan yang berterusan yang pantas contoh memukul bulu tangkis.

2. IMBANGAN
Keupayaan untuk mengawal dan menstabilkan badan apabila seseorang berdiri kaku atau
bergerak contohnya gimnastik.

3. KUASA
Keupayaan untuk menggerakkan bahagian-bahagian badan yang pantas menggunakan
kuasa maksimun otot. Menggabungkan kedua-dua kelajuan dan kekuatan otot.
Contohnya pemain bola tampar.

4. KELAJUAN
Keupayaan untuk menggerakkan badan atau bahagian bahagian badan dengan pantas.
Sebagai contoh, seorang penyerang berlari pantas ke hadapan untuk menerima hantaran
bola.

5. KOORDINASI
Adalah keupayaan untuk menggunakan deria bersama-sama dengan bahagian-bahagian
badan bersama pergerakan.contohnya mengelecek bola keranjang.

6. MASA REAKSI
Keupayaan untuk mencapai atau bertindak balas dengan cepat kepada apa yang anda
dengar, lihat atau rasa. Sebagai contoh pelumba lari yang cepat keluar daripada blok
permulaan dalam larian 100m

7. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Keupayaan jantung, paru-paru dan peredaran darah untuk membekalkan oksigen kepada
otot bagi sesuatu jangka masa yang panjang.

8. DAYA TAHAN OTOT
Keupayaan otot untuk bekerja dalam tempoh masa yang panjang tan[a keletihan. Contoh
ujian ringkuk tubi atau tekan tubi.

9. KEKUATAN OTOT
Jumlah maksimun kuasa otot merentasi rintangan.

10. FLEKSIBILITI
Keupayaan untuk menggerakkan bahagian badan melaui pelbagai gerakan pada sendi .

11. KOMPOSISI BADAN
Nisbah lemak badan dengan jisim badan tanpa lemak (termasuk air, tulang, otot dan tisu
perantaraan). Tisu lemak yang berlebihan adalah satu factor risiko untuk penyakit
kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Anda mungkin juga menyukai