Anda di halaman 1dari 6

1

More

Next Blog

Create Blog

Yang Istimewa.....Pastinya Teristimewa.


Bahan-bahan yang dimuatkan di sini kebanyakkannya adalah koleksi tugasan saya berkaitan pendidikan khas
dan juga pendidikan secara umumnya. DIharapkan bahan-bahan ini dapat dikongsi dan memberi manfaat
kepada sesiapa juga yang memerlukannya..

Thursday, 28 February 2013

Motivasi Al-Quran

PANTANG LARANG MASYARAKAT MELAYU - SUBJEK EDU3106

Classic Clock
Add Gourmet Food

PANTANG LARANG MASYARAKAT MELAYU


Pengenalan
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Menurut Sheikh
Othman bin Seikh Salim (eds.) dalam Kamus Dewan Edisi Yang Ketiga (hlm. 975),
pantang larang secara ringkasnya bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari
sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya
meninggal dunia. Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya
(UM), Siti Nor Awang, menafsir pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat
Melayu dulu sebagai panduan hidup mengenai perkara yang boleh dilakukan,
larangan dan wajar.
Menurut Arni Binti Johan dalam Aktivis Jurnal Akademik Jilid V1 2006 Budaya dan
Ilmu (hlm. 49), pantang larang lebih merupakan khazanah budaya dunia terbina
daripada pengalaman hidup yang lalu. Pengalaman ini mendukung nilai yang tinggi
kerana paling tidaknya pengalaman ini dapat dijadikan panduan, pedoman atau
contoh teladan dalamkehidupan masa kini. Pantang larang ini merupakan salah satu
bentuk disiplin lisan yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu
khususnya ketika zaman perkampungan dan pertanian merupakan bentuk
kehidupan mereka
Masyarakat Melayu lama cerdik dalam menyampaikan peraturan dengan darjah
keseriusan berbeza dan ia dapat dilihat melalui kesan dan akibat yang dikatakan
berhubung perbuatan melanggar larangan yang ditetapkan. Pensyarah Fakulti
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nafii Mat, berkata pemikiran saintifik
sudah hadir dalam minda Melayu lama berdasarkan asas penciptaan pantang larang
dan peribahasa Melayu yang memaparkan unsur jisim, alam, fizik dan ekonomi
sebagai asasnya.

KENALI TUAN BLOG


Ummu Iman
Follow

View my complete profile

Jom Join Blog Saya!


Ummu Iman
Add to circles

7 have me in circles

Tujuan Pantang Larang


Pada

zaman

dahulu,

pantang

larang

digunakan

sebagai

kaedah

untuk

Total Pageviews

View all

Sign In

menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Sesuatu peraturan yang hendak


dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang larang supaya mesyarakat takut
untuk melanggar peraturan tersebut. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik
masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut
bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik
pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang larang diamalkan oleh masyarakat melayu dahulu juga bertujuan untuk
mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka.Ia juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek
moyang mereka dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk
mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu
mereka.Di dalam sebuah pantang larang mempunyai erti sendiri yang akan memberi
manfaat dalam hidup masing-masing.

Contoh-contoh Pantang Larang Masyarakat Melayu


Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang masih kuat berpegang pada adat
dan pantang larang. Ini mungkin kerana orang melayu ialah suatu masayarakat yang
tidak mudah melupakan unsur tradisi yang menjadi amalan zaman berzaman.
Rashiqah Ilmi (Berita Harian,2009) mengatakan masyarakat Melayu antara bangsa
yang masih banyak terikat dengan pantang larang yang diwarisi secara turun
temurun meskipun mereka sedang menempuh kehidupan pada alaf ketiga dan sedia
menerima pembaharuan.

Pantang Larang Pertama


Wanita yang baru melahirkan anak perlu melalui tempoh berpantang 44hari, jika
tidak akan menyebabkan bentan
Bentan bermaksud berbalik sakit. Ertinya, sekiranya seseorang itu sakit tetapi tidak
menjalani rawatan yang betul atau menyalahi pantang, orang itu akan mendapat
bentan. Sakit yang pada awalnya sudah semakin sembuh akan menjadi bertambah
buruk dan melarat. Sebagai contoh, wanita yang baru melahirkan anak perlu
berpantang. Antara gejala bentan pada wanita yang baru melahirkan ialah sakit
pada ari-ari, keluar darah atau nanah dari saluran peranakan ataupun berlaku
buasir.
Wanita selepas bersalin perlu menjalani tempoh berpantang selama 44 hari.
Semasa berpantang, segala pergerakan dan makan minum wanita baru bersalin
juga perlu dijaga. Berpantang bertujuan mengelakkan bentan. Sekiranya wanita itu
tidak memakan ubat ramuan seperti jamu dan herba, tidak bertungku dan
berbengkung serta tidak memakai pilis, wanita itu akan melarat sakitnya. Luka
dalam tubuh wanita itu memerlukan ubat dan rawatan yang betul.
Sebenarnya, salah makan paling sering dikaitkan dengan penyakit kerana bagi
masyarakat Melayu, makanan boleh menjadi racun atau penawar. Prinsip pertama
perubatan Melayu ialah: setiap keuzuran ada sebab dan musabab. Sebab musabab
atau punca, bermula daripada manusia sendiri seperti jangkitan kuman, bakteria,
virus, dan pemakanan. Salah makan merupakan punca utama mengapa manusia
mengalami keuzuran. Berpegang pada prinsip yang sama juga, salah makan juga
menjadi punca utama kenapa kita mengalami bentan.
Dari sudut sains, bentan dianggap seperti infection, allergic atau side effect, iaitu

3 7 0 3 5
Blog Archive
2013 (8)
February (8)
PANTANG LARANG MASYARAKAT
MELAYU - SUBJEK EDU3106
PRABACAAN - SUBJEK LITERASI
BAHASA WAJ3104
KEPENTINGAN TEORI
PERKEMBANGAN KEPADA GURU
PSV - S...
CIRI-CIRI & JENIS AUTISME SUBJEK PENGENALAN PEND...
KENALI AUTISME - SUBJEK
PENGENALAN PENDIDIKAN
KHAS...
TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVESME
TEORI PEMBELAJARAN
HUMANISME
PENGURUSAN TINGKAHLAKU
MURID-MURID PENDIDIKAN
KHAS...

kesan daripada sesuatu pembedahan atau ubat yang dimakan ketika sakit. Kesan
ini juga boleh diperolehi sekiranya badan kita alah pada sesuatu jenis makanan
contohnya makanan laut yang akan menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.
Konsep bentan hanya difahami sepenuhnya oleh orang Melayu yang berpegang
pada adat, nilai dan budaya Melayu. Sekiranya kita mengikut pantang larang ketika
sakit, pastinya kita tidak akan mengalami bentan.
Logiknya, wanita yang baru melahirkan anak sememangnya perlu menjaga
kesihatan diri mereka memandangkan mereka kehilangan tenaga yang banyak dan
mengalami luka sewaktu melahirkan anak. Pantang larang yang membataskan
pergerakan wanita yang baru melahirkan anak dan melarang mereka dariapda
melakukan kerja-kerja rumah adalah bertujuan untuk memberi rehat yang
sepenuhnya mereka di samping membantu proses penyembuhan berlaku dengan
lebih cepat. Selain dariapda itu, mereka juga dapat memberi perhatian dan tumpuan
sepenuhnya pada anak yang baru diahirkan tanpa perlu memikirkan tugasantugasan rumah seperti mencuci, memasak dan sebagainya.
Pantang Larang Kedua
Tidak boleh terkena hujan panas, nanti keteguran atau tersampuk
Boi, hujan panas! Cepat pulang sini! seru ibu. Aku lantas merendahkan tubuh,
mencabut selembar ilalang, lalu menyelipkannya di daun telingaku. Aku tak begitu
paham apa gunanya, tapi aku melakukannya saja. Sebab, kata orang-orang tua,
setiap datang hujan panas, ada hantu yang berkeliaran. Namanya hantu jaringjaring. Petikan Cerpen Hujan Panas dan Hantu Jaring-Jaring, Bernard Batubara,
Kalimantan Barat.
Keteguran atau tersampuk merujuk kepada kepercayaan masyarakat Melayu
berkaitan roh-roh orang yang telah mati dan juga makhluk-makhluk halus sepeti
hantu, jin dan syaitan yang sedang berkeliaran yang akan merasuk ke dalam tubuh
manusia hingga menyebabkan orang yang disampuk itu akan jatuh sakit. Seringkali
dikaitkan dengan penyakit misteri iaitu penyakit yang tidak mahu sembuh walaupun
setelah berulang kali mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital.
Hujan panas seringkali turun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Seringkali
hujan akan turun tiba-tiba di saat cuaca panas terik yang menggigit. Menurut
kepercayaan orang tua-tua, hujan panas yang turun membawa alamat bahawa
suatu perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Mengikut kajian saintifik, hujan memang boleh menyebabkan sakit kepala. Apatah
lagi sekiranya ubun-ubun dan kepala kita dibasahi hujan yang pertama, atau hujan
yang mula-mula turun. Secara logik, hujan awal itu membawa turun sekali bahanbahan toksik yang terkumpul. Itulah yang menyebabkan kepala menjadi pening.
Justeru memang tidak salah pesan orang tua-tua agar kita cepat-cepat mencuci
kepala atau membasahi atas kepala dengan air, sekiranya terkena hujan.
Rasionalnya, terkena air hujan sewaktu cuaca yang panas memang kurang elok
untuk kesihatan kita. Ini kerana dalam keadaan cuaca panas, sudah tentulah badan
kita juga akan berada di tahap suhu yang panas. Maka apabila terkena hujan, suhu
badan kita akan menjadi tidak stabil. Ini akan menyebabkan peredaran darah kita
menjadi tidak normal dan menyebabkan badan menjadi panas atau kepala menjadi
sakit. Sebab itulah kita disarankan mandi sekiranya terkena hujan. Ini adalah
bertujuan untuk menstabilkan suhu badan kita ke tahap yang normal bagi
mengelakkan demam ataupun sakit kepala.
Pantang Larang Ketiga

Jangan duduk di atas bantal, nanti akan berbisul di punggung.


Sejak kecil, ibu ayah dan orang tua-tua amat menegah kita daripada duduk di atas
bantal kononnya dikhuatiri akan timbul bisul di punggung. Sememangnya anak-anak
kecil suka bermain dengan bantal dan seringkali juga menjadi bantal sebagai tempat
melabuhkan punggung masing-masing. Keempukan bantal menjadikan sebab
mengapa anak-anak kecil gemar duduk di atasnya.
Sebenarnya kita dilarang sama sekali duduk di atas bantal kerana bantal ialah
tempat kita meletakkan kepala sewaktu tidur. Adalah kurang sopan sekiranya kita
meletakkan punggung kita di atas bantal yang menjadi alas kepala semasa kita
berbaring atau tidur. Pantang larang ini sebenarnya mengajar anak-anak agar
berlaku sopan kerana duduk di atas bantal merupakan perbuatan kurang enak
dipandang serta agak kurang sopan. Tambahan pula sekiranya ada tetamu di
rumah, adalah kurang sopan sekiranya bantal yang diduduki oleh kita kemudiannya
dihulurkan pula kepada tetamu untuk tidur. Selain daripada itu, kebanyakan bantal
adalah diperbuat daripada kekabu. Sekiranya asyik dijadikan tempat duduk,
dikhuatiri akan menyebabkan bantal koyak seterusnya kekabu akan terkeluar dan
berterabur. Ini akan mengundang masalah yang lain pula.
Sewajarnya pantang larang ini patut dikekalkan dan diikuti kerana jika dilihat dari
sudut nilai sememangnya pantang larang duduk di atas bantal ini mempunyai
rasionalnya yang tersirat. Penerapan nilai-nilai kebersihan, penghormatan dan
sopan santun dapat dilihat dengan jelas dalam pantang larang ini. Di zaman
sekarang memang terdapat bantal-bantal khas untuk dijadikan tempat alas duduk,
jadi tidak perlulah bantal yang digukana sebagai alas kepala pula turut sama
dijadikan alas duduk.
Pantang Larang Keempat
Jangan minum air sambil makan, nanti perut buncit
Amalan pemakanan dan cara minum juga tidak terlepas daripada menjadi antara
aspek yang terkandung dalam pantang larang masyarakat Melayu. Malahan amalan
makan dan minum merupakan antara aspek yang mempunyai banyak pantang
larangnya. Ini kerana makan dan minum adalah perkara yang kita lakukan setiap
hari dan cara kita makan dan minum sebenarnya sentiasa menjadi perhatian orang
di sekeliling kita. Exco Kanan Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Sheikh Ahmad
Afiq Sheikh Yahya, berkata kebanyakan pantang larang Melayu berkaitan dengan
amalan pemakanan kerana kesihatan setiap individu berkait rapat dengan tabiat
pemakanannya.
Masyarakat dulu tidak menggalakkan sesiapa juga meminum air ketika makan atau
dengan kata lain makan sambil berselang seli dengan meminum air. Amalan ini
dikatakan boleh menyebabkan kegemukan dan perut menjadi buncit. Ini kerana
makanan yang diambil tidak dapat hadam dengan sempurna. Menurut Dato Dr.
Fadzillah Kamsah dalam artikel Tips Menjadi Orang Yang Cemerlang, beliau
meyarankan agar kita minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Beliau juga
melarang meminum air semasa makan.
. Jadi, jika dilihat dari sudut kesihatan, pantang larang ini memang wajar untuk
diikuti. Larangan ini jelas selari dengan fakta saintifik yang menunjukkan tabiat
makan sambil disulami dengan minum air akan menyusahkan proses penghadaman
berlangsung dalam diri seseorang. Ia juga akan memberi kesan kepada tenaga kita.
Di samping itu makan sambil minum air juga dipercayai boleh melemahkan tenaga
batin seseorang.

Pantang Larang Kelima


Jangan memotong kuku di waktu malam, nanti akan didatangi malang
Masyarakat Melayu lama sentiasa bijak dalam menyelitkan tegahan dan larangan
kepada anak-anak kecil melalui pantang larang yang dinyatakan. Pantang larang
memotong kuku di waktu malam seringkali juga ditekankan di mana dikatakan bakal
didatangi malang sekiranya dilakukan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, kita tidak
dapat melihat di mana perkaitan antara memotong kuku dengan malang yang bakal
menimpa. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan pantang larang
masyarakat Melayu sebenarnya sentiasa ada maksud yang tersirat. Pantang larang
yang dinyatakan hanya semata-mata untuk menimbulkan rasa takut dan gerun di
kalangan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu yang ditegah.
Jika di lihat dari sudut rasionalnya, larangan memotong kuku di waktu malam ada
kebenaran dalam tegahannya. Kita sedia maklum, pada zaman dahulu tiada bekalan
letrik dan waktu malam hanya diterangi cahaya lampu pelita sahaja. Maka sudah
pastilah pandangan pada waktu malam adalah tidak jelas dan samar-samar. Maka
tegahan ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan daripada terpotong kuku secara
berlebihan ataupun melukakan jari sendiri kerana kemampuan pandangan mata
yang tidak berapa jelas.
Seiring dengan perkembangan masa, walaupun telah ada bekalan eletrik, pantang
larang ini masih mempunyai rasional untuk diikuti. Sekalipun, terdapat cahaya dari
lampu elektrik, keadaan pada waktu malam masih tidak secerah waktu siang.
Ditambah pula dalam keadaan diri yang mulai mengantuk, juga dikhuatiri akan
melukakan jari semasa memotong kuku.

Posted by Ummu Iman at 06:49


+1 Recommend this on Google

No comments:
Post a Comment

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Google Account

Preview

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Pete The Penguin Virtual Pet

Free Gadgets For Blogger

Picture Window template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai