Anda di halaman 1dari 54

BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013

1

1.0 PENDAHULUAN


Setiap hari tentu kita melakukan komunikasi, sama ada komunikasi lisan atau tertulis.
Komunikasi lisan diwujudkan dalam bentuk dialog, baik yang dilakukan dua orang atau
lebih, seperti bermusyawarah, berdiskusi, bertelefon dan sebagainya. Sedangkan
komunikasi bertulis diwujudkan dengan tulisan, seperti surat kabar, majalah, atau
telegram. Informasi yang kita semak disampaikan melalui sejumlah bunyi bahasa dan
unsure-unsur lain yang mengertinya.

Kajian bidang Fonetik dan fonologi dapat dianggap sebagai pelengkap kepada
buku-buku yang terdahulu. Kedua-dua bidang ini mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi- bunyi yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu
adalah bunyi-bunyi bahasa yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-
bunyi lain yang tidak digunakan oleh manusia tidaklah menjadi kajian fonetik.

Sesuai dengan perkembangan semasa, kaedah ekspremintal menitik beratkan
tentang kaiian fonetik yang disertai dengan grafik dan penerangan pada setiap
prosedur. Pengaruh aspek ini dihubungkan dengan komunikasi Bahasa Melayu. Kajian
kaedah ini ekspremintal ini dapat menghasilkan satu dapatan baru tentang intonasi ayat
penyata. Kajian ini menunjukkan bahawa pola ayat penyata itu berlainan daripada yang
diberi dalam Tatabahasa Dewan

Setiap hari tentu kita melakukan komunikasi, sama ada komunikasi lisan atau
bertulis. Komunikasi lisan diwujudkan dalam bentuk dialog, baik yang dilakukan dua
orang atau lebih, seperti bermusyawarah, berdiskusi, bertelefon dan banyak lagi.
Komunikasi bertulis diwujudkan dengan tulisan, seperti surat kabar, majalah, atau
telegram. Informasi yang kita semak disampaikan melalui sejumlah bunyi bahasa dan
unsur-unsur lain yang menyertainya.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
2

Bahasa digunakan untuk mengungkapkan dan menyampaikan sesuatu kegiatan
berbahasa pada praktiknya terjadi apabila manusia terlibat di dalamnya dan baru dapat
berfungsi sekurang-kurangnya dua orang pelaku bahasa iaitu penutur dan petutur.
Dalam kegiatan komunikasi, kata-kata disusun dan dirangkai secara sistematis
sehingga menimbulkan suatu makna yang tersirat disebalik susunannya dan dapat
difahami oleh penutur dan petuturnya. Bagaimana bunyi itu diujarkan membentuk
sebuah fonem, suku kata (silaba),kata, frasa, kalimat maupun satuan bahasa yang lebih
besar dan bermakna.

Fonologi adalah cabang ilmu bahasa yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa
inilah berserta runtunan dan segala aturannya yang menjadi objek kajian fonologi.
Menurut status hierarki satuan bunyi yang menjadi objek kajian fonologi terbagi atas
dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik secara umum fonetik boleh dijelaskan sebagai
cabang fonologi yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa memperhatikan statusnya,
apakah bunyi-bunyi bahasa itu dapat membezakan erti atau tidak. . sedangkan fonemik
adalah cabang kajian fonologi yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa dengan
memperhatikan fungsinya sebagai perbezaan makna.

( Chaer 2009;3 )







BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
3

2.0 TEORI FONETIK DAN FONOLOGI

TEORI FONETIK
Fonetik dan fonologi sangat berkaitan dan keduanya berhubungan dengan
satuan terkecil dari bahasa iaitu bunyi. Menurut Okumura dalam Tjandra (2004:1),
dalam linguistik ada dua ilmu yang dikenal sebagai ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi
bahasa. Ilmu tersebut iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan ilmu yang
mempelajari bunyi-bunyi bahasa secara fisik, sedangkan fonologi adalah ilmu yang
mempelajari fungsi dan kondisi bunyi-bunyi bahasa secara khusus di dalam tata bunyi
bahasa yang bersangkutan, berdasarkan data-data yang diperoleh dari ilmu
fonetik.Namun dalam fonetik, menurut Okumura, dibagi lagi menjadi dua, iaitu:


Dari sejarah peradaban manusia, bahawa bahasa kiasan telah ada semenjak
manusia ada, sedangkan bahasa tulis baru dikembangkan sekitar enam ribu tahun
yang lalu ( Lapoliwa 1988 ) . menurut para ahli bahasa untuk catatan sementara
terdapat terdapat lebih kurang tiga ribu bahasa di dunia, tetapi banyak di antara
bahasa-bahasa itu yang tidak mengenal ciri tulisannya sendiri. Berdasarkan hurai di
atas dapat disimpulkan bahawa pengetahuan tentang bunyi merupakan suatu
prasyarat untuk dapat mempelajari dan memahami seluk beluk bahasa dengan baik.
Ilmu yang mempelajari seluk-beluk bunyi-bunyi bahasa itu disebut dengan fonologi.

1. Fonetik artikulatoris adalah fobetik yang mempelajari cara
pembentukan bunyi bahasa di dalam rongga mulut.
2. Fonetik artikulatoris adalah fonetik yang mempelajari sifat-sifat
fisik bunyi bahasa menurut ilmu fisika dengan menggunakan
berbagai peralatan eksperimen di dalam laboratorium fonetik.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
4

Tuturan bahasa terdiri atas bunyi, bunyi tersebut diselidiki pada bidang fonologi
dan fonetik. Fonologi adalah bahagian yang membincangkan bunyi-bunyi bahasa,
bagaimana bunyi-bunyi itu terjadi,klasifikasi bunyi dan berfungsi tidaknya bunyi itu.
Fonologi adalah bidang yang khusus mempelajari tentang bunyi-bunyi, bunyi-bunyi
yang ke luar atau yang dihasilkan oleh alat ucap atau alat ujar manusia.

Fonetik adalah ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa sebagai media atau
sarana bahasa. Fonetik adalah ilmu yang menyelidiki dan menganalisa. Bunyi- bunyi
ujaran yang dipakai dalam tutur serta mempelajarinya bagaimana menghasilkan bunyi-
bunyi tersebut dengan alat ucap manusia. ( Keraf 1987:30 )

Fonetik adalah ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa sebagai media atau
sarana bahasa. Trubetzkoy dalam Sugiyono ( 2003:72 ) memandang fonetik sebagai
ilmu yang mengkaji bunyi bahasa sebagai tindak tutur ( act of speech ) sedangkan
fonologi merupakan ilmu yang mengkaji system bunyi bahasa. Gambar rajah di bawah
menunjukkan kajian fonetik.

kajian fonetik
sifat bunyi atau
fonetik akustik
alat-alat yang
menghasilkan bunyi
atau fonetik artikulasi
pendengaran iaitu bunyi
yang keluar dari mulut
atau fonetik auditori
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
5

Teori Fonologi




Teori fonetik akustik tidak dapat dipisahkan dari pemunculan
fonologi prosodi yang diperkenalkan oleh Firth. John R. Firth ( 1890
1960 ) adalah ahli yang memperkenalkan aliran prosodi ( disebut juga
aliran Firth atau aliran London ) dalam ilmu bahasa. Fonologi prosodi yang
diperkenalkana Firth adalah suatu teknik untk menentukan arti pada
tataran fonestis,leksikal, stuasional, dan gramatikal. Menurut Chaer (
2003;355 ), Fonologi prosodi terdiri dari satuan-satuan fonetis dan
satuan prosidi, Satuan-satuan fonetis berupaunsur-unsur segmental. Iaitu
konsonan dan vocal, sedangkan satuan prosidi berupa ciri-ciri atau sifat-
sifat struktur yang lebih panjang daripada suatu segmen tunggal.

Sumber internet
teori
Fonologi
fonetik
Akustik
fonetik
frekuensi
fonetik
Durasi
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
6

Sejalan dengan pendapat di atas, chaeyanara (2007:148-149)
mengatakan bahawa prinsip dan matlamat teori fonologi prosidi
didasarkan tiga dasar berikut ini. Dasar pertama, fonologi prosidi
menekankan analisis yang dapat memperlihatkan hubungan paradigmatic
( paradigmatic relation ) bersama hubungan sinatakmatik ( syntagmatik
relation ). Hubungan sintakmatik ( syntagmatik relation ). Hubungan
paradigmatic akan melihat fenomena bunyi. Secara terperinci, bahkan
dapat mengintegrasikan system fonetik dan fonologi yang akhirnya dapat
menjelaskan hakikat bahasa dengan sempurna.

Dasar kedua, teori fonologi prosodi menekankan analisis secara
intergrasi tak linear. Analisis ini akan menjelaskan analisis sietm bunyi,
pola kata, struktur kata, dan makna kata. Kemudian, dasar ketiga, fonologi
prosodi memperlihatkan analisis berbagai kaedah polisistematik (
polysystemic). Dalam analisis, tidak perlu mengikuti satu kaedah yang
telah ditetapkan dan peneliti dapat memberikan pandangan secara
kreatif. Oleh kerana itu, untuk memperjelasaplikasi teori fonologi prosodi
ini, maka kajian ini akan memaparkan aspek frekuensi, durasi, dan notasi
yang berkaitan dengan fonetik akustik. Walau bagaimanapun fonologi
mengkaji hal- hal yang berkaitan seperti berikut:

Merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala
bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk
menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
Mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa
atau fonemik yang berkaitan dengan kajian pola-pola asas
bagi sesuatu bahasa.
Kajian tentang fungsi bunyi dan susun atur bunyi yang
menghasilkan sukukata dan morfem serta kata.
Fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa hanya
menurut segi fungsionalnya sahaja.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
7

Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi
bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa
tersebut. Bunyi bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun
dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan
untukmenganalisis sistem ini. (Sumber :Teks Bahasa
Melayu STPM, NikSafiah Karim & Wan Malini Ahmad,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,Shah Alam ,2006.).
Fonologi ( fonoloji atau ilmu bunyi) ialah studi tentang
bahasa dalam hubungannya dengan kegiatan - kegiatan
kebudayaan yang lain di kegiatan kebudayaan yang lain di
luar kegiatan berbahasa sendiri,


Sumber internet
2.1 Definisi fonetik

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian
fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah
daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang
bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.
Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa
dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan
diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula
menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat
komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
8

bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan
memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan
bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang
digunakan dalam pertuturan.

2.2 Konsep fonetik
Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian daripada beberapa
buah kamus dan ensiklopedia serta berdasarkan pandangan dan
pendapat yang diberikan oleh beberapa sarjana bahasa tentang fonetik
dan fonologi, dapat kita rumuskan bahawa fonetik mengkaji bunyi-bunyi
bahasa yang dituturkan oleh manusia.Fonetik ialah kajian yang ditinjau
dari segi naham fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh
itu, kajian fonetik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu seperti rajah di
bawah.







Fonetik dan fonologi
PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOOD

Fonetik Auditori
Fonetik Akustik
fonetik Artikulasi
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
9


2.2.1 Fonetik Artikulasi
Bidang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi
bahasa dan bahagian bahagian ( articulator ) yang terlibat
dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga
melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan
cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur ( articulator ),
seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak
Dan sebagainya.

2.2.2 Fonetik Akustik
Bidang ini mengkaji sifat sifat bunyi bahasa. Sifat-
sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi
ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini
dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram
dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam
kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan
amplitud.

2.2.3 Fonetik Auditori
Bidang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa
ditanggapi oleh pendengar dan diterjemahkan (persepsi)
oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks
dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian
yang bersifat mujarad. Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik
artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam
pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
10

Dua cabang lagi iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori
agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan
kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
2.3 Definisi fonologi
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga,
bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam
pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada
pendapat Henderson yang menyatakan the study of the
systematicorganization of selected speech sounds in the spoken
form of individual language has variously been called phonology.

Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula,
phonology is the study of the function and patterning of speech
sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan
pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,
fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna
yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu
umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)
dalam buku Bahasa Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
11

dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi
kepada dua iaitu fonetik dan fonemik
2.4 Konsep Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia. Bunyi bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang
bermakna. Sesuatu pertuturan adalah bunyi-bunyi yang bermakna kerana
apabila apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara
yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.
Bunyi yang dihasilkan melalui mulut selain daripada pertuturan bunyi
seperti bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem adalah mempunyai
bunyi yang bermakna.








Rumusan daripada huraian ini, fonologi ialah satu cabang ilmu
yang mengkaji tentang sistem bunyi yang yang diucapkan oleh manusia
yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Fonetik dan fonologi 2013
Bidang fonologi
Fonemik
Fonetik
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
12


Dalam fonologi Bahasa Melayu, ia terbahagi kepada dua
cabang yang utama iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula boleh
dibahagikan lagi kepada tiga bahagian iaitu fonetik penghasilan
bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu
fonem vokal, konsonan dan diftong. Dalam fonem Bahasa Melayu
turut membincangkan tentang alat alat artikulasi, daerah daerah
artikulasi dan cara- cara artikulasi. Fonemik juga merujuk kepada
kajian yang mengkaji kepada bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu
pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih
menitik beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa.

3.0 PERBEZAAN BIDANG-BIDANG KAJIAN FONETIK FONOLOGI

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang
diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah
difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula
bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi bunyi tersebut.
Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual
berikut:

Fonetik fonologi

Fonetik adalah subdisplin linguistik,
kajian tentang bunyi sebagai fenomena
dalam dunia

Fonologi adalah subdisplin linguistik yang
mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang
fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
13


fizikal,fisiologi,anatomi,neurologi dan
psikologi manusia yang menghasilkannya.


sebagai item linguistik.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga
iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan
fonetik auditori

Kajian adalah berkaitan dengan hubungan
antara butir-butir leksikal dengan butir-butir
leksikal lain yang membentuk ayat.

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk
semua bunyi dari semua bahasa.




Menghasilkan sistem sistem ejaan dalam
sesuatu bahasa.

Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat
semula jadi,produksi dan persepsi bunyi-
bunyi bahasa yang dihasilkan.

Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu
morfologi dan sintaksis



Tidak dapat memberikan seluruh bunyi
yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat
menghalusi segala variasi bunyi tersebut
dan tidak dapat menghuraikan

sistem bunyi semua bahasa yang
dituturkan oleh manusia dengan
sempurna.



Dapat merumuskan, menghuraikan dan
menjelaskan segala bentuk bunyi dalam
sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci
dengan tujuan untuk menentukan

peraturan dan bentuk bunyi secara
spesifik.

Buku Fonetik Dan Fonologi
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
14

3.1 Bidang-bidang fonetik

Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu fonetik ialah kajian yang berkaitan
dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ), dan pendengaran
( audiotori ). Rajah di bawah menunjukkan bidang-bidang fonetik.


Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik
saya dapati bahawa fonetik dan fonologi mempunyai maksud tersendiri. Fonetik
bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Selain daripada itu fonetik juga mengkaji mengenai bunyi bahasa dengan tidak
melibatkan mana-mana bahasa pun.
3.2 Bidang fonologi
Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi
bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu
Alat-alat yang
menghasilkan
bunyi ( fonetik
artikulasi)
sifat bunyi (
fonetik akustik )
pendengaran
iaitu bunyi yang
keluar dari
mulut ( fonetik
audtiori )
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
15

Fonologi
Bahasa Melayu
Fonem
Fonem segmental
Fonem suprasegmental
Fonetik
Artikulasi
- Alat-alat
- Cara-
cara
- Kaedah-
kaedah
bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif
(membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna).
Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan
huruf-huruf atau fonemfonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem
ejaan bagi sesuatu bahasa.





.



Dalam fonologi Bahasa Melayu, ia terbahagi kepada dua cabang
yang utama iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula boleh dibahagikan lagi
kepada tiga bahagian iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan
fonetik auditori.

Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem
vokal, konsonan dan diftong. Dalam fonem Bahasa Melayu turut
membincangkan tentang alat alat artikulasi, daerah daerah artikulasi
dan cara- cara artikulasi. Fonemik juga merujuk kepada kajian yang
mengkaji kepada bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
16

struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitik beratkan analisis bunyi
sesuatu bahasa.
Rumusan daripada huraian ini, fonologi ialah satu cabang ilmu
yang mengkaji tentang sistem bunyi yang yang diucapkan oleh manusia
yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

4.0 FUNGSI ALAT DAN DAERAH ARTIKULASI

Tiga jenis alat artikulasi iaitu;








Alat bahagian
dalam tubuh
Alat
artikulasi
Daerah
artikulasi
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
17

4.1 Fungsi alat artikulasi

Bahagaian alat tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu
gerakan udara seperti paru-paru, trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis
dan farinks.

















1. Bibir atas



11. Tengah lidah

2. Bibir bawah


12. Belakang lidah

3. Gigi atas


13. Akar lidah


BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
18



4 Gigi bawah


14. Epiglotis

5 Gusi


15. Pita suara

6. Lelangit keras


16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut


17. Rongga hidung

8. Anak tekak


18. Rongga mulut

9. Hujung lidah


19. Rahang

10. Hadapan lidah


20 Tenggorok


Paru paru adalah bahagian yang bertanggungjawab menyedut udara
dan mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi bahasa.
Kebanyakan bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar
udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses
pengembangan dan penguncupan paru-paru. Lazimnya apabila kita bercakap,
udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti
semasa kita bernafas biasa.

Trakea adalah saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alaat seperti
pipa ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung mulut masuk paru paru
dan keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi
oleh alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
19


Larinks pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita
suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara. Pita suara
ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua keping
pita suara ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan
menjadi terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan
keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis
dalam Bahasa Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu
sehingga tisu pita suara ini menyentuh sama lain, maka udara melaluinya
menyebabkan ia bergetar. Inilah yang menghasilkan bunyi yang dinamakan
bersuara. Tinggi rendah kelangsingan bergantung bagaimana pita suara
diubahsuai. Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan
inilah terhasilnya bunyi hentian glottis.

Kotak suara, pita suara terletak di dalam kotak suara ini. Kotak suara ini
terdiri daripada beberapa keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian
ini dikenali sebagai halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua,
iaitu fungsi biologinya dan fungsi bahasa. Fungsi biologinya adalah bagi
melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair
daripada memasuki trakea. Sementara fungsi bahasa, pula adalah menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubahsuai.

Epiglotis ialah tisu belakang yang terletak di belakang lidah dan di depan
pintu masuk ke larinks. Semasa makan atau minum, epiglotis berfungsi sebagai
penutup kepada masuknya makanan dan minuman ke trakea. Epiglotis tidak
mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluan
kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
20

Farinks ialah pipa yang membentuk kerongkong yang
menghubungkanlarinks dengan bahagian atas rongga tekak.anak tekak dan
rongga hidung.
Esofagus bukanlah alat yang terlibat dalam artikulasi. Ia adalah saluran
yang membawa makanan dari mulut ke usus.

4.2 Fungsi Daerah Artikulasi
Alat artikulasi adalah alat yang digunakan untuk menghasilkan
bunyi. Alat alat ini adalah bibir atas dan bawah hujung lidah, hadapan
lidah, belakang lidah,gusi, batas gusi,lelangit keras, lelangit lembut dan pita
suara. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif
adalah alat yang boleh digerakkan manakala pasif adalah sebaliknya. Alat
artikulasi aktif seperti lidah,bibir,lelangit lembut dan gigi bawah.
Lidah adalah alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang
lidah. Hujung lidah boleh digerakkan ke depan dan ke belakang bagi
menghasilkan bunyi, depan lidah boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit
keras dan belakang lidah. ( atau akar lidah ) boleh diangkat menyentuh
lelangit lembut.
Bibir, kedua- dua bibir boleh digerakkan menyentuh antara satu
sama lain, atau bibir atas menyentuh gigi bawah dan sebaliknya bagi
menghasilkan bunyi.
Gigi, boleh digerakkan ke atas bagi menyentuh bibir atas. Lelangit
lembut boleh digerakkan ke bawah bagi menyentuh belakang lidah dan ini
boleh menghasilkan bunyi sengau.
Alat artikulasi pasif adalah gigi atas dan lelangit keras, gigi atas
tidak boleh digerakkan. Oleh sebab itu, ia di panggil alat pasif, yakni alat lain
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
21

menyentuhnya. Lelangit keras juga adalah alat pasif. Ia boleh disentuh oleh
alat artikulasi aktif seperti depan lidah.

4.3 Menghuraikan Cara Penghasilan Bunyi Bahasa
Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi
semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat
dihasilkan apabila sebutan daerah dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama
menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah
artikulasi yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara
sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh
oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh
bahagian belakang atas gusi dan lelangit pula menyentuh rongga belakang
tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan
sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang
lidah dilepas secara serta-merta dengan tidak menggetarkan pita suara.
Dalam hal ini pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan
bersuara sebaliknya pula jika tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan itu
dinamakan sebagai tak bersuara.

Ujian boleh dilakukan bagi menentukan sesuatu bunyi bersuara
ataupun tidak dengan meletakkan jari ke halkumatau larinks. Apabila pada
masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka
bunyi tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain
yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari ke telinga. Kemudian lafazkan
bunyi bersuara, maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
22

atau dalam Bahasa Inggeris dikatakan hissing dan buzzing. Ini
menunjukkan pita suara bergetar.

Rajah Alat Alat Serta Daerah Artikulasi


Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi
menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut
alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Untuk konsonan, keadaan pita
suara juga memainkan peranan penting kerana klasifikasi bersuara dan tak
bersuara akan diambil kira. Selain itu, ciri penting bunyi konsonan adalah
lafaznya yang berbeza-beza akibat sekatan yang berlaku semasa
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
23

melafazkannya. Pengklasifikasian seperti ini tidak berlaku untuk bunyi vokal
kerana kesemua bunyi vokal adalah bersuara dan tiada sekatan pengaliran
udara berlaku semasa lafaz.

4.3.1 Vokal hadapan

Bunyi-bunyi vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada
tiga jenis utama, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal
belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [i], [e],
[a], [u], [o] dan [].






Vokal
Vokal
Belakang
[u], [o]

Vokal
tengah
[]
vokal
depan -
[i],[e],[]
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
24

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah
lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau
belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang
berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi
vokal depan. Sekiranya bahagian tengah lidah yang
berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi
vokal tengah dan seterusnya jika bahagian belakang lidah
yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi
vokal tersebut ialah vokal belakang. Kriteria yang
menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan
seperti yang berikut:
















(i) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada
bahagian depan, tengahatau belakang lidah.
(iii) Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada
tinggi, separuh tinggi,rendah dan separuh
rendah.
(iv) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan
atau dibundarkan.
(ii) Pembukaan rahang, sama
ada luas atau sempit.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
25

Gambar rajah menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa
menghasilkan bunyi-bunyi vokal.



i u
e o

a



Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal
depan [i],[e], [a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti
dalam rajah 4.1 yang berikut.


Rajah di bawah menunjukkan kedudukan vokal B. Melayu




Hadapan Tengah Belakang
Sempit i u Tinggi

separuh sempit e o
Rendah
Separuh luas a


BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
26

luas


Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan
lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan
bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah
lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan
ketinggian lidah yang dinaikkan setinggi mungkin. Sementara bagi membunyikan
vokal [i] dan vokal [u] misalnya, lidah dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal
[i] dan vokal [a], kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Rajah di bawah
menunjukkan keadaan turun- naik bunyi ketika vokal [a] dan [i] disebutkan pada
tona yang sama.

Modul Fonetik Dan Fonologi (UPSI)








Rajah di atas menunjukkan vokal [a] seperti dalam perkataan bahasa
Inggeris father dan vokal [i] seperti di dalam perkataan see menunjukkan
turun-naik bunyi apabila vokal-vokal berkenaan diujarkan pada tona yang sama
( Sumber ; P. Ladefoged, 2005; 33) oleh yang demikan vokal depan bolehlah
dirumuskan seperti yang berikut.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
27




[i] Vokal depan sempit [i]
Contoh dalam perkataan; [ibu], [ikan],[itek],
[biru],[sila],[kita],[ubi],[beli],[peti]. Kedudukan bibir semasa menghasilkan
bunyi [i] seperti di bawah;





Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang
berikut turut berlaku:
Bibir dihamparkan
Depan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin ) ke arah gusi.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] ( lihat rajah di bawah ) berikut
diberikan contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan.


Awal Tengah Akhir

Ikan Biru Tali
ikut Bila bli
Ipar Kita bri
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
28

Ibu Sila bsi
itu silap guli


















Gambar penghasilan vokal [i]

[e] Vokal Depan separuh Sempit [e]
Gambar di bawah menunjukkan keadaan bibir semasa
menghasilkan bunyi [e] .Contoh perkataan
[ekor],[ela],[elo],[belo],[sero],[herot], [sate].



BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
29






(bibir semasa menghasilkan [e] )
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara
yang berikut turut berlaku:
o Bibir dihamparkan separuh sempit
o Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
o Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
o Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
o Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e] ( lihat rajah 4.13). contoh
kehadiran bunyi vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang
berikut:

Awal Tengah Akhir

ekor Katel sate
ela bera
elo heret
edah sepet
ela leper






BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
30









Rajah penghasilan bunyi [e]


[a] Vokal Depan luas




Sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah
akan menghasilkan vokal separuh rendah [] dan [].
Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang
berikut turut berlaku:
Bibir dihampar separuh luas.
Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
31

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar
dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal []






Beberapa contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal dalam
dialek Kelantan.











Rajah penghasilan bunyi []

Awal Tengah Akhir

so bso god
lo gt bul
lo gl ud
doh pl tul
j leper
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
32


Vokal Depan Luas Sedarhana [a]
keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a]





Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang
berikut;
Bibir dalam keadaan hampar
Depan lidah diturunkan serendah mungkin
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar
dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar
seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut. Contoh-
contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam
dialek Kelantan.







Awal Tengah Akhir
ara Dadu Pita
aar Paku Rasa
alah Bukan Tiba
amal lampu kuda
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
33




Rajah di atas penghasilan bunyi [a]

4.3.2 Vokal Tengah []
keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi []


Gambar di atas menunjukkan keadaan bibir semasa
menghasilkan bunyi []

Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut
turut berlaku:
Keadaan bibir hampar
Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
34

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-
paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] . bunyi ini hadir dalam
perkataan seperti dalam contoh yang berikut:

Awal tengah
ma pnat
mbun brat
mpat rgas
nam kmas











Rajah penghasilan bunyi []

Modul UPSI 2013
(PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOOD)
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
35


4.3.3 Vokal Belakang
[u] Vokal Belakang Sempit [u]
Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi
penting yang berperanan ialar bahagian belakang lidah
Keadaan bibir adalah bundar.






Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u]

Vokal Belakang Sempit [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang
berikut harus dilakukan:
Bibir dibundarkan
Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah
lelangit lembut,
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paaru-
paru.
Menggetarkan pita suara ke rongga mulut.


BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
36


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]
Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti yang
berikut:

Awal Tengah Akhir
uli buka bau
usap bubur labu
usu subur pasu
undur gandum kelambu
unto kabur batu










Rajah di atas menunjukkan penghasilan [u]



Modul UPSI 2013
(PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOOD)
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
37


Vokal Belakang Separuh Sempit [o]








Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut;
Bibir dibundarkan
Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit
[o]. Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti contoh yang berikut:

Awal Tengah Akhir
oleh Boleh solo
ota soto soto
obor koko foto
oren tolo


BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
38










Rajah di atas menunjukkan penghasilan [o]

Vokal belakang separuh luas ( separuh rendah ) []






Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas,
proses berikut:
Bibir dibundarkan
Belakang lidah dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit
lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapatkeluar melalui rongga
hidung.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
39

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar
dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi-vokal [] bunyi seperti ini
terdapat dalam dialek Kelantan seperti yang berikut:















Rajah di atas: Penghasilan Vokal []
Modul UPSI 2013
(PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOOD)

Kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa jumlah vokal
karinal laiah lapan jenis, iaitu vokal [i], [e],[], [a].[], [],[o] dan
[u]. Vokal asli dalam banasa Melayu hanya enam jenis, iaitu vokal
awal tengah akhir
bat pk kit
ta sudh bil
r ph blak
peh brh guan
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
40

[i], [e], [a], [u],[o] dan []. Semua vokal adalah bersuara. Kecuali
vokal [] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang. Vokal-
vokal lain adalah nyaring dan lantang.

4.3.4 Lima Konsonan Asli Bahasa Melayu

Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal.
Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat
artikulasi dengan udara keluar terus menerus tanpa sekatan atau
gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi
yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan
oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan yang
bersuara dan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan
yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus
udara yang keluar dari paru-paru. Contohnya [b], [d] dan [g].
konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan
tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t]
dan [k].
Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan
yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh
penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris,
terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri
daripada:
2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak
bersuara [p,b]
2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara
[t,d]
2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara
[k,g].
1 konsonan hentian glotis ()
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
41

2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [, ]
2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi
tidak bersuara [s] dan geseran glotis bersuara [h]
1 konsonan getaran bersuara [r]
1 konsonan sisian bersuara [i]
4 konsonan sengau bersuara [m,n,, ]
2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separu
vokal vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh
vokal lelangit keras bersuara [j]
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah
artikulasi tertentu seperti dua bibir, lelangit keras, lelangit lembut, pita
suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut diberikan carta
konsonan asli bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan cara
penyebutannya sekali.
















BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
42









Daerah sebutan 1 2 3 4 5 6
Cara cebutan Dua
bibir
gusi Gusi
lelangit
keras
Lelangit
keras
Lelangit
lembut
Pita
suara
Letupan tak bersuara p t k
Letupan bersuara b d g
Letusan tak bersuara
Letusan bersuara
sengau m n
Geseran tak bersuara s
Geseran bersuara h
Getaran r

Sisian l
Separuh vokal w y / j

4.3.4.1 Cara penghasilan konsonan [p]

Letupan Dua Tak Bersuara

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan
melalui proses seperti yang berikut:
Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya
udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
43

udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.
Pita suara dibuka (direnggangkan)
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya
pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan
dua bibir tidak bersuara [p]. kehadiran konsonan lini
dalam perkataan seperti yang berikut:

awal tengah akhir
papan lpas dakap
Pasu sepa atap
Pukul dapur sdap
putri dapat santap

Rajah Penghasilan Bunyi Konsonan [p]






4.3.4.2 Letupan Dua Bibir Bersuara

Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang
berikut:
Dua bibir dirapatkan untuk menghalang
sepenuhnya udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
44

Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
tekak untuk menyekat udara supaya
tidak dapat keluar melalui rongga
hidung.
Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga
mulut dan tersekat sepenuhnya seketika
pada bibir mulut, kemudian udara
dilepaskan dengan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi
konsonan dua bibir bersuara [b].
kehadiran konsonan ini dalam
perkataan adalah seperti yang berikut.











Rajah penghasilan konsonan [b]

awal tengah akhir
buru tubuh sbab
Buku subuh karib
buda tabur kitab
batu tiba adab
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
45


4.3.4.3 Letupan Gusi Tak Bersuara [t]

Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui
proses yang berikut:
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat
sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.
Pita suara dibuka (direnggangkan).
Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut
keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian
tersekat pada bahagian gusi.
Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi
tidak bersuara [t].

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah
seperti yang berikut:








Modul UPSI 2013
(PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOOD)
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
46










Rajah penghasilan konsonan [t]







4.3.4.4 Letupan Gusi bersuara [d]

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut
perlu berlaku:
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat
sekatan penuh padaa arus udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut.

awal tengah akhir
taan pta Penuntut
tahu putus patut
tolo satu sbut
tare bantu lmbut
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
47

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung.
Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya
pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan
dengan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan
dua bibir bersuara [d]. konsonan ini hadir dalam
perkataan yang berikut:













Rajah penghasilan bunyi konsonan [d]
awal tengah akhir
dalam pda abad
dahulu pada tekad
duka sida masud
dapur padah Hasad
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
48


4.3.4.5 Letupan Lelengit Lembut tidak Bersuara [k]

Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
o Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit
lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
o Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada
dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.
o Pita suara dibuka ( direnggangkan ).
o Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada
bahagian lelangit lembut,kemudian dilepaskan
dengan serta-merta.
o Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan
lelangit lembut tidak bersuara [k]. bunyi konsonan ini
hadir dalam perkataan yang berikut:














Rajah penghasilan konsonan [k]
awal tengah Akhir
kawan sukat buda
kuda bakat pka
kalau dekat teo
kita pukat ma
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
49

5 REFLEKTIF


Tugasan projek BMM3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu adalah
tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih pengajian Melayu
semester 4. Tugasan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan
kefahaman seseorang guru pelatih dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa
Melayu. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk
meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas
dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang
berkualiti.

Mata pelajaran Fonetik dan Fonologi bukanlah mata pelajaran yang
mudah untuk difahami. Ia juga memerlukan sumber dan pengkajian yang
mendalam tentang penggunaan bahasa. Saya amat tercabar sekali dalam
mencari maklumat yang betul-betul boleh difahami, kerana kebanyakkan sumber
yang saya perolehi adalah ringkas dan isi kandungannya pula dalam bahasa
Indonesia yang sukar difahami. Hingga satu ketika saya amat tertekan kerana
kekurangan bahan rujukan. Rasa menangis pun ada, alhamdulillah berkat
kesabaran dan doa-doa yang ada maka saya dapat menyelesaikan masalah
yang sangat rumit dan akhirnya saya dapat buku rujukan yang amat lengkap.

Sewaktu menjalankan proses mencari maklumat terdapat pelabagai
masalah yang sedikit sebanyak menganggu kelancaran proses untuk
menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran
untuk memahami maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan
tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku.
Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di
laman sesawang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan saya.
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
50

Hasil daripada pembelajaran yang saya dapati dalam mengkaji Fonetik
dan Fonologi ini amatlah besar kesannya. Ini adalah kerana bidang Fonetik dan
Fonologi sangat sinonim dan berkait rapat dalam bidang pendidikan sekarang.
Para pendidik wajar didedahkan dengan ilmu Fonetik dan Fonologi kerana
merekalah yang boleh membantu para murid untuk membetulkan sebutan bunyi
sesuatu bahasa terutamanya dalam melatih murid yang gagap semasa bertutur.
Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid yang
mempunyai masalah dalam alat artikulasi mereka seperti gagap,sengau,
sumbing dan sebagainya.

Melalui pembelajaran Fonetik dan Fonologi juga, terletaknya satu
kekuatan di mana kita boleh membimbing murid dalam sebutan sesuatu huruf.
Sebagai contoh jika ada murid yang mempunyai masalah sebutan pertuturan
akan dapat dilatih oleh guru yang ada berpengalaman dalam kaedah
penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang pelbagai makna. Oleh itu, guru akan
dapat mempraktikkan gerakan lidah ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri
sehinggalah murid itu mahir berbahasa. Oleh yang demikian amat jelas bidang
fonetik dan fonologi merupakan satu bidang penting dalam penguasaan sesuatu
bahasa. Pengurusan dalam bidang ini membolehkan seseorang pendidik
mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh pelajar. Keadaan ini
membolehkan guru membetulkan sesuatu kesilapan dengan tepat dan berkesan

Ekoran daripada itu bahasa kita sangat unggul kerana setiap perkataan
yang kita lafazkan punya bunyi dan irama yang berlainan. Pembentukan irama
ini adalah atas gabungan vokal dan konsonan. Sebagai contoh perkataan [kalau]
huruf [k] adalah huruf konsonan, huruf [a] adalah huruf vokal, ini bermakna
penggunaan huruf konsonan adalah sering berkait untuk membentuk satu
perkataan dan seterusnya membunyikan irama yang bermakna. Gabungan
tersebut akan dikeluarkan oleh alat artikulasi dalam satu tekanan yang berbeza
untuk mengeluarkan bunyi dan irama yang pelbagai. Selain daripada itu bunyi
vokal agak panjang tetapi kalau digabungkan lagi dengan konsonan bunyi
BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
51

panjang akan bertambah. Oleh yang demikian jelaslah kepada kita bahawa
sabjek ini sangat mencabar tetapi amat diperlukan terutama kepada para guru
untuk mengaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu terutama di peringkat
sekolah rendah.

Bidang fonetik dan fonologi merupakan satu bidang penting dalam
penguasaan sesuatu bahasa. Penguasaan dalam bidang ini membolehkan
seseorang pendidik mengenali pelbagai varisi bahasa yang dituturkan oleh
pelajar. Keadaan ini membolehkan guru membetulkan sesuatu kesilapan dengan
tepat dan berkesan.

6 PENUTUP

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara
langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat
artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang
berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur
yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai
peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah
udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-
bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tak
bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan
pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran
akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara
melaluinya,maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah
bunyi yang tidak bersuara.

BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
52

Berdasarkan kajian yang dilakukan tentang alat-alat artikulasi, kita
dapat mentafsirkan bahawa bahasa mempunyai suatu sifat yang dikatakan
sebagai bahasa sebagai simbol bunyi. Dengan hanya menggunakan bahagian-
bahagian tubuh manusia, kita dapat berbahasa dengan menggunakan pelbagai
bunyi yang dapat dihasilkan. Terdapat banyak bahagian tubuh manusia yang
mendukung peranan sebagai alat artikulasi seperti bibir,gusi,lidah,tulang rahang
dan anak tekak. Berdasarkan alat-alat artikulasi inilah manusia dapat bertutur
dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan.

Oleh yang demikian, pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau
artikulasi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar bahawa alat-
alaat artikulasi atau organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-
bunyi bahasa mempunyai fungsi yang sangat penting dalam kehidupan kita
sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu. Tambahan pula
penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk
mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat
artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang
amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang
dikeluarkan bergantung pada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang
digunakan.





.




BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
53


BIBLIOGRAFI

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi siri
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Profesional

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2012. Fonetik dan fonologi Fakulti Bahasa Dan
Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Hamid Mahmood,Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik FONETIK Dan
FONOLOGI Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd Wahid, Dr Seman Salleh, Dr Adenan
Ayob, Mohd Rain Shaari ( 2012 ). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Open
University Malaysia (OUM).

Faridah Nazir, Maridah Alias ( 2013 ) Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu .Selangor:
Multimedia

http://ppgipgktbbm3.blogspot.com/p/modul-semester-4.html
http://www.scribd.com/doc/30880283/Fungsi-fungsi-Alat-Artikulasi-Dan-Kedudukan-Daerahnya






BMM3108 Fonetik Dan Fonologi 2013
54

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya berjaya juga menyiapkan
tugasan BMM 3108 ( Fonetik Dan Fonologi ). Saya akui tugasan ini adalah antara
tugasan yang sukar dilakukan namun dengan izinnya saya masih mampu
menyempurnakan tugasan ini tepat pada masanya.
Sebaik sahaja kerja kursus ini sampai ke tangan saya, saya dapat merasakan
kesukaran yang bakal saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam sesi
perbincangan dan pembentangan dalam kelas yang telah dibuat, memang topik ini
sukar untuk difahami. Bagaimanapun atas keprihatinan Cik Zihan untuk menerangkan
ilmu dan bimbingan yang telah diberikan saya cukup berterima kasih atas segala-
galanya. Di sini ingin saya tekankan betapa pentingnya kehadiran seorang pensyarah
untuk membimbing. Inilah bak kata orang, belajar dengan guru lebih baik dari belajar
dengan buku.
Seperti biasa saya juga menghadapi masalah dalam mencari maklumat,
pelbagai rintangan yang saya hadapi, namun semuanya itu saya tolak jauh ke tepi.
Saya berpegang kepada satu untuk menyiapkan tugasan mengikut jadual dan tarikh
yang ditetapkan. Alhamdulillah setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja
kursus yang telah diamanahkan. Sepanjang waktu penghasilan kerja kursus ini banyak
perkara yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah saya
lalui.
Berdasarkan pandangan saya, pembelajaran dalam subjek ini memang banyak
manfaatnya, terutama dalam sudut kita mendidik generasi yang bakal memimpin masa
akan datang. Siapa tahu, murid yang mempunyai masalah pertuturan akan berjaya
menjadi insan yang berguna seperti pendidik, peguam, doktor dan sebagainya. Dengan
ini semoga ilmu yang kita dapat ini akan membantu sedikit sebanyak untuk menghadapi
murid yang lemah dalam sebutan nanti. Saya berharap juga agar apa yang saya dapat
ini terus berada di dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang
kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang

Anda mungkin juga menyukai