Anda di halaman 1dari 11

Bagi tugasan ini, kami telah memilih untuk membina papan perpuluhan

sebagai bahan bantu belajar bagi Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


kami. RPH kami adalah mengenai operasi penolakan dalam perpuluhan.
Papan perpuluhan ini yang bersifat maujud atau konkrit bersesuaian
dengan tahap kognitif murid sekolah rendah tahun 5. Hal ini bertepatan
dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang mengatakan kanak
kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun adalah peringkat operasi
konkrit.
Papan perpuluhan ini berfungsi sebagai medium bagi menunjukkan
cara bagaimana operasi penolakan dalam perpuluhan dilakukan. Guru
perlu menerangkan satu persatu langkah penolakan tersebut. Penolakan
perlu dilakukan dari kanan ke kiri. Sebagai contoh:




Penolakan akan dimulakan dari hujung sebelah kanan iaitu 9
mewakili rumah perseribu. Seterusnya nombor 8 mewakili rumah
perseratus sehinggalah ke nombor 8 mewakili rumah puluh. Guru perlu
menegaskan bahawa kedudukan titik perpuluhan adalah selari dan ia
diletakkan selepas membuat membuat operasi penolakan. Penolakan
dalam perpuluhan sebenarnya seolah olah operasi penolakan nombor
bulat seperti biasa, cuma yang membezakannya ialah titik perpuluhan.

Cara penggunaan papan perpuluhan ini ialah murid akan datang ke
hadapan bilik darjah dan memecahkan belon. Belon tersebut mengandungi
soalan penolakan perpuluhan. Setelah mengambil soalan tersebut, murid
mencari kad nombor di tempat yang di sediakan dan menampal kad
tersebut pada papan perpuluhan menggunakan tanah liat yang diberikan
oleh guru.
Setelah menyusun kesemua nombor mengikut soalan yang
dinyatakan, murid membuat penolakan nombor perpuluhan tersebut seperti
biasa. Di sini guru bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing murid
menggunakan papan perpuluhan tersebut.












































Bahan Bantu Mengajar : Matematik.

Sesuai untuk mengajar Perpuluhan. Kertas kuning
berpetunjuk dilaraskan mengikut kesesuaian.

























Mari kita teruskan lagi pembelajaran kita pada
hari ini dengan tajuk Penolakan Nombor
Perpuluhan.

Saya telah menyenaraikan 4 langkah mudah dalam
pengajaran topik ini bagi memudahkan murid-
murid memahami konsep dengan jelas, seperti
yang tertera di bawah.

Saya berharap perkongsian nota ini dapat
memberi manfaat kepada kita semua. :)

Anda mungkin juga menyukai