Anda di halaman 1dari 22

KESIHATAN GIGI DI SEKOLAH

KONSEP & MATLAMAT



Diperkenalkan pada tahun 1985.
Bertujuan utk memastikan murid-murid
sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman
persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut
di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor
pergigian.

3 cara bagaimana perkhidmatan ini
dilaksanakan:

a) Klinik pergigian sekolah
b) Pasukan pergigian bergerak
c) Klinik pergigian bergerak
4 jenis gigi :
a) Gigi taring
b) Gigi seri
c) Gigi garaham kecil
d) Gigi garaham

a) GIGI TARING
Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak
makanan atau benda lainnya.

b) GIGI SERI
Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan
mengerat makanan atau benda lainnya.

c) GIGI GARAHAM KECIL
Gigi geraham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berguna / berfungsi untuk
menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya.

d) GIGI GARAHAM
Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat
dan
mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.

STRUKTUR GIGI

a) GIGI KANAK-KANAK
Bermula sebelum lahir lagi.
Seawal-awal 4 bulan, gigi susu, atau gigi yang akan berganti, akan tumbuh.
Biasanya, ke semua 20 batang gigi susu ini akan tumbuh pada umur 3 tahun,
sungguhpun
perkembangan dan susunannya berbeza.
Gigi kekal mula tumbuh sekitar umur 6 tahun.
Proses ini akan berterusan sehingga lebih kurang umur 21 tahun.


PENYAKIT-PENYAKIT MULUT

a) ULSER DLM MULUT
Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser aftus berulang.
Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-
Ulser aftus bertulang minor.
Ulser aftus bertulang major
Ulser aftus bertulang herpetiform

b) BENGKAK-BENGKAK DLM MULUT
Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar biasa) yang berpedunkel
(bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai).
Granuloma piogen
Granuloma set raksaksa periferi
Polip fibro-epitelium
Hiperplasiadentur

c) KANSER MULUT
Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia
mengganggu fungsi seseorang untuk makan,
bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan
Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan luar mukosa mulut.

D) PUNCA PENYAKIT
Tabiat menyunyah sirih bercampur pinang atau tembakau
Tabiat mengunyah tembakau sahaja
Merokok
Minum minuman keras
Penghidap HIV dan siflis
Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
Genetik

KAEDAH PENCEGAHAN

Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
Berus gigi selepas sarapan dan sebelum tidur
Berus gigi menggunakan teknik yang betul
Lakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga minit

CARA-CARA MENCEGAH NAFAS BERBAU

Berus gigi sekurang- kurangnya dua kali sehari
Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah
Kunyah dengan gula-gula getah tanpa gula
Gunakan ubat kumur yang bersesuaian dengan keperluan anda
Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol
Lakukan pemeriksaan kesihatan pergigian setiap enam bulan


DEMAM DENGGI

PENGENALAN

Disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk
Aedes betina.
Tersebar melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada
orang yang sihat.
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4
hingga 6
hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus

TANDA & GEJALA

a) Peringkat permulaan
Demam denggi bermula dengan demam mengejut
sakit kepala
sakit di belakang bebola mata
sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
sakit pinggang yang teruk
Peringkat radang
Bintik-bintik merah terang & berkemungkinan terdapat gastritis
Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan
juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung
(cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam
kembali
memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
Bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam
Kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang
ke tiga (third space loss di antara selaput paruparu,
ruang peritoneum dan sebagainya)
Pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

2 jenis denggi yang paling berat iaitu

a) Demam Hemoragik Denggi (DHF)
b) Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia
(thrombocytopenia) dan haemoconcentration.

Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock
syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar
kematian yang tinggi.

DIAGNOSIS

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal.
Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal
dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan
diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

RAWATAN

Rawatan utama adalah terapi sokongan.
Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan,
terutamanya minum air.
Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena
mungkin diperlukan
Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan
banyaknya.



KAWALAN DAN PENCEGAHAN

Pengawasan vektor

a) Pengawasan vektor bertujuan untuk mengawasi jumlah dan juga paras kepadatan
nyamuk Aedes.
b) Di setiap rumah semua bekas di dalam dan di luar rumah diperiksa sama ada
terdapat air dan jentikjentik atau tidak.
Kawalan ketika berlaku wabak

Demam Denggi

a) Semburan kabus racun serangga
b) Tujuan semburan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus
denggi.

c) Jenis semburan:
i. Apabila berlaku satu kes demam denggi, semburan kabus dijalankan seluas 200
meter sekeliling rumah pesakit dengan mesin 'Thermal Fogger'.
ii. Apabila berlaku wabak denggi, seluruh lokaliti berkenaan dibuat semburan kabus
dengan
menggunakan mesin ' Ultra Low Volume' yang diletakkan di atas kenderaan.

d) Masa semburan
i. Semburan dijalankan pada awal pagi dan petang
e) Kekerapan semburan
i. Semburan kabus pertama dilakukan dalam masa 24 jam selepas dikesan.
ii. Semburan kedua pada hari ke 7-10 berikutnya.

Langkah yang perlu diambil semasa aktiviti semburan:

a) Semburan kabus 'thermal'
i. Semasa proses penyemburan penghuni hendaklah mengosongkan premis mereka
termasuklah binatang peliharaan.
ii. Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan.
iii. Membuka semua pintu bilik dalam rumah.
iv. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk atau almari.
v. Mematikan api dapur gas dan
menutup balang gas atau apaapa bahan yang mudah terbakar.

b) Semburan kabus 'ultra low volume'
i. Elakkan diri dari terdedah dan menyedut kabus semburan.
ii. Jaga kebersihan diri dengan mencuci tangan, membasuh muka dan menukar
pakaian jika perlu.
iii. Dapatkan rawatan perubatan jika disyaki mengalami keracunan oleh racun
serangga.
Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk

a) Memusnahkan atau mengurangkan sebanyak mungkin berbagai-bagai bekas dan
tempat
vektor menetap dan berkembang biak.
b) Mengurang atau mengelakkan menyimpan air dalam takungantakungan seperti tong
deram, tempayan, kolam simen dan lainlain.
c) Mencampurkan Abate ke dalam semua bekas yang digunakan untuk menyimpan air.
d) Membersihkan rumput, lalang dan semak di tanah-tanah lapang akan memusnahkan
tempat
nyamuk menetap dan berehat.


Undang-undang dan akta

a) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit telah disahkan pada tahun 1975.
b) Jika mahkamah mendapati pemilik atau penghuni bersalah pada kali pertama, denda
maksimum RM1000 atau penjara maksimum 3 bulan atau keduaduanya sekali. Pada
kesalahan
kedua, denda maksimum sebanyak RM 2000 atau hukum penjara maksimum 1 tahun
atau keduaduanya sekali.


PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dilancarkan pada tahun 1968.
Merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian
Pendidikan
dan Kementerian Kesihatan.

Objektif RKS:
Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid
Rawatan penyakit/ kecemasan kepada murid
Kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat
Menggalakkan hidup sihat
Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit
Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan

Aktiviti RKS:
Pendidikan Kesihatan
Hidup Sihat Di Sekolah
Kerjasama Antara Sekolah dan Masyarakat Untuk Kesihatan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Kantin Sekolah.

PROGRAM BERSEPADAU SEKOLAH SIHAT

Pengenalan

Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan
tren penyakit.
1996, ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan projek
" Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka,
Sarawak, Selangor dan Terengganu.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru,
dengan
mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )

Rasional
Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di
bawah satu
program bersepadu
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa
kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak
serta dapat dinilai keberkesanannya
Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara
sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan

Matlamat
Melahirkan warga sekolah dan
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Misi
Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan.

Visi
Generasi yang berilmu, sihat dan progresif.

Objektif
Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria , selamat dan
sihat.
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan
sekolah
Menilai taraf kesihatan murid
Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah
kesihatan murid
Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakitpenyakit di sekolah

Teras utama
Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan
Persekitaran Fizikal Sekolah
Persekitaran Sosial Sekolah
Penglibatan Komuniti
Kemahiran Kesihatan Diri
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perlaksanaan

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam
pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau
tidak formal.
Pemantauan dan penilaian
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,
pemantauan
dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan :
a) Rekod Kesihatan Murid
b) Rekod Rancangan Makanan
Tambahan
c) Laporan Bulanan
d) Laporan Tahunan
e) Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

PENGLIBATAN KOMUNITI

Peranan Guru Besar/Guru:

Mengambil ukuran berat, tinggi dan membuat pengesanan awal screening
penglihatan murid.
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah kesihatan serta menunjukkan
mereka kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Memastikan kebenaran diperolehi daripada ibu bapa/penjaga sebelum pasukan
kesihatan
memulakan pemeriksaan/membuat penilaian.
Melengkapkan butir-butir berkenaan dalam buku rekod kesihatan murid.
Menyediakan bilik bagi menjalankan pemeriksaan penilaian kesihatan.

Peranan PIBG:

Menyokong rancangan kesihatan sekolah.
Mencari/mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan kos pelaksanaan.
Mempunyai ahli jawatankuasa yang sentiasa bersedia dan berminat untuk
menjayakan program-program sekolah.
Memberi persetujuan sebelum pasukan kesihatan memulakan pemeriksaan/membuat
penilaian.
Mengawas murid ketika pemeriksaan/penilaian kesihatan dijalankan oleh pasukan
kesihatan.

Peranan Pusat Kesihatan:

menilai dan mendaftar ubatubat dan kosmetik sebelum dibenarkan untuk pasaran.
perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan.
membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana sekolah.

Peranan Balai Polis:

Mengumpul, mengkaji,menaksir dan menyebar maklumat berkaitan masalah-masalah
kesihatan.
Melaksanakan programprogram dan seminar.
Menyimpan rekod dan statistik.


KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

Amalan gaya hidup sihat
Kunci untuk sihat sepanjang hayat
a) Pemakanan siha t
b) Tidak merokok
c) Lakukan aktivit i fizika l
d) Belajar menangan i stres

Faedah gaya hidup sihat:

a) Meningkatkan status kesihatan anda
b) Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan
jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
c) Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
d) Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati
kehidupan.
Pengjagaan kesihatan diri di rumah
Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Patuhi arahan pada label ubat.Dapatkan nasihat pusat perubatan tentang ubat yang
disarankan, sukatan yang sesuai, kesan
sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Sekiranya mengalami tandatanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik,
dapur, tandas dan bilik mandi).

Panduan menilai kesihatan diri di rumah:

Secara amnya, demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda
perlu mendapatkan rawatan SEGERA di
hospital jika anda mengalami mana-mana
tanda dan gejala berikut :

a) Masalah pernafasan :
sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
b) Batuk berdarah atau kahak berdarah
c) Sakit dada berterusan
d) Cirit-birit atau muntah yang kerap
e) Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
f)Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
g) Rasa pening apabila berdiri

Pengjagaan mental

Langkah-langkah mudah pengjagaan mental:
a) Mengamalkan cara hidup sihat
b) Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
i. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
ii. Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai.
iii. Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.
c) Berfikir dengan positif
i. Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti: Saya akan, saya boleh, saya
akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.
d) Buat keputusan secara bijak
i. Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
ii. Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
iii. Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.


PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Tujuan:

Mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan
mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid.
Mengesan masalah kesihatan seawal yang mungkin serta membuat rujukan
mendapatkan
rawatan bagi murid-murid yang berkenaan.
Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.

Aktiviti:

Rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu dan lain-lain)
Rawatan kecemasan
Kawalan penyakit yang berjangkit

Penilaian kesihatan/pemeriksaan perubatan:

- Ukuran berat badan dan tinggi
- Ujian awal penglihatan
- Taraf pertumbuhan
- Tabiat, kelakuan
Imunisasi (Tahun I - VI)
- B.C.G., Polio
- Rubella (pelajar perempuan)
Rujukan, rawatan dan susulan
Perkhidmatan
RMT
PROGRAM SUSU SEKOLAH
PERGIGIAN



AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

OBJEKTIF:

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani hidup seharian
Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan yang disediakan
Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum

AMALAN:

Amalan merupakan satu perbuatan atau perlakuan yang menjadi kebiasaan dan
sentiasa di praktikkan
Amalan juga bermaksud perbuatan yang baik yang menjurus ke arah kebaikan

KEBERSIHAN:

Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran seperti debu,sampah, dan bau.
Kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteria, patogen, dan bahan kimia
berbahaya.

MATLAMAT:

KEBERSIHAN

Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong
membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas
Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan
Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap kebersihan
Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk
murid dan guru
Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat
berpandukan Borang Penilaian Kebersihan
Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.

KECERIAAN

Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui
publisiti
yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.
Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Menimbulkan sifat ingin tahu di kalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam
panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung.
Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah
Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan
kerja-kerja keceriaan
Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.


KESIHATAN:

Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-
masing dengan cara yang betul
Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit
berbahaya yang lain
Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan
pameran
Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada murid-murid Tingkatan Tiga
Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

PENGURUSAN:

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak
kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.

PERLAKSANAAN:

Jadual Kebersihan Kelas
Takwin
- Gotong-royong
- Jawatankuasa


AKTIVITI:

Amali cara mencuci tangan oleh rakan sekolah
Penyampaian maklumat kesihatan mengenai denggi
Amali cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes

PERANAN SEKOLAH:

Merancang dan melaksana aktiviti tahunan sekolah mengikut jadual yang telah di
tetapkan
Mewujukan iklim sekolah yang kondusif
Membuat peraturan sekolah berkaitan kebersihan kawasan sekolah
Pemantauan Kebersihan Bilik Darjah


PERANAN GURU:

Menggalakkan serta membantu murid mewujudkan tabiat kebersihan yang baik
Menggalakkan murid menilai perlakuan sendiri dan bertanggungjawab
memperbaikinya.
Menggiatkan pengalamanpengalaman
hidup dengan pendidikan kesihatan.
Merancang program dan kempen kebersihan yang menyeluruh dan komprehensif.

PAKEJ PERKHIDMATAN:

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah

TUJUAN:

Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik
murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan
awal bagi membolehkan intervensi awal dan
penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi
yangsihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan




BUKU REKOD KESIHATAN MURID:


Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua
maklumat
kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan.
Mencatatkan proses pertumbuhan dan
perkembangan murid semasa alam persekolahan.
Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap
murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan.
Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan
mencatitkan
kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan
memberi pelalian kepada anak mereka.
Adalah penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA
memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1 sebagai panduan penjagaan
kesihatan
anak mereka sepanjang masa persekolahan.
Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid
dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau
menaiki
sekolah menengah.
Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk simpanan.
Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod
kesihatan
anak mereka.

PENDIDIKAN KESIHATAN:

Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara
berkelompok dan individu.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang
dijalankan melalui kempen atau kem-kem kesihatan di
sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk
cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan
secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan
golongan murid sekolah contohnya saringan
talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup sihat.
Pendidikan kesihatan individu diberi
sebagai khidmat nasihat dan
kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah
berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lainlain
Antara masalah-masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah:


Obesiti
Ketajaman penglihatan
Rabun warna
Tulang rangka yang tidak normal
Jangkitan cacing
Kudis buta
Kurang pendengaran


PENDEKATAN BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

PENDEKATAN PBSS:

Enam teras utama telah digariskan
Bagi mewujudkan satu pendekatan
Bersepadu di antara warga sekolah.
PIBG, sektor awam, sector swasta,
Badan bukan kerajaan serta
Masyarakat setempat ke arah
Melahirkan sekolah yang sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH

6 teras :
Persekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan selamat
Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan selamat
Penglibatan Komuniti
Kemahiran Kesihatan Diri
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategistrategi dan kaedah
pelaksanaan
yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua
warga sekolah

Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang
merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciriciri
yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model
sihat
dan amalan gaya hidup sihat

PBSS memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:
Kurikulum sekolah
Keadaan fizikal dan sosial sekolah
Perkhidmatan kesihatan sekolah
Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.
Penglibatan semua warga sekolah termasuk pentadbir sekolah, guru, pelajar, pekerja
dan
masyarakat setem

MATLAMAT & FOKUS PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan berkualiti ke
arah pencapaian wawasan negara.
Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar
setiap
warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,
keluarga dan masyarakatmenyediakan
perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek:

Penilaian taraf kesihatan murid
Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan dan kaunseling
Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit Mengenal pasti, merujuk dan
membantu dalam penempatan kanakkanak
kurang upaya

OBJEKTIF PBSS

Memastikan agar setiap sekolah dapat:

Menetapkan polisi kesihatan sekolah.
Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.
Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah

KEPENTINGAN PBSS

Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal,mental,
sosial dan persekitaran.
Mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang
kepada
kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik
Ia menggalakkan penglibatan
keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak.
Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti bangunan,
sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanakkanak yang mempengaruhi kesihatan
kanak-kanak.
Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial
sekolah di dalam membantu suasan pembelajaran yang positif
Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan
bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan kakan-kanak.
Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kurikulum
formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiranberkaitan kesihatan

OBJEKTIF UMUM:

Ia memperkemaskan perseimbangan di antara
pendidikan dan kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi kanak-
kanak perempuan dan wanita dalam komuniti.
Ia memberikan satu persekitaran kerja yang
menggalakkan dan positif kepada warga sekolah.
Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan
masyarakat setempat bagi bekerjasama dalam
Inisiatif kesihatan yang membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan anggota
masyarakat

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir program, peserta seharusnya dapat:
Mewujudkan warga sekolah yang faham dan melaksanakan aspek-aspek kesihatan
fizikal iaitu kebersihan diri (gigi, kuku, rambut dan Pakaian) dan Makanan yang sihat

PERANAN GURU

Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini.
Penerangan yang jelas mengenai konsep PBSS
hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti
PBSS
Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat mengenai PBSS.

PROSTAR

PENGENALAN

PROSTAR - Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja.
Diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan
remaja.
Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan
KKM
dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24
November, 1996 di Dataran Merdeka, KualaLumpur.

KONSEP:

Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja
Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 ingga 25 tahun sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS
Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja

KUMP SASARAN:

Remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah,
pelajar institusi penggajian tinggi, remaja lepasan sekolah.

OBJEKTIF:

Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara
pencegahan dan pengawalannya.
Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang
dikaitkan dengan gejala sosal yang melada remaja masa ini.
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari
tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
Membentukkan segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat
dan menggerakkan remaja agar turut dalam usaha menentang ancaman AIDS.
Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial
dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.

TUJUAN:

Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng

STRATEGI:

Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi.
Pendekatan komunikasi secara intensif
Promosi
Kelab PROSTAR
Rangkaian kelab PROSTAR
Pengerusan kelab
Rumah kelab

AKTIVITI:

Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS
dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
Sesi kaunseling remaja.
Latihan PRS PROSTAR
Menerbit dan mengedarkan newsletter.
Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun,
keropok dan cenderahati


PRS

PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya ialah kelab dimana seorang pelajar dilatih dalam bidang
kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.
Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya,
terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
Program ini telah diperkenalkan di sekolah sekolah menengah
seluruh Malaysia pada tahun 1987.

TUJUAN:

Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng

PRINSIP:

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,
bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.


FALSAFAH:

BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU
ORANG LAIN

VISI:

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
dan berkualiti

MISI:

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya

MATLAMAT:

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada
kepercayaan kepada Tuhan.
Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka,
bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup
selesa dalam masyarakat majmuk.
Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar

PERANAN:

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan
dan
kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat
rujukan jika perlu.
Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan
berempati

ETIKA:

Amanah dan menyimpan rahsia.
Tahu batasan dan keupayaan diri.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari
pelbagai aspek
Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh
merosakkan diri atau orang lain.

PENILAIAN

BENTUK PENILAIAN:

Rekod Kesihatan Murid
Rekod Rancangan Makanan
Rekod Rawatan & Pemeriksaan Gigi
Laporan Bulanan
Laporan Tahunan
Pengiktirafan kepada kelas terbersih
Kuiz kesihatan

TUJUAN PENILAIAN:

Mengekalkan tahap kesihatan murid
Promosi kesihatan
Pencegahan penyakit
Rawatan @ rujukan
Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik

KAEDAH MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN MURID DI SEKOLAH:

Pemberian Immunasasi
Saringan kesihatan
Pencegahan penyakit
Rawatan Ringan dan rujukan ke klinik atau hospital

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

PENDAHULUAN

Tidak bermaksud untuk menggantikan makanan yang disampaikan kepada seorng
murid sekolah oleh Ibu bapa atau penjaganya
RMT bermaksud memberi makanan tambahan iaitu 1/4 1/3 daripada jumlah
keperluan
makanan harian bagi seorng murid harian sekolah rendah sepenuhnya
Merupakan satu usaha bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang
berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan

OBJEKTIF:

Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan
dan
kekurangan tenaga
Menyelenggarakan dan mengaplikasikan pendidikan kesihatan dari segi pemakanan
dan penjagaan kesihatan secara tidak lansung.
Memupuk budaya sopan, berdisiplin menjaga kebersihan diri makanan dan alam
sekitar
Menggiatkan usaha sekolah dalam penjagaan pemakanan murid

PEMILIHAN:

Murid yang menunjukkan tanda salah pemakanan (dipilih oleh pasukan perkhidmatan
ksihatan sekolah/guru dan diselaraskan
oleh jawatan kuasa khas di peringkat sekolah)
Murid yang daripada keluarga berpendapatan rendah (400 ke bawah) dan keahlianya
ramai (6 orang dan ke atas).
Rumah jauh dari sekolah

PIHAK PENYEDIA:

Guru sekolah
PIBG
Pasukan badan sukarela
Pekerja kontrak kantin
Pekerja upahan

KESAN KEKURANGAN ZAT:

Ganggun pertumbuhan fizikal dan mental
Kurang tumpuan
Kemerosotan
Keletihan

Anda mungkin juga menyukai