Anda di halaman 1dari 2

UNICH: Kemenangan pada minit-minit akhir Bayern Munich ke atas Manchester City pada aksi

sulung Liga Juara-Juara Eropah Kumpulan E menggembirakan penyokong setianya namun ada
isu lebih besar yang perlu diberi perhatian pengendalinya, Pep Guardiola.
Pada perlawanan di Allianz Arena itu, satu masalah yang jelas ialah Bayern hilang ketajaman di
bahagian serangan dan melepaskan rentetan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol.
Malah penyerang terbaik Bundesliga musim lalu, Robert Lewandowski yang menyertai Bayern
musim ini masih ketandusan jaringan bersama kelab Bavarians itu dalam perlawanan kompetitif
dan situasi itu berulang, awal pagi tadi selepas turut mempersia peluang terbaiknya untuk
menjaring gol.
"Kami gembira memulakan kempen dengan kemenangan dan tiga mata namun jelas kami perlu
menjaringkan gol lebih awal dan menjadikannya perlawanan yang lebih mudah berbanding
seperti ini," kata kapten Bayern, Philipp Lahm.
"Kami mempunyai peluang yang amat baik pada babak pertama dan sepanjang 90 minit
permainan malah mempunyai peluang yang jauh cukup baik untuk menjaringkan gol."
Gol tunggal perlawanan dijaringkan pada minit ke-90 menerusi pertahanan, Jerome Boateng
dalam perlawanan yang menyaksikan penjaga gol Man City, Joe Hart mempamer aksi
cemerlangnya menafikan beberapa cubaan berbahaya Bayern.
Selain Lewandowski, penyerang Jerman, Thomas Mueller juga melepaskan beberapa peluang
dalam perlawanan menyaksikan tuan rumah menguasai 60 peratus permainan itu.
Bayern ketika ini sedang dihimpit masalah kecederaan agak serius di bahagian tengah dengan
dua pemain utama, Franck Ribery dan Bastian Schweinsteiger yang masih bergelut dengan
kecederaan memaksa Guardiola memasukkan dua pemain baru, Xabi Alonso dan Mehdi Benatia
di bahagian tengah.
Selain itu, masalah kepenatan juga dikatakan masih mengganggu Bayern yang turut kehilangan
Thiago Alcantara, Javi Martinez dan Holger Badstuber akibat kecederaan. - Reuters

PENJARING gol tunggal Bayern Munich, Jerome Boateng (kanan) meraikan jaringannya bersama
rakan sepasukan dan pengurus pada aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City,
awal pagi tadi. Bayern menang dengan keputusan 1-0.

Anda mungkin juga menyukai