Anda di halaman 1dari 5

1

Hasil Pembelajaran Tugasan


1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.
2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional
3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat
yang lebih tinggi.
4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional.
5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2.

Objektif Tugasan Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menjelaskan konsep profesion, profesional dan profesionalisme, etika, akauntabiliti
dan kesantunan profesionalisme keguruan.
2. Menilai ciri-ciri profesion yang meletakkan guru sebagai seorang profesional.

Tugasan 1 (60%)
Sistem pendidikan negara merupakan tulang belakang kepada pembangunan sesebuah
negara untuk melahirkan generasi berwibawa dan modal insan berkualiti. Martabat profesion
keguruan sehingga kini masih banyak dipertikaikan oleh sesetengah pihak masyarakat dan
dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik sendiri.
Jelaskan konsep profesion, profesional dan profesionalisme, etika, akauntabiliti dan
kesantunan profesionalisme keguruan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM:
PISMP

TARIKH MULA

18/08/2014

TARIKH HANTAR

15/09/2014
NAMA KURSUS: ASAS KEPEMIMPINAN
DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
KOD KURSUS : EDU 3083
NAMA PELAJAR:

SEMESTER:
Ambilan Januari 2011
2

Tugasan 2 (40%)
Pilih satu artikel / jurnal berkaitan, ciri-ciri guru sebagai seorang profesional. Buat penelitian
terhadap artikel tersebut.

1. Buat ringkasan artikel / jurnal (summary of the article),
2. Ulas tentang kenyataan-kenyataan dalam artikel / jurnal tersebut tentang ciri-ciri guru
sebagai seorang profesional, dan
3. Hubungkaitkan pengalaman peribadi anda ketika menjalani praktikum dengan artikel /
jurnal tersebut.
Procedur:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 4 minggu.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Fon Arial
3.2 Saiz huruf ialah 11
3.3 Langkau 1.5 baris
3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4. Muka depan esei merangkumi:
4.1 Nama Pelajar
4.2 Angka Giliran
4.3 No. Kad Pengenalan
4.4 Kumpulan/Unit
4.5 Kod dan Nama Kursus
4.6 Tajuk dan Tugasan Projek
4.7 Nama Pensyarah dan Akademik
4.8 Tarikh Hantar

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

8. Sila rujuk kepada Panduan untuk Tugasan


Panduan Untuk Tugasan 1


Perancangan dan rangka esei

(a) Rangka topik dan subtopik yang menyokong pilihan anda tentang reviu.
(b) Kenalpasti dan senaraikan rujukan yang akan digunakan untuk menyokong topik dan
subtopik esei anda.
(c) Anda dikehendakki menggunakan pelbagai sumber rujukan seperti artikel jurnal, buku
rujukan dan sumber internet.
(d) Panjang esei adalah lebih kurang 10 muka surat.



3

Pengenalan

(a) Memperkenalkan topik. Anda boleh memberi satu penerangan ringkas tentang ciri-ciri
seorang guru yang profesional.
(b) Secara ringkas, huraikan bagaimana esei akan distrukturkan dan nyatakan topik-topik
dan sub topik-topik yang akan dibincangkan.
(a) Pengenalan ini seharusnya tidak melebihi 1 muka surat.

Bahagian utama esei

(a) Reviu pelbagai sumber rujukan seperti buku, tesis, artikel yang berkaitan dengan topik
anda.
(b) Integrasikan bahan untuk menentu dab menyokong hujah-hujah yang spesifik.
(c) Organisasikan persembahan topik dan subtopik supaya hujah-hujah anda diolah dengan
Koheren.
(d) Anda digalakkan untuk menggabubgkan perkembangan pendidikan semasa di Malaysia
dalam perbincangan anda.
(e) Anda digalakkan untuk mengambil kita teori-teori pendidikan dalam perbincangan anda.
(f) Anda digalakkan membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengaitkan balik
kepada tugasan. Ini adalah memastikan anda mengolah pada landasan yang betul.
(g) Jika boleh, gunakan perkataan sendiri untuk maklumat yang dirujuk daripada sumber
rujukan. Pastikan anda mencatat sumber rujukan jika mengambil sesuatu daripada
bahan rujukan.
(h) Gunakan kata hubung yang ketara untuk beralih daripada hujah yang bertentangan
kepada hujh-hujahg yang menyokong atau sebaliknya.
(i) Pastikan anda mencatat sumber rujukan terhadap maklumat yang diguna dengan
menggunakan format APA.

Rumusan dan Rujukan

(a) Secara ringkas, rumuskan maklumat yang dipersembahkan dalam bahagian utama esei.
(b) Nyatakan rumusan utama anda.
(c) Anda seharusnya tidak mengemukakan hujah-hujah baharu dalam rumusan anda.
(d) Rumusan anda seharusnya tidak melebihi 1 muka surat.

Panduan Untuk Tugasan 2

Perancangan dan rangka ulasan kritis:
(a) Rangka topik dan subtopik tentang artikel / jurnal yang dipilih.
(b) Kenalpasti dan senaraikan rujukan yang akan digunakan untuk menyokong topik dan
subtopik esei anda.
(c) Anda boleh menggunakan pelbagai sumber rujukan seperti artikel jurnal, buku
rujukan dan sumber internet.
(d) Panjang artikel / jurnal antara 5 7 mukasurat. Artikel / jurnal tersebut mesti dikepilkan
dengan tugasan.
(d) Panjang esei adalah lebih kurang 7 muka surat.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukan Kriteria Berikut:
(a) Kefahaman tentang ciri-ciri seorang guru yang profesional.
(b) Keupayaan menilai kekuatan dan kelemahan ciri-ciri seorang guru yang profesional.
(c) Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.
(d) Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan
Ilmiah.
(e) Format dan organisasi laporan perlu tersusun dan kemas, teratur, jelas dan koheren.
(f) Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat memenuhi kehendak tugasan.

4

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.







Disediakan oleh: Disemak oleh:


.
(MOHD SUFIAN BIN ABD MUTALIB ) (ZAIDAH BT. ABU BAKAR)
Penyelaras Kursus EDU 3108 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar




Disahkan oleh:



(UMI KALSOM BT. TAKRIFF)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Raja Melewar














5

Anda mungkin juga menyukai