Anda di halaman 1dari 5

ISL 1: Kepentingan Etika dan Kod Etika kepada seorang guru

Etika berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang bererti norma-


norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku
manusia yang baik.Etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan
manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan
apakah yang benar dan apakah yang salah.
Menurut (American College Dictionary, 1964), Etika sebagai prinsip-
prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari
kebenaran . Nikki,(2009) berpendapat bahawa Etika sebagai pedoman
perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia
dalam bahagian tertentu . Manakala Bascom, (2007) berpendapat Etika
sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.
Kepentingan Etika dan Kod Etika
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. 3.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN,
1991).
Kod Etika Keguruan Malaysia
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Bersikap adil terhadap setiap pelajar
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri
tanpa sebarang bayaran.
memberikan contoh yang baik
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus supaya pengajaran
mencapai mutu yang tinggi.
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
sebagai sulit
Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Mengelakkan menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakan
kepentingan pelajar/ masyarakat/ negara
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilau yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, saling
menghormati
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dgn ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat da menjalani kehidupan kamu sehari-hari dengan baik.
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Mengelakkan diri drpd membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan rajin.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.

Konsep akauntabiliti keguruan
Akauntabiliti keguruan bermaksud sidat bertanggungjawab kepada seseorang
atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia
memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Ia
berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberi justifikasi dan
memberi kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan
yang telah diambil.
1. Akauntabiliti terhadap pelajar
Mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian
akademik
Membentuk potensi mereka secara menyeluruh supaya melahirkan
pelajar yang seimbang
Membentuk sahsiah pelajar dan pengajaran mempunyai suatu
tujuan moral kerana sentiasa memberi kepentingan kepada
perwatakan pelajar
Mendidik murid ke tahap moral yang tinggi
2. Akauntabiliti terhadap diri sendiri
Berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata
pelajaran yang diajar.
Mengemaskini diri tentang perkembangan baharu dan mencari ilmu
baharu serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam bidangnya.
Komitmen terhadap tugas, bersikap positif, melaksanakan tugas
secara adil serta memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua pelajar.
Model yang diteladani oleh pelajar
3. Akauntabiliti terhadap ibu bapa
Melaksanakan tugas untuk memastikan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna.
Menanggung kewajipan yang berat dalam mencorak peribadi dan
sahsiah pelajar.
Menjalin hubungan yang erat terhadap ibu bapa dan mendapat
sokongan daripada mereka.
Berbincang tentang masalah disiplin atau akademik anak-anak
mereka dengan guru secara bertanggungjawab dan telus.
4. Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
Melaksanakan tugas sebaik mungkin demi mencapai cita-cita dan
aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bersikap positif untuk meningkatkan martabat profesion keguruan
dalam khalayak masyarakat
Mengemaskini diri demi membawa perubahan kepada pelajar dan
melahirkan generasi masa depan yang dinamik dan proaktif.
Sebagai model untuk diteladani oleh pelajar
5. Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Menjalin hubunga yang baik sesama rakan sejawatnya
Bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang
disandang oleh mereka
Menghormati profesionnya dan sentiasa berusaha melaksanakan
tanggungjawab mereka
Membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion
Menguasai ilmu atau pengetahuan kandungan terkini

Anda mungkin juga menyukai