Anda di halaman 1dari 1

ULASAN JURNAL 1

Jurnal ini menerangkan Alat untuk Memperbaiki Kualiti Guru dan Amalan dalam Bilik
Darjah. Masaalah yang dijadikan kajian dalam jurnal ini adalah kebanyakkan guru adalah terlalu
sibuk untuk membaca tentang suatu kajian, apatah lagi membuat kajian. Mereka menganggap
kajian adalah suatu yang tidak relevan kerana terlalu sedikit kajian yang dilakukan oleh guru
dan selalunya ia tidak berkait dengan aktiviti harian di dalam bilik darjah. Maka, kajian tindakan
dapat membantu mereka untuk mencari strategi dalam memperbaiki amalan pengajaran
mereka. Beliau telah mengambil 34 orang pelajar sebagai sampel kajian. Pengkaji ini telah
melakukan kajian berdasarkan model 4 peringkat kajian tindakan (Mertler dan Charles, 2005)
yang terdiri daripada merancang (Planning), bertindak (Acting), membangun (Developing),
mereflek (Reflecting),
Menurut Mertler (2006), kajian tindakan merupakan suatu proses yang dapat
memperbaiki pengajaran melalui gabungan perubahan. Pengkaji telah melakukan pengumpulan
dan penganalisisan data.Pengumpulan data dibuat melalui agihan borang kaji selidik di mana
merangkumi skala (1-5) dan soalan terbuka. Analisis data menggunakan teknik analisis
kualitatif .Hasil dapatan dibuat berdasarkan soalan kajian dan ianya dipaparkan melalui
gambarajah untuk menunjukan skor min setiap dan penerangan yang terperinci bagi setiap skor
dan soalan yang terdapat di dalam borang kaji selidik.

Pengkaji juga memberi kesimpulan dan implikasi kajian tindakan yang dibuat serta
memasukkan elemen kajian di masa hadapan (future research) sebagai kajian longitude.

Anda mungkin juga menyukai