Anda di halaman 1dari 2

INTEGRITI DALAM ISLAM

Integriti merupakan nilai yang menentukan kualiti seseorang. Dalam


konteks pembangunan diri insan, penanda aras atau sasaran kualiti
perlu lebih objektif agar lebih mudah dan jelas untuk diukur
pencapaiannya.
Ilmu dan pendidikan berkait rapat dengan isu integriti. Dalam
tradisi Islam, integriti dikaitkan dengan autoriti. Al-Quran
umpamanya adalah sumber yang memiliki autoriti untuk memberi
pedoman dan panduan tentang bagaimana urusan hidup harus berlaku
dan bagaimana hubungan manusia terhadap Pencipta seharusnya
berjalan.
Faktor syarak umpamanya adalah jalan pedoman tentang
batasan-batasan yang sewajarnya berjalan terhadap manusia dan
kehidupan. Maqasid syariyyah atau maksud hukum syarak memelihara
integriti manusia, antaranya agama, akal, keturunan dan harta.
Pemiliharaan faktor-faktor ini boleh membentuk manusia sentiasa
dalam keadaan fitrah. Faktor kemuliaan manusia di sisi Tuhannya
merujuk kepada faktor ketakwaan. Takwa dari satu sudut pengertian
membawa maksud tentang insaf-keTuhanan (God-conciousness) yang
tinggi.

Inilah maksud integriti sebenar dari sudut Islam. Manusia yang
memiliki insaf-keTuhanan yang tinggi akan sentiasa menjadikan Allah
sebagai sumber memelihara, menjaga tertib diri, amal perbuatan,
tingkah perangai kerana kalau ianya berkait dengan manusia saja
integriti boleh cair dan terungkai kerana ada ketikanya manusia boleh
melampaui batas.

Contohnya, faktor akidah atau aqaid atau ikatan antara
manusia dan Pencipta akan sentiasa menjadi pancang yang
menghubungkan manusia dengan Tuhannya. Pancang ini amat penting
untuk memandu manusia supaya jangan melampaui batas. Sehebat
mana gelora hidup yang ditempuh, sekuat mana tarikan kebendaan
dan nafsu-nafsi yang ada, insan yang muttaqin dan akidah yang
mantap akan tetap memelihara dan melindungi manusia dari amalan
dan perbuatan yang melampaui batas.

Anda mungkin juga menyukai