Anda di halaman 1dari 8

Bulan Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam

islam. Umat islam tentu akan kedatangan bulan ini setiap


tahun . Pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan
Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar
biasa yang mengemparkan serta menakjubkan fikiran ,
iaitu peristiwa israk dan mikraj.

Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi
Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram
(Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin. saw dari bumi (dari
masjidil Aqsa) naik ke langit.

Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi
Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa

Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad,
kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha,
dengan menembusi planet-planet dunia serta
menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke
Mekah pada malam itu juga.

Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi
saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa
ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam
pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana
kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw
dalam waktu yang singkat , cuma memakan masa 1/3
malam . Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram
dengan Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat ,
lebih-lebih lagi naik ke langit hingga naik ke langit yang
ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih
sepertimana hari ini. Kemudian banyak peristiwa yang
dialamai dan banyak permandangan yang dapat dilihat
oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan
syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam
neraka.

Setelah nabi Muhammad saw selesai mengalami Israk
dan Mikraj , baginda membuat pengumuman di
hadapan orang ramai memberitahu yang baginda telah
diisrak mikraj kan oleh Allah swt disamping
menceritakan semua perkara yang baginda alami ketika
itu dengan harapan golongan kafir Quraisy yang
mendengar penjelasan baginda saw itu akan beriman
kepada Allah swt dan mengikut ajaran-Nya. Namun
mereka tidak juga mempercayai kata-kata Rasullulah saw
malah memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa
semua cerita Nabi Muhammad saw itu tidak masuk akal.
Hanya sedikit yang beriman, itu pun dalam keadaan
yang was-was.

Bagi kita sebagai muslim dan mukmin , kejadian Israk
dan Mikraj ini tidak sulit untuk difikirkan ini kerana kita
sendiri mengetahui dan mengakui bahawa kekuasaan
Allah swt boleh berlaku dengan kehendak-Nya.

Nabi Muhammad saw berangkat dari Masjidil Haram
bersama malaikat Jibrail adalah dengan menaiki buraj
yang sekali melangkah jauhnya adalah sejauh mata
memandang.

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami
oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub
dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman
dengannya.
Allah swt berfirman: surah al-israk ayat 1

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami
oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub
dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman
dengannya.

Apabila kita meneliti catatan sejarah, didapati pada
bulan Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad
saw,beliau benar-benar berada dipuncak kesedihan.
Baginda saw telah menghadapi 2 musibah berturut-turut
, iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat
dikasihi. Pemergian itu adalah pemergian buat selama-
lamanya menghadap ke hadrat illahi. Musibah yang
dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang
dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan
bapa saudaranya Abu Talib. Tahun tersebut adalah tahun
dukacita bagi Rasullulah saw. Bagi Rasullulah saw
kewafatan Siti Khadijah bukan sekadar kehilangan isteri
yang menumpahkan taat setia, kasih sayang dan
ketabahan yang luar biasa,tetapi Siti Khadijah juga
berfungsi sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan
Rasullulah saw.

Sebagai insan berharta , Siti Khadijah telah
mengorbankan sebahagian besar harta miliknya dengan
penuh ikhlas dan rela demi kepentingan dan kemajuan
dakwah Rasullulah saw dalam menegakkan islam.
Adanya Siti Khadijah disisinya dengan perangsang yang
diberikan , Nabi Muhammad saw merasa segala beban
yang dipikulnya menjadi ringan dan segala kepahitan
terubat yang mana ia menjadi sumber kekuatan dan
semangat untuk mengembangkan islam.

Demikian juga halnya kewafatan Abu Talib, bapa
saudaranya yang bermati-matian membela dan
melindunginya daripada ancaman orang kafir quraisy .
Lantaran Abu Talib tergolong di dalam orang yang
disegani dikalangan bangsa Arab, menyebabkan orang
kafir Quraisy tidak berani menggangu Nabi Saw secara
terang-terangan. Namun, setelah Abu Talib dan Siti
Khadijah wafat mereka begitu berani sekali menggangu
dan mengancam Nabi saw.

Setelah Nabi saw merasakan ruang pergerakan dakwah
di Mekah semakin sempit dan keselamatan umat islam
sudah tidak terjamin , Rasullulah saw memutuskan untuk
pergi ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan
menerima seruan dan membantu perjuangannya.
Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak
memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan
melemparkan pelbagai cacian,hinaan dan
penganiawaan.

Kerana cabaran itu Rasullulah saw kembali semula ke
Mekah. Betapa beratnya pendetitaan yang diterima oleh
Baginda Rasullulah saw tentunya tidak dapat kita
bayangkan . Dalam keadaan seperti itu, bagi
memantapkan dan menghiburkan Rasullulah saw, maka
Allah swt memerintahkan kepada malaikat Jibril agar
mengisrak mikrajkan Rasullulah saw.


Daripada peristiwa Israk Mikraj ini terdapat
beberapa hikmah yang terkandung di
dalamnya beberapa pengajaran yang amat
berguna sekali untuk umat islam; Diantaranya
ialah :

1- Agar manusia sentiasa mengadakan hubungan
dengan Allah , baik dikala ditimpa kesusahan maupun
kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu
memberikan pertolongan dan menghilangkan segala
kesedihan serta kesusahan pada diri manusia,
sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa
beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia
memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa
mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat
musibah dan permasalahan dalam kehidupan.

Caranya tentu sahaja dengan melaksanakan yang
diperintahkan dan menjauhi semua larangan-Nya.
Disamping terus meningkatkan ketakwaan dan amal
ibadah . Ternyata apabila Jibril mengajak Nabi Saw
berangkat dan keberangkatan itu adalah untuk menemui
Allah. Alangkah gembira hati Rasullulah saw , sehingga ia
lupa segala masalah yang berlaku , tidak dihiraukan lagi
kegelapan malam dan jauhnya perjalanan yang bakal
ditempuhi itu.

2- Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu
Nabi Muhamad saw diajak meninjau keadaan neraka.
Baginda ditunjukkan berbagai penyeksaan yang amat
dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari
bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Misalnya baginda bertemu dengan satu kaum yang
memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah
pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril
menyatakan mereka ini orang yang berat kepalanya
mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat
lain-lain bentuk penyeksaan bagi pemakan
riba,penzina,orang yang suka memfitnah dan lain-lain.
Ini semuanya memberi teladan dan iktibar agar kita yang
hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut
dan lain-lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah
swt.

3- Mendapat perintah solatsebagai satu bentuk ibadah.
Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan
kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa,zakat dan
haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh Allah
swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa
melalui perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan
amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini
menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan
berbanding ibadah-ibadah yang lain. Kita harus
bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim
berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah.

4- Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai
pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasanan-Nya
benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia .
Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam yang
serba luas dan indah ini, Dalam Israk Miraj Allah swt
memperlihatkan kepada Nabi Muhamad saw akan
keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang
terdapat di alam lain, seperti Sidratul
Muntaha,Arasy,Syurga dan lain-lain lagi.

Adalah diharapkan umat islam yang memperingati
peristiwa israk dan mikraj saban tahun tidak sekadar
terikut-ikut atau cuma memperingati tanggal berlakunya
peristiwa tersebut, tetapi kosong tanpa penghayatan.
Apa yang penting , berbagai hikmah yang terkandung di
dalamnya hendaklah direnung dengan teliti. Agar nanti
dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan, baik
dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi
ibadah kepada Allah maupun untuk peningkatan ilmu
pengetahuan dalam menghadapi dunia yang semakin
mencabar ini .

Refleksi : Diakhir pelajaran, didapati murid boleh mengingat bacaan surah A-Kafirun. Dalam aktiviti
mengesan kalimah bacaan panjang, guru perlu memberi penekanan yang lebih untuk membolehkan
murid menjawab soalan yang diberi. Murid perlu didamping secara individu untuk diberi penerangan
dan akhirnya murid dapat membuat latihan yang diberi oleh guru. Kurang puas hati dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku kerana pengndalian bahan ict bermasalah.

Anda mungkin juga menyukai