Anda di halaman 1dari 33

Kampus Kota Bharu

Teras Bahasa Melayu


PPISMP PA1 SEM 3 2011

NAMA

: 1) MUHAMMAD NAZIRAN BIN MOHD NOH@FAUKORI 2)MOHD ZAKI IKRAMULLAH BIN ZAKARIA 3) MUHAMMAD ABD. BASITH BIN RAZALI

KUMPULAN/UNIT MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: PPISMP PA1 SEMESTER 3 (AMBILAN JUN 2010) : TERAS BAHASA MELAYU (TBM) : ENCIK MOHAMMAD SHAMSUDDIN BIN JAMIRAN : 18 OGOS 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta langit dan bumi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu ini. Walaupun hasil kerja ini masih terdapat sedikit kecacatan atau kelemahan, namun inilah hasil terbaik yang saya mampu berikan untuk menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah Bahasa Melayu saya, Encik Mohammad Shamsuddin Bin Jamiran yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tanpa beliau, tidak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang diberikan kerana tidak mempunyai bimbingan. Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu rakan-rakan di kelas PPISMP PA1. Dengan bantuan rakan-rakan yang

memberikan bantuan dan sokongan yang tidak terhingga menyebabkan saya menjadi begitu bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini. Untuk menyiapkan kerja kursus ini, banyak dugaan dan ujian yang telah saya tempuhi. Namun segala ujian dan cabaran ini membuatkan saya sedar bahawa semua ujian datangnya daripada Allah SWT dalam menguji hamba-hamba-Nya agar sentiasa beriman kepada-Nya dan agar tidak mudah mengalah kepada cabaran. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa ini. Terima kasih.

BIL PERKARA 1 2 3 PENGHARGAAN PENDAHULUAN CERAMAH DEFINISI JENIS TUJUAN PERSEDIAAN MENYAMPAIKAN CERAMAH TEKNIK PENYAMPAIAN FORMAT PEMBINAAN TEKS PIDATO DEFINISI JENIS TUJUAN KEMAHIRAN MEMULAKAN PIDATO CARA PENYAMPAIAN PIDATO YANG MENARIK FORMAT PEMBINAAN TEKS UCAPAN DEFINISI TUJUAN UCAPAN CIRI-CIRI UCAPAN CARA-CARA TULIS TEKS UCAPAN TAKLIMAT DEFINISI TUJUAN TAKLIMAT PENYEDIAAN TAKLIMAT KANDUNGAN TAKLIMAT CIRI-CIRI PENYAMPAIAN TAKLIMAT FORMAT TAKLIMAT GRAFIK TEKS UCAPAN TEKS CERAMAH TEKS PIDATO REFLEKSI BIBLOGRAFI LAMPIRAN

HALAMAN

7 8 9 10 1 1 1

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu Kontekstual mengandungi 2 komponen iaitu Tatabahasa dan Kemahiran Komunikasi. Kedua-dua komponen ini bertujuan membolehkan pelajar menguasai dan menggunakan bahasa melayu dalam konteks, tatacara dan keterampilan berbahasa yang betul, tepat dan berkesan. Secara umumnya tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas ialah morfem. Ia juga menuntut kita supaya mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana keduadua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis pula merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Maksud komunikasi ialah pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. Komunikasi itu penting bagi menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan juga dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

CERAMAH Definisi ceramah Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan

membicarakan sesuatu perkara.

Pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui

perucapan dan disampaikan secara dua hala. Ceramah juga boleh di definisikan sebagai ucapan yang di sampaikan oleh seseorang jemputan yang di anggap berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu dalam majlis yang formal. Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing iainya berupa penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, iaitu topik disampaikan penceramah kepada penonton. Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada anggota kumpulan atau

institusitertentu, baik dalam sektor kerajaan atau swasta. Dalam profesion perguruan, aktiviiti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan guru. Guru yang berpengalaman seringkali dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Jenis Ceramah Ceramah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu ceramah politik, ceramah kesedaran,ceramah kesihatan, ceramah agama dan ceramah pendidikan. bahagian pertama dimana penceramah akan membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian kedua pula ceramah akan dibuka untuk para audien mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Ceramah dapat mewujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman manakala audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau tajuk.

Tujuan ceramah Ceramah merupakan proses seseorang perucap mempengaruhi mengubah sikap,kepercayaan, pemikiran, tindakan audien sasaran. dengan erti kata lain

ceramah merupakan kaedah perucapan yang bertujuan untuk mumujuk audien dengan memberi maklumat yang benar supaya dapat meyakinkan audien daripada maklumat yang diperkatan dalam ceramah yang disampaikan.

Persediaan menyampaikan ceramah Bagi mewujudkan suasana ceramah yang berkesan penceramah perlu membuat persediaan yang rapi. Penceramah perlu mengenal pasti beberapa perkara penting seperti lingkungan audien dan apakah yang perlu disampaikan dan apakah perkara yang hendak di dengar oleh audien. Penceramah juga perlu peka dan mengenal pasti tempat ceramah tersebut akan diadakan dan tarikh serta masa ceramah tersebut. Penceramah perlu merancang isi kandungan ceramah dan membuat penelitian terhadap beberapa perkara antaranya mengetahui tajuk ceramah. Untuk membolehkan penceramah mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan tajuk yang hendak disampaikan. Penceramah perlu melakukan sedikit penyelidikan tentang apa yang diharapkan oleh pendengar. Penceramah perlu bertanya pihak pengajur sekiranya tajuk yang di berikan kurang jelas. Dengan ini ia boleh memberi gambaran awal kepada penceramah bagi menentukan apakah yang dikehendaki dan setakat mana tahap ceramahnya. Selain itu, penceramah juga perlu mengenalpasti berapa lama tempoh ceramah yang dikehendaki bagi menentukan takatperincian yang disediakan mengikut tajuk ceramah yang berkenaan. Setelah mengetahui secara kasar apa yang dikehendaki penceramah hendaklah memulakan persediaan. Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang berkenaan, segala yang diketahui daripada pengalamannya sendiri. Kemudian pencermah boleh mendapatkan seberapa banyak mungkin bahan rujukan seperti buku,jurnal,rencana pencarian melalui internet dan kertas kerja terkini berkaitan tajuk

yanghendak disampaikan. Mencari maklumat yang terkini amat penting dalam penyediaan teks ceramah. Apabila segala maklumat telah terkumpul penceramah bolehmemulakan penulisan ceramahnya. Sebagai persediaan yang lebih rapi lagipenceramah boleh merakan ceramahnya dan mendengarnya semula. Ini

bertujuanuntuk mengesan sebarang kesalahan pada teks ceramah.

Teknik Penyampaian Ceramah Bagi meningkatkan teknik penyampaian ceramahnya, penceramah perlu menyelitkan sedikit ilustrasi yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk ceramahnya. Inibertujuan untuk mengekalkan minat audien sepanjang ceramah dijalankan. Elakkan daripada menggunakan tulisan yang banyak dalam slide Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan audien. Dalam penyampaian ceramah, elakkan daripada membuang masa dengan membaca butiran-butiran yang terdapat didalam slide atau transperasi. Perbuatan seperti ini akan menimbulkan kebosanan para audien. Penceramah hanya perlu mengembangkan butiran-butiran yang ditayangkan. Seterusnya penceramah perlu mengenalpasti tempat ceramah bagi meninjau keaadaan tempat, keluasan tempat, kemudahan peralatan yang mencukupi

sebagainya. Penceramah boleh membuat persediaan berdasarkan pemerhatiannya semasa membuat tinjauan. Pencermah perlulah memilih pakaian yang sesuai dan bertepatan dengan tema majlis tersebut. Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu anggun dan selekeh dalam sesuatu majlis yang formal. Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka

samadamelalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalansoalan yang dikemukakan. Oleh itu setipa penceramah perlu menguasai kemahiran melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek seperti cara melahirkan pendapat,cara mempengaruhi audien serta nada intonasi. Dalam melahirkan pendapat setiap penceramah perlu mahir bertindak

sepertimenentukan aspek yang hendak di bentangkan supaya apa yang di bentangkan

tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah serta dapat memenuhi kehendak audien. Penceramah juga perlu mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja.Pemilihan dan penyusunan isi mestilah bertepatan dengan aspek yang dihujahkan.Selain itu , penceramah juga perlu mengemukakan pendapat yang di sokong dengan fakta, bukti statistic dan contoh supaya hujan yang di sampaikan menjadi lebih konkrit , berkaitan dan meyakinkan. Setiap persoalan perlulah dijawab dengan yakin supaya ia tidak menimbulkan kemusykilan para audien. Penceramah perlulah menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan

pendengar. Disarankan juga tidak menggunakan istilah-istilah yang bombastic dan sukar difahami oleh pendengar. Setiap penceramah mesti menggunakan laras bahasa yang sesuai, menggunakan bahasa yang tepat, jelas dan tidak meleret-leret.

Format PembinaanTeks ceramah Sesuatu ceramah haruslah dimulakan dengan kata alu-aluan dan penghargaan kepada tetamu majlis dan hadirin yang hadir dalam majlis tersebut. Lantas membuka majlis tersebut dengan kata-kata bembuka majlis. Seterusnya penceramah haruslah Menjelaskan topik atau objektif yang ingin

disampaikan secara umum terlebih dahulu kepada hadirin yang hadir seperti menjelaskan tajuk seterusnya menyatakan susunan isi penyampaian yang akan dibuat atau yang akan disampaikan. Penceramah juga digalakkan menyatakan susunan isi teks ceramah yang akan disampaikan. semasa menyampaikan ceramah, penceramah haruslah menyebutkan penanda pada idea atau hujah dengan menggunakan alat penyambung ayat. Disamping itu, idea atau hujah mestilah disampaikan satu persatu mengikut keutamaan. Juga Hujah yang disampaikan mestilah disertakan dengan

dengan bukti, fakta, dan contoh. Isi ceramah hendaklah terdiri daripada pendapat, cadangan dan nasihat kepada audiens. Selain itu, penceramah perlu bijak tahu pandai menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam menyampaikan ceramah. Ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan

audien. Dalam ceramah yang disampaikan,penceramah hendaklah menimbulkan persoalan untuk difikirkan oleh audiens dan memberi penyelesaian terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Dalam penyampaian ceramah, penceramah mesti mewujudkan hubungan mata yang sesuai dengan penonton, iaitu melihat mereka semasa bercakap. Seterusnya penggunaangaya tangan dan gerakan badan untuk menekankan fakta yang di sampaikan. Mereka juga perlu bijak menunjukkan mimic muka yang sesuai dan meyakinkan. Contohnya seperti senyum apabila gembira. Dalam menutup ceramah, penceramah sekali lagi wajar menunjukkan

kewibawaannya melalui kemahiran seperti membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. Dalam hal ini pengerusi perlu mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan keseluruhan penonton idea untuk telah melibatkan diri.

Penceramah

perlu

merumuskan

yang

diceramahkan.

Penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea yang dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan kepuasan audien. Menyampaikan katakata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Selain itu, penceramah perlu menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat. Penceramah juga perlu memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah.

SYARAHAN Syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat dan

menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Definisi Syarahan Syarahan adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti bekomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk

mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan

sekumpulan pendengar. Jenis-Jenis Syarahan Syarahan persuasif. 1. Bersifat persuasive,mendorong dan mengajak. 2. Reaksi yang diinginkan adalah membangkitkan emosi agar pendengar dapat meyakini dan mungkin menimbulkan tindakan tertentu pada pendengar. Syarahan instruktif 1. Bersifat memberitahu 2. pengertian dan pemahaman pendengar bedasaran informasi. Syarahan rekreatif 1. Bersifat menghiburkan. 2. Menghibukan pendengar sehingga muncul suatu kegembiraan

Tujuan Syarahan Penyampaian syarahan mempunyai tujuannya yang tertentu, lazimnya syarahan dilakukan untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspekaspek penting tentang tajuk tersebut ini adalah untuk membuka minda para audien bahawa sesuatu aspek yang dibincangkan mempunyai banyak aspek penting yang perlu diambil tahu oleh mereka. Salain itu juga, syarahan juga bertujuan memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru yang mungkin kebanyakan daripada audien belum sampai maklumat kepada mereka seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati, maklumat yang disampaikan ini mejadikan audien bersungguh untuk mengetahui dan dan bersungguh untuk mengambil maklumat yang akan disampaikan oleh pemidato. Selain itu, syarahan juga adalah bermatlamat memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya pemidato terhadap sesuatu perkara samada daripada pandangan yang menyokong atau pandangan yang membankang. Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk mempengaruhi supaya audien memberikan pehatian yang serius terhadap isu yang penting iaitu memberi penekanan terhadap isu yang dianggap penting melalui penggunaan bahasa yang tegas, meyakinkan dan bahasa yang menarik agar pendengar brtul-betul faham dan memfokuskan terhadap apa yang diperkatakan dalam syarahan yang di sampaikan.

Kemahiran memulakan syarahan Kemahiran memulakan syarahan terdiri daripada peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan. 1. Peringkat Persediaan Peringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau

keberkesanan sesuatu syarahan. Di peringkat ini, perlu melakukan persediaan seperti mengetahui tujuan syarahan, iaitu sama ada hendak memberi penerangan,

menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk dan mempengaruhi para pendengar. Seterusnya ialah menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek tertentu iaitu dari aspek jenis dan tujuan majlis, bilangan audien yang bakal hadir dalam majlis tersebut, kecenderungan atau minat terhadap sesuatu perkara, tahap ilmu pengetahuan audien atau kelulusan mereka, kemuan sikap mereka terhadap syarahan yang akan disampaikan, jantina dan juga umur audien. Orang yang menyampaikan syarahan juga haruslah mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien agar lebih bersedia dalam menyampaikan syarahan nanti. Penyampai mestilah menyusun maklumat dan mengelaskannya kepada tiga kategori iaitu fakta yang wajib disampaikan untuk mencapapai tujuan syarahan, kedua ialah fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan syarahan dan yang ketiga ialah fakta yang boleh dimasukkan jika perlu dan masa mengizikan. Kemudian menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan syarahan berkenaan, iaitu mestilah tidak melengah-lengahkan masa semasa berucap agar tidak menghilangkan tumpuan audien tehadap syarahan yang disampaikan. Terakhir ialah meneliti tempat persembahan, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan dan mengenal pasti ada kemudahan yang lain, ini bermakna penyampai haruslah pandai mengawal tahap ketinggian suara iaitu jika majlis dilakukan diluar dewan maka penyampai syarahan mestilah meninggikan suara agar suara yang dikeluarkan dapat didengari oleh semua audien dengan jelas.

Peringkat Permulaan Ucapan Syarahan Peringkat pemulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien oleh itu penyampai syarahan mestilah pandai menggunakan permulaan syarahan ini dalam syarahan yang di sampaikan. Pertama ialah, mestilah menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis seperti penggunaan salam satu Malaysia iaitu slogan kata yang telah diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang sesuai dalam setiap majlis. Seterusnya menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, dif-dif kehormat, jemputan khas, pihak penganjur dan para hadirin mengikut susunan protokol yang telah ditetapkan. Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui pernyataan fakta yang merangsangkan, kenyataan yang provokatif dan soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dikalangan audien. Contohnya, Tahukah anda bahawa. Dan seterusnya petikan atau data yang memeranjatkan audien. Terakhir ialah menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan nanti agar audien bersedia untuk mengikuti syarahan yang akan disampaikan.

Teknik penyampaian syarahan yang menarik Isi dan susunan syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian syarahan yang berkesan

termasuklah kelancaran,nada dan intonasi,kecekapan berbahasa dan gaya.

Kelancaran Untuk menlahirkan penyampian yang menarik, penyampai haruslah memiliki kelancaran dalam menyampaian sesuatu syarahan. Antara kaedah untuk memiliki kelancaran dalam menyampaikan syarahan iaitu penyampai haruslah memulakan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada oleh itu, penyampai haruslah mengkaji dahulu syarahan yang akan disampaikan. Selain itu, pengaliran idea haruslah secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota supaya penyampaian tidak tersekat-sekat. Semasa

menyampaikan sayarahan, syarah mestilah memandang tepat ke arah audien supaya syarahan yang disampaikan kelihatan yakin bertenaga. Berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta juga cara yang terbaik untuk membolehkan audien memahami atau mengikuti hujah yang di sampaikan. Elakkan juga daripada melakukan gangguan wacana seperti eh, em, atau ya agar tidak menampakkan kecacatan dalam menyampaikan hujah. Kawalan masa juga penting, iaitu memulakan syarahan pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya disamping menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana.

Nada dan Intonasi Semasa menyampaikan syarahan, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Terdapat pelbagai nada dan intonasi dalam menyampaikan syarahan iaitu nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian, nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati, nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk, nada propaganda apabila hendak mempengaruhi, nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi Kecekapan Berbahasa Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Penyampai perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis ini adalah bertujuan untuk menjadikan syarahan yang disampaikan lebih menarik bila didengari audien. Penggunaan aras bahasa yang bersesuaian dengan audien juga penting untuk membolehkan pendengar mudah memahami dengan apa yang dibicarakan. unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Selain itu, pemidato juga haruslah mahir dalam menggunakan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati disamping pandai menggayakan bahasa dengan bertatasusila dan beradap.

Gaya Penyampaian Semasa menyampaikan syarahan dihadapan khalayak ramai, perkara yang paling penting yang perlu diingat ialah pemidato dinasihatkan supaya tidak kaku dan juga tidak beraksi berlebihan. Selain itu, gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta supaya persembahan yang dilakukan tidak dalam keadaan statik dan membosankan.

Disamping itu, penyampai syarahan mestilah memandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai. Mimik muka juga hendaklah diberi perhatian, iaitu mengikut penekanan suara, sebagai contoh senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi. Dan yang paling penting ialah, menyelitkan unsur humor dalam diri sendiri sebelum berjaya mendapatkan keyakinan audien.

Format binaan teks syarahan Dalam pembinaan atau perancangan teks sesuatu syarahan, terdapat bahagianbahagaian yang perlu diambil perhatian iaitu, Pembuka kata atau kata alu-aluan, bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang penyampai syarahan untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan dengan bahasa yang sopan dan teratur. Syarahan yang di sampaikan haruslah menarik minat dan membina keyakinan pendengar. Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu dimasukan dalam bahagian ini agar pendengar mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh penyampai dalam syarahannya. Seterusnya Isi atau amanat mesti disertakan dalam teks syarahan sebagai menyatakan pendapat. Isi pidato atau syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Lazimnya bahagian ini dinyatakan sekurang-kurangnya lima atau lebih supaya pendapat yang disampaikan lebih kukuh dan bernas. Selain itu, penutup isi juga haruslah dinyatakan dalam setiap perenggang isi ataupun juga dikenali sebagai kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi isi atau pendapat yang dinyatakan dalam syarahan yang disampaikan.

Dan yang paling akhir ialah penutup, bahagian ini merupakan bahagian terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidat syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin. Dari segi penyampaian, penyampai yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran memulakan syarahan, melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik dan menutup syarahan.

Definisi Pidato

Pidato adalah sebuah kegiatan bercakap di khalayak umum atau untuk menyatakan pendapat, atau memberikan gambaran tentang sesuatu. Pidato biasanya dipraktikkan oleh seorang yang memberikan pernyataan tentang suatu hal atau

peristiwa yang penting dan patut diperbincangkan. Pidato yang berkesan dapat mempengaruhi hidup seseorang yang mendengar secara positif. Kemampuan untuk berpidato dengan baik dapat membantu untuk mendapatkan karier yang baik.

Tujuan pidato

Penyampaian pidato mempunyai tujuannya yang tertentu, lazimnya pidato dilakukan untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspekaspek penting tentang tajuk tersebut ini adalah untuk membuka minda para audien bahawa sesuatu aspek yang dibincangkan mempunyai banyak aspek penting yang perlu diambil tahu oleh mereka. Salain itu juga, pidato juga bertujuan memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru yang mungkin kebanyakan daripada audien belum sampai maklumat kepada mereka seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati, maklumat yang disampaikan ini mejadikan audien bersungguh untuk mengetahui dan dan bersungguh untuk mengambil maklumat yang akan disampaikan oleh pemidato. Selain itu, pidato juga adalah bermatlamat memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya pemidato terhadap sesuatu perkara samada daripada pandangan yang menyokong atau pandangan yang membankang. Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk mempengaruhi supaya audien memberikan pehatian yang serius terhadap isu yang penting iaitu memberi penekanan terhadap isu yang dianggap penting melalui penggunaan bahasa yang tegas, meyakinkan dan bahasa yang menarik agar pendengar brtul-betul faham dan memfokuskan terhadap apa yang diperkatakan dalam syarahan yang di sampaikan.

Ciri-ciri Pidato Yang Baik 1. Pidato yang jelas Pidato yang baik ialah pidato yang diungkapkan melalui perkataan-perkataan yang sesuai supaya setiap ungkapan yang diungkapkan tidak disalah ertikan 2. Pidato yang hidup Sebuah pidato yang baik ialah sebuah pidato yang hidup. Sebuah pidato yang hidup bereti pidato itu mempunyai ilustrasi dan mempunyai kisah-kisah menarik, definisidifinisi dan kejadian-kejadian yang releven dengan pidato tersebut. 3. Pidato yang memiliki objektif Setap pidato yang baik perlulah mempunyai objektif, iaitu apa yang ingin disampaikan kepada pendengar. Dalam menyampaikan pidato, objektif ini hendaklah diulang dalam cara yang berbeza supaya pendengar tidak lupa tujuan mereka mendengar pidato tersebut. Dalam sebuah pidato hendaklah dielakkan daripada mempunyai lebih daripada satu objektif agar pendengar tidak terkeliru dengan apa yang ingin disampaikan. 4. Pidato yang mempunyai klimaks Pidato yang hanya mempunyai kisah dan fakta semata-mata akan menjadi sebuah pidato yang sangat membosankan, Oleh itu, fakta dan kisah yang disampaikan hendaklahdikemukan dalam gaya bahasa klimaks. Berusaha untuk sampai ke titik-titik puncak dalam pidato tersebut untuk membuatkan rasa ingin tahu pendengar memuncak. 5. Pidato yang mempunyai isi-isi yang mengejutkan dan mengandungi jenaka Pidato yang baik mempunyai isi-isi yang menarik dan mengejutkan pendengar meluli fakta-fakta yang diutarakan. Pidato yang baik juga hendaklah mempunyai sedikit unsur jenaka unutk membuatkan pendengar sentiasa menumpukan perhatian dengan pidato tersebut.

Format penulisan pidato Pengenalan Dimulakan dengan kata aluan kepada hadirin mengikut protokol atau tingkat dedudukan masing-masing Isi Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menytakan tujuan ucapan dan seterusnya isi ucapan. Kata-kata penghadapan diletakkan untuk menarik minat pendengar seperti, hadirin sekalian dan saudara sekalian Penutup `Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan akan diakhiri. Contohnya akhir sekali dan sebagai kesimpulannya.

Jenis-jenis pidato Pidato persuasif. Bersifat persuasive,mendorong,mengajak. Reaksi yang diinginkan adalah membangkitkan emosi agar pendengar dapat meyakini dan mungkin menimbulkan tindakan tertentu pada pendengar. Pidato instruktif Bersifat memberitahu iaitu pengertian dan pemahaman pendengar bedasaran informasi. Pidato rekreatif Bersifat menghiburkan. Menghibukan pendengar sehingga muncul suatu kegembiraan

Cara menjadi pemidato yang baik Untuk menjadi pemidato yang baik, banyak perkara yang perlu seseorang pemidato kuasai dan pelajari. Antaranya ialah mempelajari teknik berpidato yang betul, menguasai ilmu pengetahuan dengan luas dalam berbagai bidang dan juga mampu mengawal emosi serta menarik perhatian pendengar.

UCAPAN DEFINISI UCAPAN Ucapan ataupun ceramah yang sudah disiapkan sesungguhnya sudah sembilan puluh peratus diucapkan Dale Carnege-Justeru itu dapat difahami penulisan teks ucapan sangat penting sebelum menyampaikannya. Ucapan yang diberi perhatian oleh masyarakat dan media adalah ucapan yang mempunyai idea, buah fikiran, pandangan, hujah dan syor yang bernas. Ucapan yang hebat daripada segi bahasa dan retorik tetapi kosong daripada segi idea tidak member sebarang makna kerana yang utama adalah isi dan

bukanpengolahan.Fakta, isi dan maklumat yang terkini, benar, tepat, betul dan menyeluruh lebih bermakna kepada khalayak daripada pengucapan yang hebat daripada segi kata-kata.

TUJUAN UCAPAN Pendahuluan ucapan adalah menarik minat khalayak dan menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan khalayak. Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikut ucapan serta menjelaskan idea, fokus ataupun batasan ucapan. Menwujudkan tanggapan awal pada pengucap selain itu, mewujudkankredibiliti pengucap dan mempersembahkan tajuk.Bagaimanapun, dalam konteks ucapan di Negara kita, lazimnya ucapan dimulakan dengan menyampaikan salam dan ucapan selamat. Bagi penganut Islam, salam diikuti dengan puji-pujian kepada Allah.

Ada yang memulakannya dengan ucapan penghormatan di susuli dengan ucapan salam. Pada bahagian penutup, penyampai ucapan perlu mengucapkan selamat jalan, membuat kesimpulan ataupun rumusan pada tajuk yang sudah disampaikan.Dengan itu, penutup boleh dianggap sebagai peluang menjarakkan pengucap dengan khalayak.Pengucap perlu memberikan tanda yang ucapan akan tamat dengan menggunakan rangkai kata dan perkataan secara hormat dan tidak terlalu banyak ataupun bertindak seperti sebelum mengundurka ndiri, sebagai kesimpulan, sebagai rumusan, akhir sekali, sebelum saya akhiri ucapan ini dans ebagainya.

CIRI-CIRI UCAPAN Mempunyai pendahuluan iaitu kata-kata aluan dan isi kandungan ucapan yang dikembangkandengan baik.Sisipan kata iaitu ketika ditengah- tengah ucapan seperti tuan-tuan,hadirin sekalian dan sebagainya Mempunyai penutup iaitu kata-kata bagi mengakhiri sesuatu ucapan.Ucapan yang di beri perhatian oleh masyarakat dan media adalah ucapan yang mempunyai idea, buah fikiran, pandangan, hujah dan syor yang bernas. Ucapan yang hebat daripada segi bahasa dan retorik tetapi kosong daripada segi idea tidak member sebarang makna kerana yang utama adalah isi dan bukan pengolahan.Fakta, isi dan maklumat yang terkini, benar, tepat, betul dan menyeluruh lebih bermakna kepada khalayak daripada pengucapan yang hebat daripada segi katakata.Dalam penulisan teks ucapan, terdapat beberapa gaya yang perlu di ketahui iaitu gaya rendah, gaya pertengahan dan gaya tinggi. Gaya rendah adalah gaya mudah dan atau pun gaya biasa dan sangat sesuai bagi ucapan yang memerlukan pembuktian ataupun arahan. Gaya rendah sesuai bagi mereka yang kurang pendidikan, kanak-kanak dan pelajar sekolah menengah.Gaya sederhana bersifat lebih santai dan berada di antara gaya rendah dan tinggi Gaya tinggi bersifat gaya terbina dan sesuai bagi mengungkapkan isu dan persoalan keilmuan seperti politik, kewangan, sosial, pendidikan dan sebagainya.Dalam penyampaian

ucapan, permulaan ucapan menjadi sangat yang kritikal samaada kita Berjaya menarik minat perhatian khalayak ataupun tidak.

CARA MENULIS TEKS UCAPAN Dalam kemahiran menulis, kita harus dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Kita juga digalakkan menghasilkan penulisan kreatif dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti yang berikut pertamanya, menulis ayat dan perenggan secara mekanis dengan tulisan tangan yang jelas dan kemas.Keduanya, mengambil rencana ayat dan perenggan dalam bentuk prosa, juga puisi dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul serta mengikut peraturan. Ketiganya, melengkapkan perenggan dengan kata, frasa, dan

ungkapan.Keempatnya, mengisi butiran tertentu dengan tepat dalam pelbagai boring.Kelimanya, melakar dalam bentuk grafik dan membuat catatan daripada bahan yang didengar dan dibaca.Keenamnya, membuat karangan daripada lakaran dan catatan dengan menggunakan kata, frasa dan ayat yang betul.Ketujuhnya, menyusun perenggan mengikut urutan isi karangan.Kelapanya, membuat ringkasan karangan daripada pelbagai bahan prosa.Selain itu, membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah.Seterusnya,membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan dan menulis penyataan daripada bahan grafik.

REKA LETAK TEKS Teks ucapan biasanya dicetak dengan menggunakan tulisan yang mudah dibaca dengan saiz besar,selalunya 16 ataupun 18 poin supaya mudah di baca dan sedap dilihat. Teks juga di taip dalam jarak langkau dua baris supaya mudah di baca.Teks perlu dicetak atau pun di persembahkan dalam bentuk bingkai gambar dengan margin yang mencukupi di atas, di bawah dan di tepi kertas supaya mudah di baca.Penggunaan bullet sangat praktikal kerana ia memudahkan pembacaan untuk menyenaraikan fakta dan isi. Teks yang mempunyai bullet sangat menarik perhatian, mudah di baca dan mempermudahkan kesimpulan.Selain bullet, nombor 1,2,3,4 ataupun huruf a, b, c, d dan sebagainya juga boleh digunakan apabila menyenaraikan sesuatu perkara atau pun langkah. Menomborkan muka surat juga sangat penting dan huruf tebal (bold) adalah bagi menegaskan isi.

TAKLIMAT DEFINISI Taklimat boleh ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau sesuatu yang berlaku. Lebih jelas lagi, taklimat dikatakan sebagai ucapan untuk memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi formal atau kombinasi formal dan tidak formal. Dalam taklimat ada sesi soaljawab antara komunikator (perucap) dengan khalayak (hadirin).

TUJUAN TAKLIMAT Taklimat adalah memberitahu khalayak dan menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan khalayak. Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikut taklimat serta menjelaskan idea, fokus ataupun batasan taklimat.Tujuan

keduanya ialah memujuk.Komunikator perlu memujuk audiens untuk mendengar taklimat komunikator tentang apa yang hendak di sampaikan oleh komunikator di khalayak ramai. Tujuan ketiganya ialah untuk menghibur.Biasanya komunikator perlulah

menyelitkan unsur-unsur kecindan di depan audiens supaya audiens mendengar apa yang hendak di sampaikan oleh komunikator maka audiens akan terhibur dengan komunikator majlis.

PENYEDIAN TAKLIMAT Taklimat memerlukan persedian yang rapi dengan mempertimbangkan beberapa faktor semasa menyediakannya.Pertimbangan khalayak / hadirin.penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan.Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan

kandungan taklimat.Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu dalam penyedian nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi. Pertimbangan suasana,suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/swasta dan pelawat luar Negara dan ada D.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda.Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibubapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya.Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks manakala teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah Taraf khalayak.penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan ini dapat menlng komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi.Satu taraf khalayak,tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, rang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.Dua taraf khalayak,tetamu yang hadir terdiri daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M Raja Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu

KANDUNGAN TAKLIMAT Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada :Apa yang hendak dimaklumkan taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu

maklumat tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu.Apa yang khalayak ingin tahu taklimat jenis ini memerlukan penyedian yang teliti terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temubual serta menyusunnya dengan baik.

CIRI-CIRI PENYAMPAIAN TAKLIMAT Taklimat yang berkesan hanya dapat disampaikan jika komunikator (perucap) memiliki atau sudah membina beberapa kemahiran pada dirinya seperti Kemahiran Mentakrifkan. Dalam sesi taklimat yang memaklumkan idea-idea, kemahiran

mentakrifkan sangat

dikehendaki. Misalnya, menjelaskan makna-makna yang

tepattentang istilah-istilah dan idea-idea yang sedang dibincangkan.Kedua, Kemahiran Menjelaskan Dalam sesi taklimat, lazimnya beberapa perkara baru akan diperkenalkan. Jadi,penjelasan-penjelasan diperlukan untuk menyediakan hujahhujah yang lengkap terutamanya kepada maklumat-maklumat asas.Ketiganya, Kemahiran Menunjukkan,terdapat sebahagian taklimat yangmemerlukan komunikator membuat demonstrasi atau tunjuk arah.Lantas,komunikator hendaklah bersedia dalam keadaan begitu. Keempatnya, Kemahiran membezakan, membeza-bezakan boleh digunakan untuk membandingkan dua perkara atau keadaaan untuk menyedarkan khalayak antara yang sama dan yang berbeza.Selain itu,Kemahiran Menceritakan,kemahiran ini ada ketikanya boleh digunakan untuk memberikan penjelasan yang terperinciakan sesuatu situasi dan Kemahiran Melaporkan,ada ketikanya maklumat dalam taklimat perlu disampaikan dalam bentuk laporan. Jadi,kemahiran komunikator menyampaikan laporan yang baik, jelas, objektif, lengkap dan tepat sangat diperlukan.

FORMAT TAKLIMAT Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir.Taklimat satu taraf khalayak seperti tajuk. Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol.MAnakala kata-kata aluan pengenalan diri, organisasi, jawatan dan sedikit ringkasan taklimat. Kandungan taklimat Penutup dan sesi soal jawab. Seterusnya, taklimat dua taraf khalayak iaitu tajuk salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa pujipujian ringkasan sembah taklimat kandungan sesi soal jawab.

REFLEKSI

Halaman pengakuan

RUJUKAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai