Anda di halaman 1dari 4

SKRIP BICARA BERIRAMA PASUKAN NO : P1 (RENDAH ZON PUDU)

TAJUK : KRAFTANGAN
SEGMEN 1
Bersari budaya warisan kita,
Bertatah harmoni alam bangsanya,
Berseni tinggalan pandai orang lama,
Halus tenun halus coraknya.
Orang memberi kita menerima,
Dikongsi bersama untuk dirasa,
Produk kraf tinggalan orang lama,
Bersama menjulang Warisan bangsa.
1. Salam sejahtera! Kami ucapkan kepada sekalian warga dewan.
2. Pada hari ini, kami ingin bercerita
3. Sudikah meminjamkan deria? Hanya seketika, untuk membawa para hadirin bersama.
4. Menjelajah hasil tangan Malaysia.
5. BERSEDIA?
6. Pakaikan tali pinggang keledar, sandar dan dengar.
7. KRAFTANGAN (eja ramai2)
8. Apa itu kraftangan?
9. Kraftangan ialah hasil seni ,
10. bekas tangan,
11. peralatan berguna,
12. Atau
13. sesuatu yang dihasilkan
14. menggunakan kemahiran tangan sepenuhnya
15. Atau..
16. menggunakan perkakas yang ringan sahaja
17. Kraftangan adalah turun temurun hasil pemikiran
18. datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu..
19. Terima kasih datuk-datuk dan nenek-nenek semua!
20. Kerana budaya dan agama, menjadi kepentingan utama.
21. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu,
22. Masyarakat Malaysia semuanya berseni.
23. Tak percaya? Masyarakat Malaysia begitu kreatif,
24. Pelbagai bahan digunakan
25. Betul ke boleh guna apa-apa bahan sahaja?
26. Boleh
27. Kalau bahan daripada rimba nusantara?
28. Haa, bagaimana? Jawaaab la
29. Senang saja soalan itu, pelbagai senikraf berasaskan kayu,buluh, rotan, mengkuang dan
banyak lagi!
1

30. Ini semua senang didapati,


31. di mana?? di Pahang, tuan-tuan dan puan-puan
SEGMEN 2
1. Bukan itu sahaja, hasil seni daripada tanah, tembikar, kristal kaca, batu marmar pun ada.
2. Oh! Kalau logam yang keras itu, adakah boleh dilenturkan?
3. Mestilah boleh jawapannyaJika tidak percaya, keris yang dipakai hang tuah itu
hasil seni orang dahulu tau!!!
4. Siapa yang lebih hebat sekarang? Tanpa keris itu, kurang hebatlah Hang Tuah!
5. Hebatnya orang dahulu.siapa kata perlu jadi seperti Hang Tuah?
6. ( Betul betul betul)
7. Ingin saya bertanya lagi, siapa di sini tidak miliki hasil kraftangan daripada anyaman?
8. Purata masyarakat Malaysia, mahupun pelbagai bangsa pasti mempunyai bakul, atau
sekurang-kurangnya tikar yang dianyam.
9. Anyaman?
10. Anyaman maksudnya menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhan agar dapat
dijadikan sebagai satu rumpun
11. Supaya menjadi kuat, Ooooo.
12. Lidi, rotan, pandan, mengkuang semuanya boleh dianyam. Cubalah!!!
13. Jikalau anda semua tahu, menganyam merupakan proses yang sangat rumit.
14. Terima kasih kepada semua datuk dan nenek kita kerana bersabar menghasilkan
kraftangan yang begitu cantik!
15. Cantik bukan? Emm.memang cantik
16. Tidak perlu merantau jauh ke negeri China, kerana di seberang lautan Cina pun ada.
17. Di mana tu? Singapura?
18. Bukan, Sabah dan Sarawak sajalah.
19. Eh, tengok tu??
20. Oishhh.Cantiknya baju Cik Ta?
21. Beli di mana songket ni?
22. Oh! Terimakasih hehehe.
23. Di Terengganu, Kelantan juga ada! Ada pelbagai corak, motif, susunan.
24. Mughoh jerbeli la sela
25. Maniskan kalau berkain songket ke majlis-majlis kenduri?
26. Emm..manis, memang manis
SEGMEN 3
27. Ehem, hadirin yang dimuliakan eh, ada yang berbaju batik hari ini?
28. Tapi tahukah anda dari mana asal-usulnya batik itu?
29. Batik juga daripada tenunan ke Cik Jah?
30. Ya! Batik seringkali menjadi pakaian rasmi untuk pelbagai majlis.
31. Batik sangat terkenal, telah terkenal di seluruh negara!
32. Patut dibanggakan, kerana pelancong luar negara pun gemar.
33. Sanggul yang awak pakai ini pun hasil tangannya?
34. Yainilah hasil tangannya.
35. Manisnya kelihatan bersama sanggul ini.
2

36. Emmm.manis.memang manis.


37. Warga dewan semua!..
38. Adakah anda ``masih bersama kami?
39. Kerana masih banyak lagi yang ingin dikongsi,
40. Mari kita bayangkan suasana di dapur bersama-sama.
41. Eh kenapa? Nak masakkah?
42. Bukan..lihat tudung saji itu, dianyam bukan?
43. Lihat batu lesung itu, daripada batu bukan?
44. Itu bakul rotan yang digunakan untuk menyimpan barang.
45. Eh, pukul lalat yang dianyam pun ada?
46. Sudip nasi,senduk gulai, alas lauk semuanya hasil kraftangan kita!
47. Mari kita ke padang.
48. Kenapa pula? Panaslah!
49. Sebentar sahaja.
50. Wau!
51. Wau? Ya, wau! Ooooo.
52. Ewah bule..ewah bule...ewah bule.. teraju tigo
53. Eh gasing, sepaktakraw!
54. Ya, semuanya hasil kraftangan orang zaman dahulu.
55. Haa, tanpa kita sedari lagi? Oleh sebab itulah datuk dan nenek kita sihat,
56. Petang-petang begini ada sahaja aktivitinya.
57. *Bunyi kompang
58. *lagu pengantin baru
59. Sekarang kita di majlis perkahwinan, lihat sana?
60. Iya la
61. Tepak sirih! Bunga telur!
62. Yang ada dengan pengantin itu..bukankah hasil tekat?
63. Iyaa, tekat digunakan dalam pelbagai upacara perkahwinan,berkhatan, majlis tilawah.
SEGMEN 4
64. Mari kita ke Sabah Sarawak pula!
65. Ding ding ding
66. Saya (*nama) kapten anda pada hari ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
memilih Penerangan Malaysia sebagai penerbangan anda, kita telah sampai ke Sarawak
negeri bumi Kenyalang,
67. Semoga bertemu kembali. Terima kasih.
68. Ini apa?
69. Ini kain pua, dikenali sebagai selimut (kumbu) seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita
Sarawak.
70. Pernah tuan-tuan dan puan-puan lihat bagaimana bentuknya?
71. Bukan itu sahaja, kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan seringkali dijadikan gubahan
untuk manik.
72. Gigi? Betul.gigi, jadi simpanlah gigi anda agar dapat dijadikan manik.
73. Manik sangat terkenal di Sarawak dan boleh didapati dengan harga yang murah.
74. Apalagi, marilah kita borong!
3

75. Tikar kayu Sarawak juga diminati ramai, bukan itu sahaja beg ajat juga terkenal.
76. Beg apa? Beg ajat..beg apa? Beg ajat.. Beg aja? Beg ajat.
77. Oh.
78. Bangun bangun, kita sudah tiba di Sabah!
79. Penat kami mendayung Sungai Rajang,
80. Sekarang tiba untuk mendayung Sungai Kinabatangan pula!
81. Mari kita tinjau hasil kraftangan di Sabah!
82. Sebut saja kraftangan, semua akan melawat
83. Matung gong dan kudat
84. Di pedalaman Sabah, kaum wanita membuat terendak, anyam tikar, tenun kain
85. untuk kegunaan seharian.
86. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar , alat membajak , alat memburu, jala
dan alat menangkap ikan yang lain serta senjata.
87. Jadi kerjasama membawa muafakat!
SEGMEN 5.
88. *Keletihan. Jauh sungguh kita merantau hari ini.
89. Tiada tiket diperlukan, hanya imaginasi semata-mata.
90. Marilah kita bersama-sama mempromosi kraftangan Malaysia di serata dunia
91. Bersama-sama generasi muda
92. menyuntik nilai dan minat bersama.
93. Perlunya idea dan inovasi
94. untuk adat serta budaya
95. Kekal sentiasa.
96. Majulah kraftangan demi Malaysia.
97. Agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas
Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan
Cintai selamanya kraf Malaysia
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jatidiri bangsa
98. TERIMA KASIH SEMUA!

Anda mungkin juga menyukai