Anda di halaman 1dari 20

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU TAHUN 5

NO.
SOALAN
TAJUK / BIDANG ARAS KESUKARAN
1 2 3 4 5 6
1 Penjodoh bilangan /
2 Kata ganti nama diri /
3 Kata kerja /
4 Kata hubung /
5 Kata sendi nama /
6 Kata nama am /
7 Kata adjektif /
8 Penjodoh bilangan /
9 Kata tugas /
10 Kata seru /
11 Kata kerja /
12 Kata hubung /
13 Kata perintah /
14 Kata bantu /
15 Kata penguat /
16 Ayat perintah /
17 Kata nafi /
18 Kata bilangan /
19 Ayat Tanya /
20 Kata nama khas /
21 Kata bilangan /
22 Imbuhan /
23 Simpulan bahasa /
24 Kata penguat /
25 Ayat penyata /
26 Ayat tanya /
27 Imbuhan /
28 Peribahasa /
29 Kata imbuhan /
30 Kata kerja /
31 Soalan petikan 1 /
32 Soalan petikan 1 /
33 Soalan petikan 1 /
34 Soalan petikan 1 /
35 Soalan petikan 1 /
36 Soalan petikan 2 /
37 Soalan petikan 2 /
38 Soalan petikan 2 /
39 Soalan petikan 2 /
40 Soalan petikan 2 /

ARAS KESUKARAN RENDAH 13
SEDERHANA 19
SUKAR 8
JUMLAH SOALAN 40

Aras Taksonomi Bloom :

1 : Pengetahuan 4 : Analisis
2 : Kefahaman 5 : Sintesis
3 : Aplikasi 6 : Penilaian















Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja
jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian , tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas
jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 21
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


1. Ali sedang makan di ___________ restoran yang terkemuka bersama keluarganya.

A. Sebatang
B. Sebuah
C. Sebutir
D. Seorang


2. Sultan Mahmud sedang bersantap . _____________ suka makan ikan dengan kuah
Asam.

A. Baginda
B. Mereka
C. Dia
D. Beliau










3. Menteri Besar Kedah tertarik dengan kesungguhan petani itu _______________ sayur-sayuran
walaupun usianya sudah lanjut.
A. memikul
B. mengandar
C. membimbit
D. menjunjung



4. Daging itu dibiarkan mendidih dengan apai yang perlahan _____________ tidak menjadi liat

A. kerana
B. supaya
C. jika
D. kalau



5. Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai _____________________ kanak- kanak berusia
tujuh tahun.

A. daripada
B. kepada
C. untuk
D. dari


6. ____________ hendak pergi ke mana? tanya Ali kepada Ku Hamid.

A. Awak
B. Kami
C. Mereka
D. Saya



7. _______________ sungguh KLCC bila kita tengok dari dekat kata Manap kepada Jalal

A. besar
B. tinggi
C. rendah
D. kecil



8. Sebuah kereta telah melanggar _____________ pokok sehingga terbabas ke ____________
sungai berdekatan dengan pokok tersebut.

A. sebutir.......sebatang
B. Sebuah.......sebutir
C. Sebatang......sebatang
D. Sebuah....sebuah

9. Ai Ling sedang _________________ tugasan yang telah diberikan oleh pensyarahnya.

A. menyiapkan
B. menulis
C mewarna
D. menyediakan



10. _____________, sakitnya gigi aku ! kata Bella kepada Ida

A. Wah
B. hai
C. aduhai
D. aduh


11. Keterangan saksi kes rompakan itu _________________ dan mengelirukan
hakim.

A. bersusun-susun
B. berduyun-duyun
C. berbelit-belit
D. bertolak-tolak



12. setiap ikan yang hendak dimasak __________ dicuci dengan air asam ____________
mengelakkan bau hanyir ikan tersebut

A. hendaklah.......bagi
B. supaya..........bagi
C. kerana...........supaya
D. hendaklah............kerana


13. Pelatih pusat Giat Mara itu di............................ masuk ke bengkel untuk melihat demonstrasi
mengendalikan mesin yang dibuat oleh pengajar yang bertauliah.

A. jemput
B. sila
C. jangan
D. tolong

14. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak
semalam.
A harus
B akan
C telah
D mesti

Soalan 15 berdasarkan gambar 5










Gambar 5

15. Kuih-muih yang disediakan oleh nenek ____________________ lazat

A. paling
B. amat
C. sangat
D. sungguh







16. ___________ daftarkan diri di sini dan ___________ beri perhatian semasa sesi taklimat,
kata pegawai kepada semua peserta kursus itu.

A. Tolong . Minta
B. Sila . Tolong
C. Tolong . Sila
D. Sila . Minta


17. Melepak di pusat membeli-belah ________________ memberikan sebarang faedah.
A. tidak
B. ya
C. betul
D. bukan




18. Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang


Soalan 19 berdasarkan gambar dibawah.






Gambar

19. ____________________ harga kasut yang berwarna merah jambu itu?
tanya Susan kepda jurujual itu.

A. Siapakah
B. Berapakah
C. Di manakah
D. Bagaimanakah



20. Setiap hari__________________itu turun ke laut untuk menangkap ikan.
A. guru
B. penulis
C. nelayan
D. pengemis



21. __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan


22. Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak melepaskan peluang untuk ______ di lautnya
yang biru.
A berenang
B merenangi
C merenangkan
D perenang


Soalan 23
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

23. Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.
A ada angin
B ada bakat
C ada hati
D ada sengat




24 . Pemandangan di tepi pantai itu ________ indah. Pantai tersebut adalah
pantai _______ bersih di Malaysia.
A sungguh.......sungguh
B paling.........paling
C sungguh.......paling
D amat.........sungguh



25. Norlia membeli pakaian dari kedai itu. Adakah ayat tersebut ayat penyata?
A Ya
B Tidak




26. Mereka berkumpul di dewan pada setiap hari Isnin.

A. Siapakah yang mengarahkan mereka berkumpul di dewan ?
B. Mengapakah mereka berkumpul di dewan?
C. Bilakah mereka berkumpul di dewan.
D. Bagaimanakah mereka berkumpul di dewan?




27. _______ jalanan itu terus melukis poret yang ditempah oleh pelanggannya tanpa menghiraukan
orang yang lalu-lalang.
A Lukisan
B Terlukis
C Pelukis
D Melukis

28. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh supaya kita boleh pergi ke MENARA GADING.
Apakah maksud bagi simpulan bahasa tersebut?
A Sekolah
B. Rumah
C. Universiti
D. Hospital

Soalan 29 hingga 30

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.


29. I Pinggan mangkuk itu disusun rapi oleh pembantu rumah.
II Bangunan itu disusun antara buku-buku bank.
III Buku-buku itu telah disusun oleh pustakawan sekolah.
IV Murid-murid disusun sebelum pulang ke rumah.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan III sahaja



30. I Dia naik basikal ke kedai.
II Air sungai itu naik hingga ke tebing.
III Ayah naik darah apabila melihat barang-barangnya berselerak.
IV Salina telah naik menara gading


A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja



Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak
Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang
kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah,
membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi kentang.
Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris
muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah, majlis berinai
diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin diarak
dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin.
Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah dijemput
menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang menepung tawar pengantin
dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu
makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal kerana
abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar
sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan anaknya.
Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk
kami.


31. dimanakah perkahwinan terebut diadakan ?

A. ampang
B. subang jaya
C. kajang
D. bangi


32. Siapakah yang menyambut kedatangan penulis tersebut?

A. Pak Su Latif dan Mak Su Latifah
B. Pak Uda Mail dan Mak Uda Piah
C. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah.
D. Pak Long Jalal dan Mak Long Raisyah


33. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?

A. Sekuntum bunga mawar.
B. Sekuntum bunga telur
C. Sebiji telur.
D. Sepotong kek.


34. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?

A. Adik-beradik
B. Sepupu
C. Besan
D. Anak Saudara


35. Pukul berapakah mereka berangkat balik?

A. 10 pagi
B. 12 tengah hari
C. 8 pagi
D. 11 pagi



Soalan 36 hingga soalan 40

Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


9.15 pagi - Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada. Kami sedang
menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera ke pejabat Guru
Besar. Hatiku berdebar-debar. Apakah salahku? Adakah kerana aku datang lewat atau menconteng
dinding bilik air?

9.20 pagi - Aku memberi salam lalu Guru Besar menjemputku masuk ke biliknya. Guru Besar
meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam kemalangan, beritahu Guru Besar. Aku
terduduk. Aku menahan sebak di dada. Macam-macam pertanyaan bermain di benakku. Cedera
parahkah keadaan ayah? Sekarang ini banyak pula kemalangan maut berlaku, fikirku lagi.

9.30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku membisu
sahaja. Fikiranku bercelaru.
10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang rapat telah sampai. Aku meluru ke arah
ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu-sedu.

11.00 pagi : Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah terlantar di
atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah yang pucat lesi itu. Air
mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya.

12.00 tengah hari : Ayah membuka matanya. Syukurlah ayah telah sedar daripada pengsan. Ibu
memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibat kemalangan itu. Ayah
kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut kerana menahan sakit.

2.00 petang : Aku pulang ke rumah bersama Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak Cik Usin
memberitahuku bahawa motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh dan kakinya
tertampan tiang lampu.

36 apakah yang hendak dinyatakan oleh guru besar tersebut kepada penulis?

A ayah penulis terlibat dalam nahas kapal terbang
B penulis tersebut ponteng sekolah
C ayah penulis terlibat dalam kemalangan
D penulis mendapat 5 dalam keputusan UPSR

37 Apakah yang telah melanggar ayah penulis sehingga ayah murid tersebut terlibat dalam
kemalangan?

A motorsikal
B tiang lampu
C kereta
D lembu



38 Maksud membisu dalam petikan di atas ialah

A menjadi bisu
B sunyi sepi
C mendiamkan diri
D menenangkan diri




39 Siapakah yang menghantar penulis tersebut ke hospital?

A Ketua Pengawas
B Cikgu Izan
C Ayah
D Ibu Penulis





40 i dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas
ii kaki ayah penulis patah akibat tertampan dengan motosikal
iii Cikgu Izan telah menghantar penulis ke hospital
iv penulis bergembira atas kemalangan yang menimpa ayahnya

Semua ini telah menimpa penulis KECUALI


A iii dan iv
B i dan iii
C ii dan iv
D i, ii dan iv


KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai