Anda di halaman 1dari 18

KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK

DIKALANGAN PELAJAR & GURU


Pengetahuan Asas
Dlm Muzik
Permainan alat Muzik dengan Gerakan Nyanyian
Penyampaian Konsep
Muzik dalam aktiviti
Muzikal
Kemahiran Muzikal
7 unsur Muzik
Konsep
Pengenalan Asas Muzik Definisi Muzik Matlamat & Objektif Prinsip P&P Muzik
Definisi Muzik
* Satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi- bunyian vokal dan
atau instrumental termasuk bunyi- bunyian
semulajadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap
memuaskan mengikut estetika, corak
pemikiran dan emosi manusia juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
* MELODI * HARMONI
* IRAMA * EKSPRESI
* BENTUK * WARNA *
* TON * JALINAN
MELODI
1. Pic
Aras pic: pic tinggi; pic rendah.
Jenis pergerakan pic: menaik; menurun;
mendatar; bertangga; melompat.
Solfa:
do re mi fah soh lah ti do re.





2. Skel = ialah susunan lapan not dalam satu
tanda nada dimainkan mengikut langkah
tertentu. Contohnya; skel C major
Skel diatonik: major; minor harmonik

3. Warna ton
Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara,
alat muzik, perkusi badan, bahan
improvisasi & bunyi alam sekitar
HARMONI





Ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau
serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod.
Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi.

Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad
not yang digunakan adalah asas, not ketiga dan not kelima dari
satu skel

Arpeggio/ kod curai : Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan
secara satu per satu menaik atau menurun.
MELODI
Pergerakan kod: apabila satu kod bergerak
ke satu kod yang lain, ianya disebut
sebagai pergerakan kod. Diantara
pergerakan kod yang lazim digunakan
adalah pergerakan kod I-IV-I. Kod- kod ini
dinamakan sebagai kod primer.
Gabungan dua
not yang
harmoni
Gabungan tiga not
(triad)yang
membentuk kord
hasilkan harmoni
Gabungan lebih dari tiga
Not juga membentuk kord
hasilkan harmoni
IRAMA
Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza
akan menghasilkan irama yang berbeza.

DETIK

bit yang konsisten. Contoh, denyutan
jantung
METER Masa bagi muzik di kawal oleh meter ditulis
seperti berikut:
2 3 4 2 6
4 4 4 2 8
TEMPO
Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, lambat;
cepat; sederhana.
RENTAK Corak irama tertentu utk mengiringi
nyanyian atau permainan alat. Mac, waltz,
masri, zapin, inang, joget, sumazau
EKSPRESI
merupakan ciri muzikal
yang mempengaruhi
sesuatu persembahan
vokal atau instrumen.
Dinamik
= simbol yang berkaitan dengan
bunyi kuat @ lembut
p (piano) - lembut
f (forte ) - kuat

Mud
Deskripsi mud dalam muzik:
riang, sedih, bersemangat,
cemas, takut, tenang.
BENTUK/ STRUKTUR
karya muzik mempunyai susunan struktur sendiri
BENTUK DUA
BAHAGIAN
BINARI (AB)
BENTUK TIGA
BAHAGIAN
TERNARI (ABA, AABA, AAB,
ABA', AA'BA')
BENTUK RONDO
ABACADA...
BENTUK STROFIK
Pengulangan tune yang
sama.(Vocal Songs)
A,A,A,A
WARNA TON
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri
dan ini dinamakan warna ton dalam muzik.
Contoh bunyi yang mpuny warna ton yang berbeza ialah:
Suara lelaki dengan suara perempuan
Tepukan tangan dgn petikan jari
Kicauan burung dgn salakan anjing

JALINAN
(merupakan 1 ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik
agar menjadi lebih menarik & diminati ramai.
Monofoni- apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu
tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi
sahaja.(penggunaan satu alat muzik sahaja)
Homofoni- apabila melodi diiringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod.(gitar,piano)
Polifoni- apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan
dengan menggunakan alat ringan.
Kemahiran Muzik Asas Melalui
Aktiviti
Kemahiran Muzikal Nyanyian
Kemahiran individu
Kemahiran muzikal muzik dengan
gerakan
=menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri
daripada lagu kanak- kanak, lagu patriotik,
lagu budaya masyarakat
Malaysia

Kemahiran muzikal permainan alat
muzik

Memainkan alat perkusi: memainkan alat
perkusi ringan; dram getar4; dram tenor;
dram bes bagi mengiringi nyanyian atau muzik
instrumental.
Memainkan rekoder:
(a) memainkan not
(b) memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian
atau muzik instrumental.
KEPENTINGAN MUZIK
1. Kebolehan untuk memperkembangkan intelek seseorang
itu adalah amat wajar bagi setiap insan.

2. Mewariskan budaya sesuatu bangsa itu termasuk warisan
budaya manusia yang silam kepada generasi muda

3. Potensi dan bakat muzik yang terpendam di kalangan
para pelajar sama pentingnya dengan potensi dan bakat
lain seperti kemahiran-kemahiran linguistik atau
psikomotor yang juga boleh dicungkil pada peringkat
sekolah.
4. Menyalurkan sumber tenaga kreatif yang semula
jadi, meluahkan perasaannya secara sihat, malah
setiap bangsa mempertunjukkan atau
memperlihatkan identiti masing-masing.

5. Lebih memahami sifat manusia dari aspek
perhubungan antara manusia dengan manusia,
manusia dengan alam dan juga tentang ibadah
dan kerohanian manusia.

6. Membentuk satu sikap positif tentang keyakinan
diri dan ego bagi setiap pelajar. Proses
persekolahan tidak tertumpu kepada mata
pelajaran kognitif sahaja.
7. Pembelajaran muzik secara formal dan
sistematik boleh meningkatkan lagi paras
penghayatan muzik di kalangan pelajar dan
membantu mereka dalam menghayati muzik yang
lebih canggih dan kompleks.

8. Berpeluang untuk mempelajari sistem simbologi
muzik yang juga merupakan satu lagi sistem
simbologi manusia yang sungguh hebat.

10. Muzik telah memainkan peranan yang utama
dalam kehidupan manusia untuk mempertingkatkan
kualiti kehidupan manusia di seluruh dunia

Anda mungkin juga menyukai