Anda di halaman 1dari 4

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu

engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari
mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka
menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah
mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak
yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka
hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka
mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir
memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu
mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa
meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan
hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya
Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
(Surah An-Nisaa Ayat 102)
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu
berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu
meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi
buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu
sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat
buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan
mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka
kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan)
kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(Al-Maidah Ayat 6)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai
mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-
orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)

Anda mungkin juga menyukai