Anda di halaman 1dari 1

PETIKAN NILAI

Saleh meletakkan beg sekolah di atas rak. Selepas menukar bajunya, dia segera
ke warung ibunya yang terletak di hadapan rumahnya. Saleh mendekati ibunya
yang sedang mengambil pesanan pelanggan.

Selepas bersalaman dengan ibunya Saleh pergi ke bahagian belakang gerai.
Dilihatnya ada banyak pinggan mangkuk yang sudah digunakan. Dia membasuh
pinggan mengkuk tersebut dan mengelapnya.

Menjelang pukul empat petang, gerai ibunya ditutup. Saleh kembali ke
rumah dan membersihkan diri. Selepas itu dia akan membuka buku
catatannya. Jika ada tugasan, dia akan menyiapkannya dengan segera. Jika
tiada tugasan, dia akan ke padang permainan berhampiran rumahnya untuk
bermain bola dengan anak-anak jiran.

Selepas makan malam, Saleh membuat latihan atau membuat ulangkaji.
Sesekali dia menolong ibunya mengelap daun pisang atau mengupas bawang.
Saleh masuk tidur sebelum jam 10 malam.

Anda mungkin juga menyukai