Anda di halaman 1dari 1

:::$!

.:
IIRI TJENTIgIKAN CURU
penting dalam memberikin dorongan kepada perlakuan anggota masyarakat. Ada
masyarakat yang mempunyai nilai yang berbeza daripada masyarakat yang lain.
Etika pula merupakan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan
individu atau sesuatu kumpulan. Sumber nilai dan etika diperoleh oleh seseorang
individu melalui keluarga, masyarakat, kepercayaan dan agama.
Terdapat beberapa
jenis
nilai, antaranya:
(a) Nilai individu-nilai ini ada pada seseorang individu apabila ia dilahirkan. Nilai
yang wujud pada individu mungkin dipengaruhi oleh faktor keturunan dan
terbentuk berdasarkan kepercayaan dan agama yang dianuti oleh mereka.
Sumber nilai diperoleh oleh individu, sama ada melalui keluarga, institusi
sekolah, pengaruh kawan dan masyarakat sendiri. Oleh itu, sikap. tingkah
laku dan segala perlakuan yang dilakukan oleh individu membayangkan
nilai yang ada pada dirinya. Misalnya,
jika
nilai yang ada pada dirinya adalah
positif, maka tingkah lakunya
juga
baik dan menyenangkan semua pihak.
(b) Nilai bersama/keluarga-terbentuk hasil percantuman nilai individu yang
berkahwin dengan individu yang lain. Nilai ini dikongsi bersama dan diterima
oleh kedua-dua pihak sebagai anggota dalam masyarakat. Nilai bersama
menekankan kepercayaan dan persefahaman. Dalam nilai keluarga, individu
mula memikirkan dan membentuk nilai bersama,'iaitu setiap tindakan dan
tingkah laku mereka dipengaruhi oleh keputusan bersama. Sebagai contoh,
jika
ibu bapa menganggap mengambil barang orang bukanlah satu kesalahan,
maka ia meletakkan nilai bahawa
jika
anak mereka melakukan perbuatan
tersebut, perbuatan tersebut tidak dianggap salah.
(c) Nilai masyarakat-nilai masyarakat ialah bentuk nilai yang lebih luas dan
kompleks. Anggota dalam masyarakat yang sederhana mudah bersetuju
dengan satu set nilai yang dihasilkan, manakala masyarakat yang kompleks
boleh menyebabkan sistem nilai yang berkonflik. Nilai masyarakat ada
pelbagai disebabkan dalam masyarakat itu sendiri terdapat ramai individu yang
mempunyai nilai yang berbeza. Niiai masyarakat dipengaruhi oleh bangsa,
agama dan keluarga. Setiap bangsa mempunyai nilai yang berbeza, misalnya
cara makan bagi masyarakat Melayu tidak sama dengan masyarakat Cina
atau India. Demikian
juga,
bagi masyarakat Melayu memegang kepala orang
dianggap kurang ajar, tetapi mungkin tidak salah bagi bangsa lain. Terdapat
juga
niiai masyarakat yang dikongsi bersama seperti semangat kejiranan,
gotong-royong dan tolong-menolong.
Masyarakat Melayu mempunyai sistem nilai yang amat kompleks. Hal ini
disebabkan masyarakat Melayu telah mengalami proses difusi dan akulturasi
hingga mewujudkan sistem nilai seperti yang ada pada hari ini. Nilai dalam
masyarakat Melayu diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang

Anda mungkin juga menyukai