Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara
maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi
ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat
menjadi masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati
kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi
yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi
yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
Dalam mencapai kesemua hasrat tersebut, pendidikan memainkan
peranan yang sangat penting dalam memastikan setiap modal insan yang
terbentuk adalah selaras dengan kehendak keperluan. Dunia pendidikan
memainkan peranan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi
cara kepimpinan pendidiknya, kaedah pengajaran yang digunakan, strategi
yang diaplikasikan dan sebagainya.
Pada semester ini, saya telah menjalani Sesi Praktikal selama sebulan
di Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung yang terletak di dalam daerah Kuala
Langat. Seramai 3 orang pentadbir dan 55 orang guru yang menjadi
penggerak utama sekolah ini. Sewaktu berada di sekolah ini, banyak perkara
yang telah saya pelajari dalam pelbagai aspek contohnya aspek kepimpinan.
Fokus utama aspek kepimpinan adalah bagaimana cara guru mengendalikan
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Setelah beberapa minggu berada di sekolah ini, saya mula sedar akan
senario negatif yang digunakan oleh salah seorang guru sekolah ini mengajar
di dalam bilik darjah. Saya selalu mendengar beliau menengking dan
memarahi muridnya.
Saya mula membuat pemerhatian dari jarak jauh tentang cara guru ini
mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hasil
pemerhatian saya terhadap cara beliau kendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah mendapati beliau gagal untuk menarik
perhatian muridnya untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
beliau di dalam bilik darjah.
2.0 LAPORAN PEMERHATIAN
Isu : Guru gagal dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan.
2.1 Faktor faktor yang menyebabkan isu tersebut berlaku dan kaitannya
dengan etika keguruan.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap cara pengendalian proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru
berkenaan, terdapat beberapa faktor faktor yang boleh saya
simpulkan di sini.
Faktor utama yang saya kenalpasti adalah, guru tidak
menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
mengajar salah satu topik dalam subjek Matematik. Kerap kali saya
melihat beliau langsung tidak menyediakan apa-apa bahan untuk
mengajar murid murid berkenaan. Bagi saya, etika pemalas yang
ada dalam guru ini adalah penyebab kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang beliau jalankan tidak dapat menarik minat murid
murid untuk belajar. Akauntibiliti guru juga tercabar apabila beliau tidak
menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan bersungguh
sungguh.
Selain itu, beliau tidak mahir dalam membuat penyusunan,
konsep atau idea atau dalam kata lain beliau tidak mempunyai
kemahiran merancang yang patut ada pada seseorang guru.
Sebenarnya, kemahiran ini adalah amat diperlukan oleh seseorang
guru supaya beliau dapat menghasilkan sesuatu yang baru terutama
dalam kaedah dan penggunaan bahan pengajaran serta dapat
menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan murid murid
beliau. Contohnya, saya pernah melihat beliau menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran secara tidak bersistematik. Mula mula
beliau mengajar, selepas itu, beliau melihat buku teks. Kemudian,
beliau mula membuat penerangan chalk and talk. Selepas itu, tengok
buku teks lagi sambil membaca beberapa maklumat, kemudian
membuat penerangan kepada murid murid. Melalui pemerhatian
saya juga mendapati murid murid tidak menunjukkan tingkah laku
yang positif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Etika guru yang tidak bersedia dengan kaedah dan bahan pengajaran
yang sesuai untuk murid murid adalah sangat tidak boleh diterima.
Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah
menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat
dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999). Pada hemah saya,
guru tidaklah harus berkelakuan sedemikian sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
Tambahan pula, beliau juga tidak mempunyai sikap dan
penampilan terhadap konsep ilmu yang mana beliau sepatutnya
memerlukan kemahiran itu dalam menyampaikan ilmu kepada murid
murid. Pemerhatian saya jelas menunjukkan guru tidak mendalami
ilmu sebanyak mungkin apabila beliau hanya menggunakan buku teks
sebagai bahan rujukan beliau. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan
pemerhatian saya ketika beliau menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah yang mana beliau hanya
menggunakan buku teks sebagai bahan rujukan di dalam bilik darjah.
Pada padangan saya, guru perlu mendalami ilmu yang ingin diajar
sebanyak mungkin supaya beliau dapat menyebarkan ilmu kepada
murid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Guru
yang berilmu akan dapat menghasilkan murid yang berfikiran kreatif
dan kritis dan hal ini akan berlaku jika sumber rujukan guru dan
penguasaan guru terhadap bidang ilmu berkenaan adalah mendalam.
Pada hemah saya, guru



Selain itu juga, beliau amat lemah dalam menguruskan bilik
darjah. Dalam pengurusan bilik darjah, guru sepatutnya amat mahir
dalam menguruskan rutin bilik darjah contohnya mengambil jumlah
kehadiran murid, menyemak keadaan bilik darjah sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran, menyemak keadaan fizikal bilik
darjah dan sebagainya. Contohnya, saya pernah sengaja lalu di
kawasan bilik darjah ketika beliau sedang mengajar, dan saya melihat
keadaan kelas amat tidak kondusif. Sampah bertebaran di atas lantai,
susunan meja yang tidak teratur dan keadaan bilik darjah yang tidak
mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Bagi saya
keadaan bilik darjah sedemikian perlu diubah dan dicantikkan supaya
ianya lebih selesa untuk di diami oleh murid murid. Etika guru ini
jelas menunjukkan beliau tidak bertimbang rasa dan bertanggungjawab
dalam menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif kepada murid murid.
Seperti yang telah saya nyatakan tadi, pendekatan yang guru ini
gunakan terhadap murid murid adalah sangat tidak menarik dan
membosankan. Saya percaya jika saya berada di dalam kelas
berkenaan saya pasti meragam dan tidak minat untuk belajar. Beliau
amat lemah dalam penguasaan terhadap strategi pengajaran. Beliau
tidak menggunakan strategi pengajaran yang bervariasi untuk
mendorong perkembangan berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalah. Contohnya beliau hanya memberikan soalan
soalan latihan berdasarkan apa yang terdapat di dalam buku aktiviti
murid dan buku teks murid serta sumber pengajaran yang beliau
gunakan adalah daripada buku teks semata mata dan apa yang lagi
teruknya, beliau menggunakan strategi chalk and talk. Sesetengah
guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah
pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada
perkara yang disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan,
tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin.
(Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007).
Pada hemah saya, beliau perlu mengadaptasi strategi pengajaran
yang sesuai dengan topik pengajaran dan tahap pancapaian murid-
muridnya. Beliau juga perlu memahami aspek gaya pembelajaran yang
berbeza di antara murid serta tahap kecerdasan pelbagai yang sesuai
dengan pembelajaran murid.
Bercakap pasal emosi, pada pandangan saya, beliau amat
lemah dalam mengawal emosi beliau. Sepatutnya beliau sudah mahir
mengendalikan emosi dan memahami ragam murid murid kerana ini
bukannya tahun pertama beliau bergelar sebagai seorang guru. Saya
dan kawan kawan praktikal yang lain selalu mendengar beliau
memarahi muridnya mungkin kerana tersinggung dengan gurau senda
murid muridnya. Beberapa kali apabila saya mendengar murid
murid mencelah ketika proses pengajaran dan pembelajaran
menyebabkan kadang - kadang saya berasa geli hati, namun beliau
memarahi murid berkenaan seperti murid itu melakukan kesalahan
yang melanggar peraturan sekolah dan keadaan itu telah
menyebabkan suasana di dalam bilik darjah menjadi mejadi tidak
selesa dan tegang. Beliau sepatutnya memahami bahawa setiap murid
datang daripada latar belakang keluarga dan budaya yang pelbagai
oleh itu, ragam bagi setiap murid juga adalah pelbagai. Menurut Atan
Long (1993), antara sifat-sifat guru yang disukai murid ialah
mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai
badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, dan mempunyai
kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang.
Penerimaan seseorang guru terhadap konsep kepelbagaian akan
menyebabkan mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni di dalam
bilik darjah. Etika guru yang baik adalah, guru haruslah mendidik dan
mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain lain.



Selain itu, beliau juga sering kali memarahi muridnya apabila
mereka bertanyakan soalan jika mereka tidak faham pengajaran pada
waktu itu. Pada hemah saya, beliau perlu berusaha untuk menjawab
setiap pertanyaan muridnya dengan baik. Beliau harus mengaku
dengan jujur kepada murid murid jika soalan yang diajukan tidak
dapat dijawab olehnya dan beliau perlu menjawab soalan tersebut
pada sesi yang seterusnya. Guru sepatutnya menjalinkan hubungan
yang baik di antara guru dan murid supaya murid murid berasa
selesa dan selamat ketika berada di dalam bilik darjah. Menurut
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006,
menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya
tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan
dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan
sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara
guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini.
Etika memarahi murid yang suka bertanya adalah perbuatan yang
sangat negatif kerana ia boleh menyebabkan motivasi murid untuk
belajar akan menurun dan jika murid sudah tidak mahu bertanya lagi,
kemungkinan besar hasil pembelajaran tidak akan tercapai. Hal ini
bersesuaian dengan etika guru yang mana, guru haruslah
menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tidak kire bangsa dan agama atau kepercayaan.






































Masalah
kepimpinan
guru dalam
bilik darjah
Tidak menggunakan
bahan PnP yang
sesuai
Tidak mahir
merancang PnP
Tidak mempunyai
penampilan terhadap
konsep ilmu
Pengurusan bilik
darjah yang lemah
Lemah menguasai
variasi strategi
pengajaran
Lemah mengawal
emosi sendiri
Suka memarahi
murid murid
Peta Bulatan
Peta Buih
SIKAP GURU
YANG
NEGATIF
Tidak
membuat
perancangan
Malas
membuat
rujukan
tambahan
Suka
memarahi
murid
Suka
memarahi
murid
Tidak
berakauntabiliti
terhadap murid
Bekerja
sambil
lewa
Bersikap
autokratik
Berjiwa
kasar dan
bosan
Emosi
tidak
stabil
Internet
Buku
Guru
Sekolah
2.2 Impak isu terhadap pihak pihak yang terlibat

Berdasarkan isu kelemahan kepimpinan guru yang telah
dibincangkan tadi, terdapat banyak impak yang dapat dilihat oleh
pelbagai pihak. Pihak utama yang terkena impaknya adalah murid
murid. Isu kelemahan kepimpinan guru tersebut dalam menguruskan
bilik darjah telah menyebabkan murid murid hilang motivasi untuk
terus belajar subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Motivasi intrinsik
murid untuk belajar adalah amat penting supaya mereka akan terus
berkecimpung dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek
berkenaan.
Murid murid juga kurang berminat untuk terlibat di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, guru berkenaan
telah menggunakan strategi berpusatkan guru dan beliau langsung
tidak menggunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan
bahan. Hal ini telah menyebabkan suasana di dalam bilik darjah
menjadi tidak seronok. Murid murid mudah berasa lesu apabila
mereka hanya perlu mendengar dan mengikut apa-apa sahaja arahan
daripada guru tersebut. Mereka tidak diberi peluang langsung untuk
bercakap malah bertanya jika ada subtopik yang mereka tidak fahami.
Strategi berpusatkan guru ini tidak patut diamalkan sepenuh masa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif telah menyebabkan
murid murid mula mengalihkan tumpuan daripada mendengar isi
pelajaran yang diajar oleh guru kepada tingkah laku negatif.
Penyediaan kelas yang kondusif iaitu susun atur fizikal bilik darjah
yang teratur dan sistematik, sistem pengudaraan yang baik, dan sistem
pencahayaan yang baik boleh merangsang murid murid untuk belajar
dengan tenang dan selesa. Murid murid sememangnya suka apabila
berada di dalam bilik darjah yang cantik dan bersih serta selesa.
Apabila mereka mula suka berada di dalam bilik darjah, pasti mereka
juga berminat untuk mengikuti pengajaran guru tersebut.
Selain itu, tingkah laku murid murid sukar dikawal apabila
murid sudah berasa bosan berada di dalam bilik darjah. Gerak balas
tingkah laku murid murid adalah berdasarkan bagaimana cara
seseorang guru itu mengendalikan bilik darjahnya. Jika guru itu pandai
menggunakan strategi yang sesuai untuk menarik minat murid murid
untuk belajar, maka guru itu pasti boleh mngawal tingkah laku
muridnya. Oleh itu, guru haruslah pandai merancang strategi
pengajaran yang sesuai digunakan untuk murid murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan
sistematik. Guru harus pandai memberikan peneguhan, sama ada
peneguhan positif atau negatif kepada murid murid untuk mengawal
tingkah laku mereka.
Manakala, impak isu ini terhadap guru pula boleh dilihat apabila,
guru berkenaan menghadapi masalah dalam mencapai objektif
pembelajaran yang dirancang oleh beliau. Hal ini berlaku kerana, guru
dilihat gagal untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk murid murid. Kualiti pengajaran guru pasti akan
menurun. Contohnya, beliau tidak menggunakan strategi berpusatkan
murid dan berpusatkan bahan untuk mengajar murid murid. Oleh itu,
tiada penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan hal ini telah menyebabkan murid murid tidak bermotivasi untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung
objektif pembelajaran guru pada hari tersebut pasti tidak akan tercapai
dengan baik.
Selain itu, guru berkenaan juga tidak disukai oleh murid
muridnya kerana beliau suka memarahi muridnya. Murid murid
berasa sentiasa takut apabila hendak bertanyakan soalan kepada
beliau jika ada subtopik pelajaran yang mereka tidak fahami. Oleh itu,
mutu pengajaran guru berkenaan menurun kerana murid murid tidak
dapat mencapai objektif pelajaran pada hari tersebut.
Tambahan pula, guru berkenaan dipandang serong oleh rakan
sekerja kerana selalu mencapai prestasi yang teruk oleh sebab
pencapaian murid yang tidak memberangsangkan. Hal ini telah
memberikan kesan yang negatif terhadap guru berkenaan. Guru dilihat
tidak mampu memberikan pengajaran yang terbaik kepada murid dan
hal ini jelas terbukti berdasarkan hasil ujian yang telah dijalanakan ke
atas murid murid berkenaan. Jika guru itu pandai mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, beliau pasti
akan dapat meningkatkan prestasi murid muridnya.
Seterusnya, kita akan lihat impak isu ini terhadap sekolah.
Prestasi sekolah pasti akan menurun oleh kerana pencapaian murid
murid yang tidak memberangsangkan. Ibu bapa dan guru besar pasti
akan berasa sungguh kecewa dengan keputusan yang dicapai oleh
murid muridnya. Hal ini kerana pencapaian sesebuah sekolah adalah
bergantung sepenuhnya hasil pencapaian murid murid. Jika
pencapaian murid murid adalah lemah dek kerana kelemahan dalam
pengelolaan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku, maka ianya akan memberikan kesan yang negatif juga
terhadap sekolah. Ibu bapa murid murid pasti akan berasa sungguh
kecewa dengan pencapaian anak anak mereka. Hal ini boleh
menyebakan ibu bapa hilang kepercayaan kepada pihak sekolah untuk
mengajar anak anak mereka. Pencapaian yang teruk ini juga akan
memberikan pandangan yang negatif terhadap penduduk di kawasan
sekolah bekenaan.








Sebab dan akibat
gagal
mengendalikan
bilik darjah dengan
berkesan
Bahan PnP
yang tidak
sesuai
Tidak mahir
merancang PnP
Pengurusan bilik
darjah yang
lemah
Emosi tidak
stabil
Suka memarahi
murid - murid
Motivasi murid
menurun
Murid tidak
terlibat dalam
PnP
Bilik darjah tidak
kondusif
Suasana tegang
dan tidak ceria
Tidak disukai
oleh murid -
murid

Berikut merupakan impak impak yang akan berlaku jika
integriti seseorang guru tidak dijaga dengan sebaiknya. Oleh itu,
seseorang guru haruslah menjaga integriti dirinya supaya dapat
membentuk profesionalisme guru supaya dapat mengelakkan diri
daripada terlibat dengan isu isu etika yang boleh mencemarkan imej
profesion keguruan. Apakah yang dimaksudkan dengan integriti guru?
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan
erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika
dalam tindakan sehari-hari. Manakala integriti bagi seorang penjawat
awam bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat
jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan
diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila
berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi
keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu
perlu telus dan tulus serta harus memikul tanggungjawab terhadap
ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
Begitu juga dengan seorang guru yang mana integriti adalah
sesuatu yang amat penting dalam bidang pendidikan. Terdapat empat
aspek sebagai aras petunjuk bagi nilai integriti yang perlu bagi seorang
guru untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Yang pertama ialah adil. Guru mestilah bersikap adil dengan diri
sendiri dan murid murid dengan menunaikan tanggungjawab
terhadap kelas iaitu guru mestilah menepati masa dalam memulakan
dan menamatkan kelas yang telah dijadualkan. Guru juga tidak boleh
menggunakan masa di dalam kelasnya untuk mencuri tulang.
Contohnya, menanda buku di dalam kelas, berurusan perniagaan
melalui telefon pintar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran,
melayari laman web semasa mengajar dan sebagainya. Guru
seharusnya bersikap adil dengan diri sendiri dan murid - murid, kerana
Peta pelbagai alir
murid berhak mendapat pendidikan yang terbaik dan guru sepatutnya
memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid muridnya.
Selain itu, amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga
tergandung dalam aspek integriti. Guru perlu amanah dalam mendidik
murid-murid, menjaga dan menyayangi harta sekolah. Dalam konteks
amanah dalam pengajaran, guru seharusnya amanah dalam
menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek
yang diajar. Oleh itu, guru tidak seharusnya menumpukan pengajaran
di dalam bilik darjah semata mata. Guru juga boleh menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung diluar kelas yang
mana ianya turut memberikan impak yang positif dalam diri murid-
murid. Kadangkala di sinilah timbulnya nilai didikan yang membentuk
akhlak murid-murid.
Tambahan pula, seseorang guru itu haruslah telus dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Maksud telus
disini ialah guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama persekolahan, guru
sudah mengajar topik pertama. Tetapi kadang kala guru terpaksa
menyambung topik tersebut dalam minggu kedua berdasarkan kepada
kemampuan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Guru haruslah bertugas dengan jujur supaya
murid murid mendapat pendidikan yang sempurna.
Lebih lebih lagi, sikap akauntabiliti seseorang guru perlulah
dipamerkan dengan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan.
Contohnya dalam matematik, murid-murid diminta untuk mengira
jumlah tiang sekolah yang terdapat di dataran perhimpunan sekolah.
Proses pengajaran dan pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di luar
kelas. Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan sekiranya guru
melaksanakannya di dalam kelas dan hanya menggunakan imaginasi
murid-murid untuk mengira bilangan tiang sekolah di dataran
perhimpunan. Akauntabiliti guru terhadap murid adalah sangat penting
kerana guru akan menjadi role model kepada murid murid.















Secara kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang
menyebabkan isu itu terjadi. Faktor utama isu ini terjadi adalah
disebabkan oleh cara pengelolaan guru tersebut dalam sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seorang guru
sepatutnya mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam menjalankan
akauntabiliti yang diamanahkah kepadanya. Faktor seperti
penggunaan bahan PnP yang tidak menyeluruh, penggunaan strategi
pengajaran yang tidak sesuai dan sebagainya. Faktor faktor ini
semuanya berpunca daripada integriti guru itu sendiri dalam
membentuk profesionalisme guru supaya dapat mengelakkan diri
Bersikap adil
terhadap murid -
murid
Amanah
menjalankan
tanggungjawab
Telus
menjalankan
PnP
Akauntabiliti
yang tinggi
terhadap murid
Etika etika
sebagai
seorang guru
Integriti tinggi,
etika baik,
murid berjaya
INTEGRITI
GURU
Peta Bulatan
Buku
Internet
Kawan -
kawan
daripada terlibat dengan isu isu etika yang mencemarkan imej
profesion guru. Oleh itu, impak isu tersebut boleh memberikan kesan
kepada pelbagai pihak iaitu murid, guru dan sekolah. Impak negatif ini
perlu dielakkan demi menjaga nama dan imej semua pihak. Guru
berkenaan harus mengambil inisiatif untuk mengubah cara
mengendalikan pengajaran dalam bilik darjah supaya beliau dapat
meningkatkan pencapaian murid murid dalam bilik darjah dan secara
tidak langsung akan memberikan impak positif kepada pihak sekolah.
Ibu dan bapa pasti akan turut gembira melihat anak anak mereka
mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.


















3.0 PENULISAN REFLEKTIF
3.1 Ciri ciri kepimpinan yang bersesuian dengan profesion guru
Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab.
Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin.
Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di
sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan
yang mampu memacu kecemerlangan.
Guru yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa
dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan murid - murid. Ibarat kepala
memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada guru bagi
mencernakan ketokohan dalam menguruskan bilik darjah. Itulah corak
kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang guru yang budiman.
Dalam bilik darjah sudah tentulah guru yang dipertanggungjawabkan sebagai
pemimpin kepada murid - murid. Maka berikut diperincikan beberapa ciri
terpenting yang harus wujud bagi setiap guru di sekolah.
Seseorang guru seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai
kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah samada guru
besar atau guru guru biasa tersebut beragama Islam, Kristian, Hindhu
ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka
mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak
kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan mencernakan peribadi
terpuji selaras dengan agama yang dianuti. Oleh itu, konsep etika dan
amalan keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jati diri kepada guru
tersebut dalam memimpin sesebuah bilik darjah terutama dalam memacu
kecemerlangan pendidikan murid - murid di sekolah.
Selain itu, di antara ciri seorang guru ialah berilmu pengetahuan yang
luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran
pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas
pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan
dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid dapat diuruskan
dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping
memenuhi aspirasi pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan
seperti psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh guru di sekolah bagi
memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan di antara murid - murid
berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu,
pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda guru
akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang mendatang. Guru yang bercirikan perkara di
atas pastinya guru yang pakar dalam bidang pengurusan serta bidang
profesionnya.
Tambahan pula, pemimpin di sekolah juga harus mempunyai
ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan adalah dari segi
tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka
harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan
kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-
rendahkan martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur
dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan
memberikan layanan kepada semua pihak tanpa pilih kasih dan penuh
hikmah. Pemimpin seperti ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata,
penuh hikmah dalam perlakuannya serta mempunyai jati diri dan integriti
yang tinggi.
Perkara di atas akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu guru
adalah role model. Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh
yang ditunjukkan oleh guru berdasarkan apa yang diungkapkannya. Guru
yang ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada murid - murid melalui
perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk di contohi oleh
murid - murid. Guru yang berjiwa masyarakat sebegini akan dipandang tinggi
oleh sekolah sebagai guru yang mampu mengotakan janjinya melalui contoh.
Contohnya guru yang ingin melihat murid - muridnya datang awal ke sekolah
pasti menonjolkan dirinya sebagai guru yang datang lebih awal daripada yang
lain.
Selain itu, guru yang mempunyai ciri pemimpin budiman harus
memiliki visi dan misi yang jelas dalam mentadbir dan menguruskan
sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk
visi dan misi yang jelas, barulah mudah seseorang guru itu untuk membawa
murid - murid yang dipimpinnya ke arah mercu yang telah dirancang olehnya.
Contohnya, bagi guru yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti akan
berusaha membawa murid - muridnya di bawah tanggungjawabnya untuk
cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain.

Guru juga perlu mempunyai berkredibiliti tinggi dalam diri mereka.
Guru harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif dan sistematik.
Kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri murid
yang dibimbing yang bertujuan untuk mencapai sasaran hasil pembelajaran
yang ditetapkan dengan jayanya. Guru yang budiman harus mampu untuk
membimbing murid - muridnya bagi menjamin kelangsungan pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti. Guru-guru muda terutamanya yang baru mula
bertugas perlu dibimbing agar dapat menyesuaikan diri dalam sistem
pendidikan dan dibantu dengan perkembangan dirinya sebaik mungkin.
Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan
pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam
menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan
budaya kajian tindakan dalam kalangan guru.
Konklusinya, guru mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah
mudah. Mereka juga dikenali sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Guru hendaklah
berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk
dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Contohnya
apabila seseorang guru telah mengenal pasti beberapa masalah disiplin yang
dilakukan oleh muridnya, haruslah disiasat dan diberi pertimbangan rapi
berasaskan fakta dan bukti. Sekiranya wujud masalah disiplin, maka guru
tersebut harus membuat keputusan berbentuk amaran, merotan dan
sebagainya. Ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barah lantas
menimbulkan sesuatu yang tidak diingini. Guru di sekolah harus mempunyai
ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam aspek memimpin sesuatu organisasi di
samping cemerlang dari sudut sahsiah dan peribadinya.




























Dalam merealisasikan kepemimpinan yang unggul di sekolah
terhadap murid, seseorang pentadbir atau guru boleh mengaplikasikan jenis
kepemimpinan instruksional ke arah kemenjadian murid. Pemimpin sekolah
perlu memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional selain daripada
mengurus dan mentadbir sekolah. Michael Fullan, seorang pendidik terkenal
di Kanada, mengatakan bahawa penekanan pada peranan pemimpin sekolah
sebagai pemimpin instruksional ialah faktor utama yang meningkatkan kadar
pembelajaran murid-murid sekolah (Fullan, 2002).


Ciri ciri
GURU
yang bagus
Beriman
kepada
Tuhan
Sifat
kepimpin
an tinggi
Ilmu
pengetah
uan tinggi
Peribadi
tinggi
Beretika
tinggi
Pemimpi
n
budiman
Kredibiliti
yang
tinggi
Amanah
dengan
tugas
Peta Buih

Tugas utama seseorang pemimpin instruksional ialah memastikan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjamin dan dipertingkatan
secara berterusan. Antara ciri ciri kepemimpinan instruksional yang
berkesan adalah seseorang guru dapat menilai kembali pengajaran dan
pembelajaran dengan jujur, tulus dan ikhlas supaya kualiti pengajaran dapat
ditingkatkan. Kualiti guru merupakan salah satu penyebab pencapaian murid -
murid dan ini merupakan salah satu tindakan utama dalam penambahbaikan
kualiti pendidikan di sekolah (Peter Trabert Goff et al, 2012).
Selain itu, pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai
pengetahuan yang tinggi tentang apa yang diperlukan oleh murid - murid
untuk belajar dengan berkesan. Bidang pengetahuan pemimpin instruksional
meliputi kurikulum yang dilaksanakan di sekolah, model pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan dan pendekatan penyeliaan dan penilaian
yang berkesan. Komitmen guru sebagai pemimpin dan pengurus
pembelajaran di bilik darjah juga adalah antara faktor penting yang
menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan
kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap murid murid.
Tambahan pula, pemimpin instruksional yang berkesan perlu
mempunyai kemahiran interpersonal yang baik. Mereka mampu
memotivasikan anggota pasukan untuk berusaha ke arah mencapai
matlamatnya. Contohnya, guru sering memberikan motivasi terhadap murid
murid supaya mereka akan sentiasa bersemangat dalam meinmba ilmu.
Kemahiran interpersonal yang baik membolehkan pemimpin sekolah
memujuk, memberi rangsangan dan mewujudkan semangat kerja sepasukan
dalam semua lapisan sekolah terutamanya dalam kalangan murid muird.
Kepemimpinan instruksional juga memerlukan seseorang pemimpin
itu mempunyai visi dan matlamat yang jelas dan mampu berkongsikan visi itu
kepada pasukan yang dipimpinnya. Contohnya seseorang guru itu harus
mempunyai objektif pelajaran yang mantap terhadap pengajaran dan
pembelajaran muridnya supaya guru tidak akan tersasar jauh daripada hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan. Hal ini supaya murid murid akan
mendapat pelajaran yang terbaik dan mantap daripada guru tersebut. Guru
besar atau guru memainkan peranan penting bagi menetapkan matlamat
yang realistik berdasarkan tahap pencapaian murid murid dengan
menggunakan tahap pencapaian yang lepas apabila hendak menetukan
matlamat pencapaian akademik. Matlamat yang dicipta haruslah senang
dilaksanankan dan mudah untuk dijadikan objektif pengajaran dan
pembelajaran guru.
Selain itu juga, guru besar dan guru sekolah perlu sentiasa memantau
pencapaian murid dengan selalu mengadakan perbincangan semasa, untuk
menilai kemajuan pencapaian murid selaras dengan matlamat yang telah
ditetapkan. Keputusan pencapaian murid hendaklah disebarkan kepada guru,
murid dan ibu bapa. Hal ini akan membolehkan aktiviti pemulihan boleh
dilaksanakan kepada pelajar yang kurang berjaya dan aktiviti pengayaan
kepada pelajar yang berjaya.
Konklusinya, setiap komuniti sekolah perlu mempunyai konteksnya
sendiri yang unik dalam kewujudan perbezaan suasana tempat kerja. Para
guru hendaklah berusaha supaya mereka perlu menjadi lebih fleksibel dan
sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran tempat kerja
bagi menyokong pembelajaran murid - murid. Selain itu, para guru juga
hendaklah memahami prasyarat - prasyarat yang menyumbang kepada
perkembangan murid murid di sekolah.















KEPIMPINAN
INSTRUKSI
- ONAL
Kualiti PnP
ditingkatkan
Tahu keperluan
murid - murid
Kemahiran
interpersonal yang
tinggi
Mempunyai visi
dan matlamat
Sebagai agen
penggerak
Memotivasikan
orang lain
Memantau
pencapaian
pelajar
Internet
Buku
Blog Rakan
Peta bulatan

4.0 Sumber Rujukan

4.1 Internet
1. Sani (2011). Kepimpinan Instruksional. http://dari-
sinarmata.blogspot.com/2011/03/kepimpinan-instruksional.html
diakses pada 18 Ogos 2014 ).
2. Zulkifli Hasim(2012). Amalan Kepimpinan Instruksional Sebagai
Penentu Sekolah Berkesan
http://zulkiflihasim.blogspot.com/2012/10/amalan-kepimpinan-
instruksional-sebagai.html diakses pada 18 Ogos 2014
3. Anak Malaysia (2012). Kepimpinan Instruksional
http://kepemimpinaninstruksional.blogspot.com/ diakses pada 18
Ogos 2014
4. Intan Isna (2013 ). Kepimpinan Guru. http://pengajian-
ipg.blogspot.com/2013/02/konsep-asas-kepemimpinan-guru.html
Diakses pada 18 Ogos 2014
5. Iznyatikah (2013 ). Masalah Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.
http://www.slideshare.net/iznyatikah/5-masalah diakses pada 19
Ogos 2014
6. Azim Aris (2012). Masalah Dalam Bilik Darjah.
http://azimaris.blogspot.com/2012/06/masalah-dalam-bilik-
darjah.html diakses pada 19 Ogos 2013
7. www.ithink.org.my/bmhome/page/thinkingmaps diakses pada 20
Ogos 2014
8. http://www.slideshare.net/ajizam30/sampel-penggunaan-peta-
pemikiran-i-think-dlm-pdp-27849608 diakses pada 20 Ogos 2014

4.2 Buku

1. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2013). Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Puchong :
Penerbitan Multimedia


2. Abdul Rahim Abdul rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi
Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

3. Sang M. S. (1991). Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran Dan
Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad.
(2007). Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


5. Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah, Sejarah
Dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.


6. Sang M. S. (2008). Pengurusan Hal Ehwal Murid. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


4.3 Jurnal
1. Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 19 3,
Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran

2. Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008 Pengabaian
Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah: Punca,
Masalah dan Kesannya di

Anda mungkin juga menyukai