Anda di halaman 1dari 15

Muhammad Akid Bin Suhaimi

Loh Li YI
Salmilah Binti Palipe
4 prinsip dalam penyelesaian masalah
matematik.

- Prinsip pertama : Memahami Masalah
- Prinsip kedua : Merangka strategi
- Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi
- Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana
mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah
mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan
berikut :

Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan
yang digunakan dalam masalah tersebut ?
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan
perkataan sendiri ?
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang
boleh membantu kamu memahamkan masalah ?


Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk
menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi
yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya
pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini.
Antara strategi yang boleh membantu ialah:

Cuba jaya
membuat senarai yang tersusun
mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
menggunakan simetri
menimbangkan kes istimewa
menyelesaikan persamaan
melihat pola

melukis gambar
menyelesaikan masalah kecil terlebih
dahulu
guna formula
guna analogi/perbandingan
lakonkan/ujikaji
mempermudahkan masalah

langkah ini biasanya lebih mudah dari
merancang strategi. Yang pelajar perlukan
pada langkah ini ialah ketekunan dan
berhati-hati apabila menggunakan kemahiran
yang sedia ada.
Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah
semula ke langkah pertama dan merancang
strategi berbeza.
Ini adalah langkah biasa dalam matematik
yang juga digunakan oleh pakar matematik
sekalipun.
Polya merasakan adalah wajar mengambil
sedikit masa untuk menyemak jawapan dan
membuat refleksi.
Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan
dan memantapkan pengalaman untuk
mencuba masalah baru yang akan datang.
Gunakanlah Model Polya untuk
menyelesaikan sebarang masalah hari ini.
1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah
2. Merancang Strategi Penyelesaian
3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian
4. Menyemak Semula Penyelesaian

syahir mempunyai 56 butir mutiara, dia memberikan
beberapa butir mutiara tersebut kepada ibunya.
Selepas itu, syahir memberikan separuh daripada
mutiara tersebut kepada adiknya . Baki mutiara yang
ada pada syahir sekarang adalah 13 butir. Berapakah
bilangan mutiara yang syahir berikan kepada ibunya?

1. Mengenalpasti masalah;

Akid memberikan butir mutiara kepada ibunya.
Selebihnya dibahagikan secara sama rata
kepada adiknya.
Baki mutiara 13.
Ibunya mendapat berapa butir mutiara?

2. Merancang masalah;


Masalah ini melibatkan pengiraan nombor yang kecil.
Oleh itu kami memilih untuk menggunakan cara
penyelesaian teka dan uji. Dengan menggunakan
kaedah teka dan uji kami dapat menyelesaikan
masalah ini dalam masa yang singkat.

3. Melaksanakan masalah;

-Membuat tekaan pertama syahir mendapat 56 butir mutiara.
-menguji tekaan tersebut.

(56-10) = 23(salah)

2

Membuat tekaan kedua, ibunya
mendapat 20 butir mutiara.

(56-20) = 18 (salah)
2
Membuat tekaan ketiga, ibunya mendapat 30 butir mutiara.

(56 -30) = 13 (betul)
2
4. Semak semula;


Membuat pengiraan selengkapnya dan memastikan
semua nilai yang dinyatakan dalam soalan
bertepatan dengan nilai yang ditemui.
56 -30=26
26/2=13
Jawapan diatas adalah betul kerana nilai baki butir
mutiara yang dijumpai adalah sama dengan nilai baki
yang dinyatakan dalam soalan iaitu 13.

Anda mungkin juga menyukai