Anda di halaman 1dari 2

BERJIMAT CERMAT

Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat


berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya
daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan
perbelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia tidak
memberi faedah kepada masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan
kaya dan miskin.
Perbuatan membazir merupakan satu tabiat buruk manusia yang sering
terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak dan
melimpah ruah. Jika dasar hidup berhemah ini diambil kira, maka hak-hak
serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang
masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan kerana
syaitan amat suka kepada orang yang boros dan berbelanja mengikut
kehendak nafsu.
Kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian, membeli
pakaian, penggunaan tenaga elektrik dan air serta penggunaan kemudahan-
kemudahan awam dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam dasar hidup berhemah ini kita juga hendaklah
menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Dengan mengamalkan sifat bakhil dan
kedekut ini melambangkan bahawa kita tidak bersyukur kepada Allah dan
tidak menunaikan tanggungjawab serta amanah yang dikurniakan-Nya.
Malahan dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ia akan
mendatangkan banyak faedah kepada diri kita dalam banyak perkara seperti
kita akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah. Selain itu, kita juga
akan terselamat dari muflis akibat hutang yang banyak dan berbelanja
berlebihan menurut hawa nafsu serta kita juga akan mempunyai simpanan
yang dapat menjamin hidup kita di saat kita memerlukannya.

Anda mungkin juga menyukai