Anda di halaman 1dari 14

Orang yang cedera boleh dibawa dengan dua cara, iaitu dibawa oleh

satu orang atau dibawa oleh dua orang.



Dibawa oleh satu orang
Kaedah mengangkat dalam tangan/dukung
Kaedah ini digunakan apabila orang tersebut lebih ringan atau seorang
kanak-kanak. Dalam kaedah ini, orang yang cedera hendaklah diangkat
di bawah bahu dan lutut dengan tangan. Dia harus diangkat dengan
selesa.


Mengganding mangsa
Dalam kaedah ini, pengakap berdiri di sisi pesakit dengan
memegang pinggangnya serta meletakkan tangan pesakit ke
atas bahunya. Kemudian mengangkat pesakit tersebut dan
membawa dan memberi sokongan kepada pesakit.


Mendukung di bahu
Biarkan pesakit berdiri. Pegang sebelah tangannya dan masukkan
sebelah lagi tangan anda di antara kedua belah kaki pada lutut.
Pegang sebelah kakinya pada lutut dan angkat pesakit di atas
belakang anda. Pesakit boleh juga diduduk pada tempat yang
agak tinggi, bongkok di hadapannya dengan bahagian mukanya di
atas belakang anda. Suruh pesakit mengepit kakinya di pinggang
anda dan tangannya memeluk bahu anda dan angkat perlahan-
lahan.

Kaedah ini digunakan apabila terdapat patah pada tangan pesakit, dan
pesakit tidak dapat memegang pembantu. Kedua-dua pembantu berdiri
berhadapan di sisi pesakit dan pegang pesakit dengan sebelah tangan pada
paras dada. Kemudian angkat pesakit sedikit dan pegang tangan antara
satu sama lain di bahagian tengah paha. Pembantu sebelah kiri hendaklah
meletakkan tapak tangannya mengadap ke atas dan pembantu di sebelah
kanan hendaklah mengadap tangannya ke bawah dan membentuk cangkuk
dengan jari-jari. Kedua-duanya boleh juga memegang sapu tangan atau
sebarang jenis kain dengan kuat. Selepas itu barulah pembantu boleh
mula berjalan perlahan-lahan.


Kedua-dua pengakap membentuk tempat duduk seperti kerusi
dengan memegang pergelangan tangan antara satu sama lain.
Kedua-dua pengakap memegang tangan kanan kiri seorang lagi
dengan menggunakan tangan kanan mereka. Selepas
membentuk tempat duduk, kedua dua pengakap duduk di
belakang pesakit dan menyuruh pesakit duduk dan meletakkan
kedua-dua belah tangannya ke tengkuk kedua-dua orang
pengakap. Berikutnya, pengakap di sebelah kanan harus mula
melangkah dengan kaki kanan sementara pengakap di sebelah
kiiri melangkah dengan kaki kiri.

Kaedah ini digunakan apabila tidak cukup ruang untuk
menggunakan kaedah duduk di atas dua, tiga dan empat
tangan. Dalam kaedah ini, seorang pengakap memegang
pesakit pada lututnya dan seorang lagi memeluk dadanya
dari belakang. Kedua dua pengakap mengangkat pesakit
dengan perlahan-lahan.

Saluran penafasan pesakit mesti sentiasa dijaga dengan baik,
jangan biarkan tersumbat atau tersekat, jika boleh dapatkan
udara yang bersih.
Jika pesakit keluar darah yang terlalu banyak, cuba hentikan
darahnya secepat mungkin.
Jika pesakit patah tulang dan keluar darah terlalu banyak
jangan pindahkan pesakit jika tidak perlu
Peralatan pertolongan cemas mesti cukup. Jika tidak ini akan
menyakitkan pesakit.
Sentiasa perhatikan denyutan nadi dan penafasan pesakit
dengan membuat rekod demi keselamatan pesakit.
Alat-alat pengangkutan seperti usungan mesti diperiksa terlebih
dahulu demi keselesaan dan keselamatan pesakit.
Memilih teknik atau cara mengangkut pesakit sesuai dengan
kecederaan yang dialaminya.

Anda mungkin juga menyukai