Anda di halaman 1dari 12

Tarikh : 21 Mac 2014

Hari : Selasa
Masa : 10.30 - 11.30 pagi
Tahun : 5
Bilangan murid : 8 orang
Subjek : Sains
Tema : Menyiasat Alam Semesta
Bidang Pembelajaran : Buruj
Objektif Pembelajaran : Memahami buruj
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
i. Menyatakan 3 daripada 4 jenis buruj.
ii. Melukis 3 daripada 4 jenis buruj.
iii. Mengenalpasti 3 daripada 4 arah jenis buruj

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran : Konstruktivisme
Strategi dan Teknik :, Penyoalan, Pembelajaran koperatif,
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengetahui bintang.
Kemahiran Proses Sains : Memerhati, berkomunikasi, meramal, melakukan eksperimen
Kemahiran manipulatif : Menggunakan peralatan Sains dengan sebaiknya, menyimpan
peralatan sains
Nilai-nilai murni Bekerjasama, berfikir secara rasional, berani mencuba.
Sumber pengajaran : Tayangan video, Kad bergambar buruj, Kertas mahjong, Kad
perkataan, Kotak buruj.






RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun : 5 Cerdik
Masa : 8.15 9.15 pagi
Tema : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.
Tajuk : Fasa-fasa Bulan
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menyatakan Bulan tidak mengeluarkan cahaya.
Menerangkan bahawa Bulan kelihatan bercahaya
apabila ia memantulkan cahaya.
Menerangkan fasa-fasa Bulan.
Bahan Bantu Mengajar:
Bola keranjang, lampu suluh, cat putih, cat hitam, 4 buah
Kerusi, teaching courseware ( CD 6 ), LCD, computer.
Kemahiran Proses Sains:
Memerhati, menganalisis, menghubungkait, menjana idea.

Nilai-nilai murni :
Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh tuhan.

Langkah-langkah pengajaran :
Set induksi :
Guru memainkan komponen pengenalan ( menggunakan Teaching course
PPSMI CD 6 ). Galakkan murid berfikir adakah Bulan mengeluarkan cahaya.
Galakkan murid menjawab semua soalan yang diberikan. Terima semua
jawapan yang diberikan oleh murid.
Langkah 1
Guru memainkan komponen kandungan. Hentikan CD dari masa ke semasa
untuk meminta murid menjawab soalan yang diberikan di dalam pengajaran
(CD). Guru menerangkan mengapa kita melihat Bulan bersinar terang
walaupun Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri.
Guru menyoal murid tentang bentuk-bentuk bulan yang kelihatan berubah-
ubah sepanjang bulan. Terima semua jawapan murid.
Guru menerangkan kepada murid tentang bentuk bulan yang kelhatan
berbeza-beza adalah fasa-fasa Bulan.
Komponen : isi kandungan.

Langkah 2
Guru meneruskan dengan komponen isi kandungan. Untuk menjalankan
aktiviti ( Frame 3 ) guru sediakan bahan-bahan sebelum kelas bermula.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti berdasarkan aktiviti dalam
komponen isi kandungan. Murid melukiskan bahagian bola keranjang yang
berwarna putih yang boleh dilihat.
Guru menerangkan perubahan saiz bahagian yang berwarna putih pada bola
keranjang mewakili perubahan fasa-fasa Bulan.
Guru memainkan CD seterusnya. Guru membimbing murid memahami
bahawa fasa-fasa Bulan berlaku bergantung kepada kedudukan Bulan dari
Matahari dan Bumi. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk menerangkan
lebih lanjut mengenai fasa-fasa Bulan. Benarkan murid menyoal soalan
berkaitan kejadian fasa-fasa Bulan.
Komponen : Isi kandungan.

Langkah 3
Guru memainkan komponen aktiviti. Galakkan murid menjalankan aktiviti di
rumah ( Menulis diari fasa-fasa Bulan setiap hari )
Komponen : aktivti

Langkah 4
Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam komponen penilaian.
Komponen : penilaian

Langkah 5
Guru memainkan komponen lanjutan / sambungan. Hentikan CD dari masa
kesemasa untuk berbincang tentang calendar yang dibuat berdasarkan
peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Murid memberikan contoh calendar yang
menggunakan Takwim Qamari yang mereka tahu.
Komponen : lanjutan

Langkah 6
Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan. Bincangkan
jawapan .

Penutup
Guru membuat kesimpulan dengan memainkan komponen ringkasan untuk
mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang pelajaran ini.














REFLEKSI

Saya memilih melakukan tajuk ini pada waktu selepas rehat kerana selepas rehat murid
masih lagi aktif dan mampu menumpukan pelajaran dengan baik apabila fisiologi
mereka telah mencukupi. Saya juga memilih tajuk buruj kerana tajuk buruj amat
menarik untuk diajar kerana melibatkan penglibatan murid yang banyak serta murid
dapat belajar apabila menggunakan benda-benda maujud bagi menggantikan buruj di
langit.
Pada fasa orientasi, saya menggunakan teknik tayangan video serta penyoalan. Saya
menggunakan tayangan video kerana ingin memberikan murid melihat sendiri keadaan
sebenar bintang yang berada di langit pada jarak dekat menggunakan teleskop
berbanding melihat secara mata kasar. Tayangan video juga dapat menarik minat
pelajar kerana kebanyakkan pelajar yang berada di luar bandar amat berminat
mengenai teknologi serta mudah tertarik dengan video berbanding menggunakan teknik
penyoalan. Bukan itu sahaja, ini juga memberikan pendedahan kepada pelajar bagi
melihat keadaaan bintang di angkasa.
Bagi fasa pencetusan idea, saya menggunakan kad bergambar dan meminta pelajar
menamakan buruj bagi setiap kad bergambar kerana saya ingin melihat pengetahuan
sedia ada mereka. Adakah mereka mengetahuinya dengan melihat di televisyen
ataupun pernah membaca di media cetak. Saya juga meminta melakukan dalam
kumpulan bagi mengeratkan silaturrahim antara murid serta dalam keadaan tidak
sedar,mereka mempelajari cara menghormati pandangan kawan-kawan mereka. Saya
tidak menggunakan teknik penyoalan pada pencetusan idea kerana bagi saya teknik
penyoalan agak bosan bagi pelajar serta sebahagian daripada mereka malas


untuk berfikir jika mereka tahu adanya kawan mereka yang akan menjawab soalan
tersebut.
Bagi fasa penstrukturan idea, saya tidak menggunakan tayangan video bagi
menunjukkan buruj terhadap murid namun saya menggunakan kotak buruj bagi
melakukan aktiviti ini. Saya juga memilih teknik
pembelajaran koperatif iaitu menggunakan stesen bagi melibatkan semua murid dan
murid bergerak aktif. Jika tidak melakukan aktiviti yang bergerak, murid akan cepat
berasa bosan dan agak menantok selepas mereka makan. Saya juga mengitar semula
bahan dengan menggunakan kotak yang tidak digunakan. Hal ini dapat mengajar
murid-murid supaya menghargai bumi kita ini. Saya meminta setiap kumpulan
membentangkan hasil dapatan daripada stesen adalah bagi membina keyakinan diri
terhadap murid-murid tersebut. Selain itu, saya meminta murid-murid membuat
kesimpulan kerana ingin melihat sejauh mana murid-murid faham mengenai
topikpengajaran saya. Saya menggunakan muzik sebgai stop kerana ingin melatih
murid-murid supaya lebih peka serta bagi memberikan keseronokan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga dapat mengurangkan guru menjerit-jerit
kerana apabila murid-murid belajar dalam kumpulan, mereka sibuk berbincang dan
mereka tidak akan mendengar suara. Hal ini disbebabkan mereka akan lagi
menguatkan suara mereka.
Bagi fasa aplikasi, saya memberikan lembaran kerja kepada murid-murid kerana mahu
melihat sejauh mana mereka faham mengenai topik yang diajar kepada mereka.
Mereka dibenarkan berbincang dengan rakan-rakan mereka kerana ingin bertukar
pendapat dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat. Guru berbincang jawapan
dengan murid adalah perlu bagi meneguhkan lagi pemahaman murid-murid. Jika guru
menangguhkan perbincangan jawapan untuk berbincang kemudian hari, maka murid-
murid akan cepat lupa apa yang telah mereka lakukan dan berkemungkinan kertas
lembaran kerja yang diberikan akan hilang disebabkan mereka menggunakan kertas
tersebut melakukan jet ataupun adik mereka menggunakannya.
Bagi fasa refleksi, saya meminta murid mengangkat kad perkataan bagi setiap bentuk
buruj kerana dapat melihat adakah pelajar dapat mengenal pasti bentuk buruj serta apa
yang telah diajar pada hari ini. Murid diminta menyusun kembali kerusi secara kemas
adalah untuk mengingatikan supaya murid-murid bertanggungjawab terhadap peralatan
atau bahan-bahan yang digunakan.
Kotak Wayang Buruj tersebut diolah dari kotak terbuang,di satu bahagian hujungnya di
lekatkan kertas hitam yang diubangkan meggunakan jarum dan membentuk pelbagai
jenis buruj. Apabila dilihat dari hujung sebelah lagi, maka akan kelihatan bentuk buruj
yang bercahaya.















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh / Hari : 4. 03. 2014 ( Hari Khamis )
Masa : 10.30 a.m. ~ 10.30 a.m. ( 30 minit )
Kelas : Tahun 4
Bil. Pelajar : 7 orang
M / Pel : Sains
Tajuk : Sistem Suria
Objektif : Di Akhir pengajaran ini, murid dapat:
1. Menyenaraikan nama 8 buah planet dalam Sistem Suria.
2. Menyusun urutan planet-planet dalam Sistem Suria.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid sudah mengetahui planet semulajadi seperti
matahari, bulan dan bumi.
Konsep : Mengenalpasti urutan planet dalam Sistem Suria.
Bahan : Kad-kad bergambar, kertas mahjong, sampul surat, gum dan lembaran kerja.
Nilai : Bersyurkur, keberanian, bekerjasama, patuh pada arahan, menghormati, sayang
kepada alam sekitar.
KBKK: Memerhati, Menganalisis, Berkomunikasi, membuat kesimpulan, membuat
urutan.

Langkah
/ Masa
Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi

( 3 minit )


Menjalankan sesi soal
jawab dengan murid.
~Menunjukkan gambar
matahari dan menanya
soalan.


Guru menunjukkan satu gambar
matahari dan menanyakan soalan
kepada murid.

a)Apakan benda ini?
~Matahari.

b)Apakan kegunaan
matahari bagi manusia?
~Cahaya matahari di
waktu pagi membekalkan vitamin
D yang menyihatkan kulit manusia.

~Kewujudan cahaya
matahari membantu putaran air
dan udara.

~mengeringkan pakaian dan
hasil makanan kering (seperti
ikan dan buah).

Guru mengaitkan dengan isi
pelajaran hari ini : "Sistem Suri"

Murid-murid
menjawab soalan.



KBKK:
Memerhati, berkomunikasi

Nilai:
Keberanian, bersyurkur


Perkemban- gan

Langkah 1

( 10 minit )

Penerangan mengenai :

~ Ahli-ahli dan urutan
Sistem Suria.




Guru memperkenalkan 8 buah
planet dan urutan planet-planet
tersebut dalam Sistem Suria.

Semasa penerangan, guru
mengemukakan gambar-gambar
planet untuk menjelaskan ciri-ciri
dan urutannya dalam sistem suria.
Dengan ini, murid dapat
memahami ciri dan kedudukan
setiap planet dengan lebih jelas.

Guru membimbing murid membaca
nama planet-planet dengan
sebutan yang betul.

Murid-murid mendengar
penerangan guru dengan
teliti.

Murid-murid
membaca nama planet-
planet
dengan sebutan
yang betul.

KBKK:
Memerhati,
menganalisis,
membuat urutan

ABM:
Kad-kad bergambar

Nilai:Kerajinanpatuh kepada arahan.


Langkah 2

( 9 minit )


Aktiviti menulis nama
planet dan menyusun
kedudukan planet-planet
dalam sistem suria
dengan urutan yang betul

Guru membahagikan murid kepada
8 kumpulan.

Guru mengedarkan sampul surat
yang mengandungi kertas mahjong

Murid-murid mengikut
arahan guru dan bergiat
aktif dalam aktiviti .



KBKK:
Berkomunikasi,
membuat urutan

ABM:
. dan gambar-gambar planet kepada
setiap kumpulan

Guru menerangkan aktiviti :
~Setiap kumpulan diminta
melengkapkan nama planet
tersebut dan kemudian menyusun
kedudukan planet.

~Kumpulan yang paling cepat
menyiapkan aktiviti akan diberikan
hadiah.

~Setiap kumpulan
memaparkan jawapan mereka dan
guru menandakan jawapan setiap
kumpulan.

~Guru memberikan hadiah kepada
kumpulan yang menang dalam
aktiviti ini.
Kad-kad bergambar,
gum,
marker pen dan
kertas mahjong.

Nilai:
Bekerjasama,
keberanian


Langkah 3

( 5 minit )





Lembaran Kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja
kepada murid.

Guru memantau dan
memastikan murid-murid dapat
menyiapkan
lembaran kerja .

Guru bertindak sebagai fasilitator
memberi tunjuk ajar kepada murid.

Murid-murid membuat
lembaran kerja dengan
teliti.


Murid menjawab semua
soalan
yang diberikan guru.

KBKK:
Membanding dan membeza, membuat kesimpulan

ABM :
Lembaran kerja

Nilai:
Kerajinan


Penutup

( 3 minit )


Kesimpulan







Guru merumuskan
pengajaran pada hari ini.
~Murid-murid menyatakan nama
planet dengan mengikut urutannya.

Aktiviti ini adalah untuk
memastikan murid benar-benar
faham akan pengajaran yang
disampaikan.

Guru membuat rumusan dengan
menggunakan cara menanya soal,
Contonya:

Muridmurid menyatakan
nama planet dengan
mengikut kedudukannya.


Murid-murid menjawab
soalan.


















a.)Sila menyenaraikan nama
planet dengan mengikut urutan
yang betul.

b.)Apakah planet yang
membolehkan manusia hidup?
~ Bumi

Guru memberitahu murid bahawa
hanya bumi sesuai bagi manusia
hidup .Oleh itu, kita perlu menjaga
bumi. Jangan sentiasa
membuat aktiviti-aktivit yang boleh
mencermakan bumi.

Anda mungkin juga menyukai