Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang


individu. Kewujudan pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu
seseorang. Dalam mencapai usaha untuk memnuhi pendidikan berkualiti, kualiti
seorang guru itu harus dititikberatkan. Perkembangan dalam dunia memberi cabaran
yang hebat kepada guru dalam membentuk peribadi diri dan murid agar menjadi
seorang insan yang berguna. Sama ada sedar atau tidak sedar, seorang guru itu
memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan seorang insan yang
dapat membantu negara menjadi lebih baik.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Falsafah Pendidikan Guru)
Jadi matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru berkualiti dari segi
peribadi, professional sosial dan amalan tingkah laku yang baik. Guru juga
diharapkan boleh menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. Malah
harapan yang tinggi berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke 21. Oleh itu guru seharusnya memiliki
sahsiah yang sewajarnya.
Guru adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang
yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang
yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Menurut Ornstein dan Levine
(1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan
ahli suatu profesion. Antara ciri ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara
ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Keprofesionalisme guru amat penting dalam bidang pendidikan.
Pendidikan merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
masa hadapan. Sistem pendidikan harus dirancang dengan teliti supaya sesuai
dengan kemungkinan cabaran yang bakal timbul kelak.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu
menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik
generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan
mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke
semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-
strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti
Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru
untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang
kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran
(Rohani Abdul Hamid,1998).







Definisi Etika
Etika berasal dari Greek iaitu ethikos. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan,
tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah tatasusila,
beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Meburut Thiroux (2001), etika
merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah
kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal
manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau
tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana
manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim
(1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk
berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang
mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah,
perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang
patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika
adalah sains perlakuan atau behavioral science yang mengkaji tentang perlakuan
manusia dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan
memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada
piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya.
Menurut Martin (1993), etika didefinisikan sebagai the discipline which can
act as the performance index or reference for our control system. Oleh demikian,
etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan
manusia di dalam kelompok sosialnya. Dalam penertiannya yang secara khusus
dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalm bentuk
aturan (code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip
moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk
mengadili segala tindakan yang secara logika-rasional umum (common sense)
dinilai menyimpang dari kode etik. Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa
yang disebut dengan self control, kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk
kepentingan sosial (profesi) itu sendiri.
Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang
berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti
dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang
tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri.
Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat built-in mechanism berupa kode
etik profesi dalam hal ini jelas akan diperlukan untuk menjara martabat serta
kehormatan profesi, dan disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk
penyimpangan maupun penyalahgunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999)
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa sebuah profesi hanya dapat
memperoleh kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional
tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin
memberikan jasa kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi,
apa yang semula dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi
sebuah pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikit pun tidak diwarnai dengan
nilai-nilai idealisme dan ujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek
maupun kepercayaan yang diberikan kepada para golongan profesional ini.











Isu-isu Kod Etika Guru
Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek
yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan
pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat
terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah
keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain lain.
Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine
(1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan
ahli suatu profesion. Antara ciri ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.
Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah
seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam
bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.
Merujuk kepada ciri ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini
dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika
keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu
mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada dada akhbar. Ini sudah tentu
akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang
mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru
yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan
penyalahgunaan wang.

Isu Pertama Isu Kepedulian Guru
Isu yang pertama adalah Isu Kepedulian guru. Apakah maksud kepedulian guru?
Mengikut Hall, George dan Rutherford (1977), kepedulian didefinisikan sebagai
perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap
sesuatu isu atau tugas. Manakala Van den Berg dan Ros (1999) menkonsepsikan
kepedulian sebagai persoalan-persoalan, keraguan dan kemungkinan tentangan
pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau tuntutan yang kian mencabar.
Maka, dapat disimpulkan bahawa kepedulian guru merujuk kepada gabungan
perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi
semasa melaksanakan tugasnya.
Selain itu, Havelock (1995) mengemukakan hujah bahawa kepedulian
merupakan kuasa-kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan, iaitu
perubahan yang wajud dalam kepedulian beberapa orang tentang sesuatu yang
tidak betul dan ada pula orang yang harus berbuat sesuatu mengenainya.
Kini, terdapat sesetengah guru di sekolah menyukai pelajar sudah tentu tidak
boleh dilakonkan kerana perkara tersebut berlaku secara spontan dan semulajadi
dalam diri guru. Sekiranya guru menyukai pelajar dan dapat mewujudkan satu
perhubungan yang mesra, guru tersebut dapat mengendalikan tingkah laku pelajar
mereka. Guru perlulah menyediakan waktu untuk berbual-bual dengan pelajar
sekiranya mempunyai kesempatan. Hal ini dilakukan bagi mengetahui permasalahan
pelajar dan mendapatkan maklumat mengenai kebolehan serta minat pelajar
tersebut.
Selian itu, terdapat segelintir guru tidak mengetahui atau mengenali pelajar.
Guru mendapati terlalu sukar untuk mereka mengingati nama dan mengenali tingkah
laku pelajar mereka. Apatah lagi, bilangan pelajar yang ramai serta kelas yang
berlainan menyebabkan guru kadang-kadang keliru memanggil nama murid yang
salah. Oleh itu, seorang guru haruslah lebih berinovasi dalam mencari penyelesaian
untuk masalah tersebut.
Tambahan pula, kebanyakan guru di sekolah selalu melabelkan pelajar.
Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain bukan sahaja dari segi jantina
dan fizikal malah dari segi latar belakang serta emosi mereka. Perbezaan ini tidak
harus menjadi modal kepada guru untuk melabel atau memberi gelaran kepada
pelajar mereka. Sekiranya guru melabel seorang pelajar, ia haruslah mempunyai
makna yang baik dan sedap didengar. Gelaran untuk menyindir atau
mempermainkan pelajar sewajarnya dielakkan kerana ia boleh menjatuhkan
semangat pelajar tersebut.
Selain daripada itu, guru-guru di sekolah juga selalu menyindir dan
memperkecilkan pelajar. Sebagai seorang guru, kita haruslah bertindak sebagai
pemangkin semangat kepada murid. Guru yang selalu menyindir dan memalukan
pelajar akan dibenci oleh pelajar terbabit. Tindakan guru tersebut telah menjatuhkan
maruah pelajar dan tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang digelar guru.
Kini, terdapat juga sebahagian guru yang mendera pelajar secara keterlaluan.
Peraturan disiplin di sekolah telah dilaksanakan dengan sewajarnya. Oleh itu, guru
haruslah membuat pertimbangan sebelum mendenda seseorang pelajarnya.
Hukuman dan denda atas kesalahan disiplin pelajar telah ditetapkan dan guru
haruslah mematuhi setiap perkara yang telah digariskan dalam peraturan disiplin.
Sekiranya guru bertindak secara keterlaluan, pelajar mungkin mengalami trauma
dan takut untuk ke sekolah.
Amanah seorang guru adalah untuk mendidik pelajar menjadi insan yang
berguna pada masa hadapan. Guru juga bertindak sebagai pelindung dalam
menjaga maruah serta keselamatan pelajar mereka. Perbuatan guru yang menyalahi
etika seperti pagar makan padi mencabul kehormatan pelajar, berkhalwat serta
berperangai sumbang seharusnya dijauhi. Guru perlu ada sikap penyayang supaya
disenangi oleh pelajar. Guru yang terlalu garang akan menakutkan pelajarnya.
Mereka berasa gementar untuk bertanyakan soalan kerana bimbang dimarahi.
Pelajar juga akan berasa takut untuk ke kelas dan menjejaskan tumpuan mereka di
dalam kelas.
Di samping itu, sikap guru yang mengamalkan pilih kasih adalah tidak wajar.
Seseorang pelajar dapat merasakan perbezaan kasih sayang dan perhatian yang
diberikan oleh guru kepada mereka. Perhatian dan layanan yang sama rata dapat
memberi rasa senang kepada diri pelajar. Pilih kasih ini berlaku disebabkan rupa
paras pelajar tersebut, kekerapan berjumpa dengan guru tersebut ataupun pelajar
yang menonjol di dalam kelas. Pelajar tidak akan menghormati guru yang
mengamalkan sikap pilih kasih.

Isu Kedua Menyalahguna Masa
Isu yang kedua adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu
bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.00 pagi hingga 1.00
petang, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah
petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini
timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu
penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus
kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa
di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak
menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak
mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak
menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan
melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari
facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan
di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga
menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan PdP di siang hari dan banyak lagi.
Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama
kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu
dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap
malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam
kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu
tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi
rasa tanggungjawab untuk bersungguh sungguh dalam mendidik anak bangsa dan
apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang
lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada
berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga
lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana
mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk
kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid
murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah
merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga
akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan
guru dalam mendidik anak anak mereka.
Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalah ini tidak
dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan
individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini
tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981,
semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar
dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah
bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk
mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan
semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan
kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk
mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun
kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.
Cara penyelesaian yang pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat
pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru guru di sekolah.
Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk
menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga
perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada
guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk
guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil
tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib
kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang.
Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan
mengulanginya lagi.
Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah
ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan rakan yang bermasalah
memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam
penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.
Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha
untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan
cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini,
segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan
menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu
bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah
untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru
juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih
terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu Ketiga Menyalahgunakan Wang
Isu yang seterusnya adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir
akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru
disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh
pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang
mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan
wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti
tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian
tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang
mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi
tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang
tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap
pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.
Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca
dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam
penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah.
Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru
menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan
kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam
diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam
hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru
tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru
tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan.
Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya
yang menggariskan batas batas tatacara pengurusan kejayanya.
Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak
pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan
yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah.
Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru
guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu
risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir
yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang
menyebabkan guru guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir
butir perbelanjaan untuk kepentingan diri.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan
yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah
yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu
mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada
supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan
Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan
penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil
tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-
tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan
penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap
guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang,
peraturan kewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari
masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir
sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat
mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung
masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan
wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada
pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak
bersubahat dalam menyalahgunakan wang.
Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah.
Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri
dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan
yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus
memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah
dengan tegas.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh
kepada kod etika yang telah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etika keguruan
seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu
dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk
terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak
bangsa.
BIBLIOGRAFI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Pendidikan&pg=pe_06.htm

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon., Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. K.L 2010
http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/penderaan
http://pulautalang.blogspot.com/2010/10/smk-bunut-susu-pelajar-diseterika.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_kanak-kanak
http://sblm1053-hong.blogspot.com/p/faktor-faktor-penderaan-kanak-kanak.html


Laman Sesawang :
http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/ yang telah diakses pada 11 Ogos 2012

Nazirmudin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang & Azlita Yonus@Ahmad
(2005), Penghantar Etika Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Anda mungkin juga menyukai