Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

MOHD. SAIFUL AZWAN BIN SUNDIAN (930729-12-5133)


PISMP 3G AMBILAN JANUARI 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, maka
dapatlah saya menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan ini. Kerja khusus ini
merupakan Tugasan bagi subjek RBT3183 Reka Bentuk dan Teknologi di mana ianya
terbahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Sebelum memulakan tugasan
ini, pensyarah kami iaitu Encik Fauzi, telah memberikan penerangan kepada kami.
Penerangan yang diberikan itu adalah jelas dan sangat membantu kami dalam pelaksanaan
tugasan ini. Segala persoalan yang kami ajukan kepada beliau telah diterangkan sehingga
kami mula memahami kehendak tugasan ini.

Secara berkumpulan, kami dikehendaki menyediakan satu bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mengandungi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan tajuk
dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup SR. Rancangan Pengajaran Kemahiran Hidup
tersebut perlu mengandungi sekurang-kurangnya satu kaedah atau teknik yang telah dipilih
dan bahan bantu mengajar dalam bentuk PowerPoint yang mengandungi eleneb audio dan
video.
Manakala tugasan individu pula dikehendaki untuk menghasilkan sebuah esei
pendek mengenai elektrik dan elektronik, menerangkan litar arus terus (AT) dan arus luang
alik (AU) dan bahagian utama, serta menjelaskan prinsip asas kendalian motor elektrik.

Pelbagai rintangnan yang saya lalaui sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya
mengalami sedikit kesukaran bagi menyiapkan tugasan ini kerana terdapat kekeliruan dan
kesukaran dari segi penyusunan ayat dan isi-isi penting bagi soalan tugasan ini. Selain itu
itu, antara kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini ialah ketandusan idea
dan ketidakpastian dengan maklumat yang diperolehi. Tetapi, semua kekangan ini dapat
saya atasi dan banyak mengajar saya untuk lebih konsisten dalam melakukan kerja serta
masalah ini juga mengajar saya untuk lebih bersabar dalam melakukan sesuatu. Walaupun
pada masa kini seluruh warga institut dihimpuni dengan pelbagai tugasan namun ianya tidak
menjadi alasan kepada saya untuk tidak menyiapkannya. Segala penerangan dari
pensyarah pembimbing amat berguna kepada saya.



Setelah melalui detik yang sukar semasa menyiapkan tugasan ini, pada masa
sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang
telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah
pelajari. Saya akan berusaha untuk sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan
penguasaan saya dalam bidang ini.

Para pensyarah juga telah banyak memberi tunjuk ajar terutamanya Encik Fauzi
selaku pensyarah bagi subjek ini kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi
penerangan yang lebih lanjut mengenai tugasan ini walaupun beliau juga mempunyai
tanggungjawabnya yang lain. Hasil bimbingan pensyarah dapatlah saya menyiapkan
tugasan yang diberi ini pada waktu yang di tetapkan walaupun menghadapi pelbagai
kesukaran. Ini semua telah memudahkan saya untuk menyempurnakan tugasan ini dengan
tunjuk ajar pensyarah.

Kesimpulannya, dalam melaksanakan tugasan ini, banyak manfaat yang saya
perolehi sebagai bekalan menjadi seorang guru pada masa hadapan. Ianya membantu saya
menjadi lebih kreatif dan kritis. Saya begitu berpuas hati dengan tugasan ini kerana telah
membantu dalam usaha untuk menjadi seorang guru. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses
menyiapkan kerja kursus saya ini terutamanya rakan-rakan yang banyak memberi komen
yang bernas tentang tugasan saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati
oleh Tuhan yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai