Anda di halaman 1dari 11

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN SEKOLAH

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi 3
3.0 Fungsi 5
4.0 Rujukan Standard dan Rujukan Norma 7
5.0 Integrasi Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran 9
6.0 Bentuk, Kaedah dan Instrumen Pentaksiran 10
7.0 Wajaran 13
8.0 Rekod dan Pelaporan 14
9.0 Semakan Kualiti 14
10.0 Saranan 15
11.0 Hubungi Kami 16

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah 3
Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan
bagaimana pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa
kita perlu mentaksir murid.

Dengan menggabungkan pentaksiran rujukan standard dan rujukan kriteria,
pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut:
Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos;
Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks;
Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa
dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard;
Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran;
Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan
penilaian program.

Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan
kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan
yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan
pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya
digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria
penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan
tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas.
Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid:
Keterangan yang jelas tentang pengetahuan dan/atau kemahiran yang
ditaksir;
Wajaran bagi setiap pentaksiran;
Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan;
Peluang prestasi mereka ditaksir secara kualitatif;
Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam
pentaksiran;
Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod;
4 Pentaksiran Sekolah
Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang
memerlukan persediaan;
Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran; dan
Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan
gred pencapaian.

1.0 INTEGRASI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan
pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara
berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran BUKAN hanya untuk
membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang
positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan
pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan,
menyumbang kepada keberkesanan program. Semasa menyediakan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambilkira:
Pentaksiran tentang pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan
Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman
di samping nilai dan sikap.

Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan
kurikulum dan garis panduan pentaksiran.

2.0 BENTUK, KAEDAH DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu
bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai
dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah 5
yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri
daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan.

2.1 Kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah

a. Pencerapan
Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur
(terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid
antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil
penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan
dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan
yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod,
seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating scale) yang
hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.

b. Ujian
Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia
membolehkan guru mengumpul eviden yang sama bagi semua
murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini
mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan
kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan
peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting
kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah
dipelajari.

Ujian dalam PS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-
pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara
online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak
sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran
Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah
oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer.

6 Pentaksiran Sekolah


c. Tugasan atau Pentaksiran Prestasi
Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding
dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi
dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi
komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan
bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia
merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai
gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek,
pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer
dan persembahan.

d. Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan
Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru
kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari
bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi
dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas
khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga
mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana
untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi
ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat
penting dalam pembelajaran.

Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau
rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang
mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa
kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga
rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam
satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah 7
Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek
kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan
setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja
berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau
hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial,
pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada
hasil kerja kumpulan.

Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-
dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang
pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang
ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia
mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses
pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

3.0 WAJARAN
Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran
dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan
sekolah menengah.

TAHAP PAJSK PS PP
Prasekolah 20% 80% -
Tahun 1 Tahun 3 30% 70% -
Tahun 4 Tahun 6 20% 50% 30%
Tahun 7 - Tahun 9 20% 30% 50%
Tahun 10 Tahun 12 10% 10% 10%
Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan

4.0 GRED PURATA MURID


8 Pentaksiran Sekolah



5.0 REKOD DAN PELAPORAN

Perekodan dan pelaporan memerlukan data yang telah dikumpul semasa
pentaksiran supaya ia boleh dianalisa secara logik dan dilaporkan dalam
bentuk yang mudah difahami dan tepat. Pelaporan prestasi dan pencapaian
memberi gambaran tentang apa yang murid telah capai. Ia juga menunjukkan
kedudukan murid dalam lengkung pembelajaran dan jenis intervensi yang
diperlukan, sebagai contoh maklumat ini (merujuk kepada prestasi) boleh
digunakan untuk merancang program intervensi dan memaklumkan strategi
intervensi.


6.0 SEMAKAN KUALITI

6.1 PROSES SEMAKAN
Prinsip semakan adalah untuk menjamin kualiti pentaksiran yang
dilakukan diperingkat sekolah. Ia adalah satu prosedur untuk
meletakkan PS mana-mana sekolah pada skala kebangsaan. Skala
kebangsaan ini ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dari segi
kesahan dan kebolehpercayaan. Satu instrumen yang dibina oleh LP
akan ditadbir kepada semua murid. Skor yang diperoleh akan
menentukan tahap PS bagi setiap sekolah.

Skor yang diperoleh akan dianalisis untuk mengeluarkan pelaporan
tentang prestasi pendidikan kebangsaan.

6.2 EVIDEN SEMAKAN: PORTFOLIO
Dua jenis portfolio diperlukan:
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah 9
1. Portfolio guru mengandungi semua arahan dan kriteria pentaksiran
serta rubrik berkaitan tugasan yang diberikan kepada murid.
2. Portfolio murid mengandungi setiap eviden yang digunakan untuk
mendapatkan skor.

Portfolio boleh:
Mengandungi beberapa bentuk pentaksiran termasuk tidak lebih
daripada dua ujian rasmi
Memberi eviden untuk semakan
Menunjukkan kemajuan pembelajaran murid sebagai eviden tentang
pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun tersebut.


7.0 SARANAN

Sekolah mesti memastikan bahawa murid tidak dibebankan dengan terlalu
banyak pentaksiran. Guru mesti memaklumkan kepada murid mengenai
sumber bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan, projek dan
sebagainya. Guru mesti membantu murid untuk merancang tugasan, projek
dan lain-lain dengan:
membekalkan murid dengan tarikh beserta rubrik pada permulaan proses
pembelajaran
membenarkan murid menyiapkan kerja di premis sekolah atau di bilik
darjah, jika perlu

8.0 HUBUNGI KAMI

Guru yang memerlukan bantuan dalam melaksanakan PS boleh
menghubungi:

Unit Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (UKPBS)
Lembaga Peperiksaan
10 Pentaksiran Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 11 Blok E11
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Telefon: 03 8884 3125/3134
Faks: 03 8889 5131






Bagaimana Menyediakan Rancangan Mengajar untuk Mengajar dan Mentaksir
Berasaskan Standard

Bahan Pengajaran yang diperlukan
Salinan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi
Buku teks, alat Bantu mengajar yang relevan lain
Bahan pentaksiran

Sikap Yang Perlu ada
Sikap terbuka bahawa semua murid perlu diberikan perhatian
Persediaan mengajar perlu dilaksanakan sebelum masuk setiap kelas
Panggil nama murid dalam kelas seramai yang boleh setiap kali mengajar. Di kelas
akan dating pastikan semua nama murid telah disebut dan berinteraksi dengan
mereka.

Persediaan Sebelum masuk ke setiap kelas
Pastikan semua alat bantu mengajar telah disediakan dan ada
Ketahui dan hafal nama semua murid dalam kelas

Langkah menyediakan Rancangan Mengajar
1. Baca secara teliti dan fahamkan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi. untuk
siapakah ianya dimaksudkan

2. Tentukan kemahiran apakah yang hendak diajarkan contoh ; kemahiran menulis
mengikut abjad, kemahiran mengira dua angka satu digit,

3. Rancangkan tugasan dan pentaksiran yang relevan, mencabar dan dapat menguji
pencapaian murid dalam apa yang mereka telah pelajari. Perancangan perlu dibuat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah 11
sekarang supaya aktiviti pembelajaran dapat dirancang berdasarkan kemahiran
yang meraka perlu murid kuasai.

4. Tukiskan objektif pengajaran menggunakan perkataan kata tugas yang boleh diukur
yang berkaitan kemahiran yang hendak diajar Contoh; Murid boleh mengira jumlah
dua angka dua digit dengan tepat.

5. Rancangkan set induksi yang sesuai untuk mengajar angka dua digit. Gunakan
pengetahuan sedia ada murid. Lakukan provokasi yang merangsang minda murid
yang boleh menimbulkan keseronokan untuk mengetahui lebih lanjut tentang nombor.

6. Tuliskan langkah-langkah pengajaran yang dapat melatih murid dan pada masa yang
sama laksanakan penyoalah yang dapat mengetahui kemahiran yang telah dikuasai
setiap murid.

7. Berbincang dengan setiap murid tentang pencapaian mereka berbanding standard
prestasi dan Band yang mereka telah kuasai dan cadangkan langkah selanjutnya
untuk penambahbaikan penguasaan yang lain atau pengukuhan kemahiran yang
sama.

Anda mungkin juga menyukai