Anda di halaman 1dari 1

Jika anda bercadang untuk menghasilkan imej berbentuk digital, anda perlulah memahami

perbezaan umum antara kedua-dua jenis software ini. Ok saya ambil contoh Adobe Illustrator
dan Adobe Phostoshop. Kedua-duanya adalah software untuk menghasilkan grafik. Sebelum
ini, saya juga keliru apakah perbezaannnya yang boleh dihuraikan kerana kebanyakan pengguna
Malaysia lebih mahir menggunakan Photoshop berbanding Illustrator (am I right?) budak
art/grafik tolak ketepi okay, dorang memang dah tahu + dahsyat bermain dengan kedua-dua
software ini.
Berikut merupakan perbezaan ringkas/ketara yang perlu anda tahu :
Illustrator menghasilkan grafik berbentuk vektor dan juga tulisan berbentuk vektor
(vector text). Grafik vektor mengandungi garisan (lines) dan sudut (curves) yang mana
ianya mengandungi objek secara mathematical.
Photoshop menghasilkan grafik berbentuk bitmap. Bitmap bermaksud ianya
mengandungi titik-titik kecil (tiny dots) yang bewarna. Grafik bitmap diukur melalui
jumlah dot per unit selalunya dipanggil dpi (dot per inch).
Perlu tahu yang saiz grafik bitmap adalah lebih besar dari grafik vektor. Oleh itu,
grafik vektor dapat menjimatkan ruang storage anda dan sekaligus ianya lebih cepat
untuk dimuat turun atau naik.
Dengan menggunakan kaedah vektor, anda dapat menjaga kualiti grafik tersebut
walaupun saiznya telah diubah. Untuk grafik bitmap, kualitinya akan berubah jika anda
membesarkan/mengurangkan saiz grafik.
Perlu tahu yang sesetengah filter boleh digunakan pada grafik bitmap tetapi tidak
boleh digunakan pada grafik vektor.
Berpandukan perbezaan di atas, jelas menunjukkan grafik yang dihasikan menggunakan
Illustrator adalah lebih baik. Tetapi untuk mengubahsuai (edit) gambar sedia ada adalah lebih
mudah dan baik menggunakan Photoshop. Dah lama rasanya tak buat grafik berbentuk logo
logolah paling susah nak buat walaupun nampak simple (idea susah nak dapat).

Anda mungkin juga menyukai