Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Buku yang saya gemari ialah Cerita Cinta Ahmad Ammar


Buku ini diterbitkan oleh Karangkraf
Buku ini mengandungi 400 muka surat

alhamdullilah,
Selesai sudah menghabiskan buku yang mencetuskan kebangkitan
ummah.Sehidimiz 'Ahmad Ammar ' satu nama yang tidak dikenali ketika hidupnya, tetapi
mencetuskan kebangkitan ummah setelah beliau meninggal dunia.
Pelbagai input yang dikongsikan oleh ibu bapa beliau. Bagaimana mereka
mampu melahirkan diri seorang pejuang dalam diri seorang anak muda .. Sesuatu yang
sangat terkesan pada saya , " anak- anak cermin ibu bapa", bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Saya setuju dengan kata-kata ini, ibu bapa sebenarnya yang memainkan
peranan penting dalam kehidupan seorang anak- anak. Kelakuan melalui teladan.Jika
teladan yang baik , maka baik lah anak itu. Kedua orang tua ammar bukan sahaja ingin
melahirkan seorang anak yang biasa- biasa tetapi seorang yang luar biasa.Dari ibu bapa
yang hebat maka lahirlah seorang pejuang yang hebat.Buku ini mengisahkan riwayat
hidup ahmad ammar . Pelbagai tips telah dikongsikan ibu bapa ammar sendiri.
Pada mulanya saya juga tertanya-tanya bagaimana seorang anak muda yang tidak
dikenali ketika hidupnya tetapi telah mencetuskan fenomena dalam badan dakwah di
peringkat dunia ini.Sehidiz ammar nama yang cukup baik . Dalam bahasa arab nama
amar bermaksud kuat iman, lemah lembut,dan bersifat memakmurkan.Dengan nama
sudah meunjukkan keperibadian beliau.Seawal umur beliau berumur 13 tahun lagi
beliau telah mempunyai matlamat hidup.Mungkin pada anak biasa hari ini,setelah
keputusan spm keluar baru memikirkan matlamat hidup mereka.tetapi berlainan dengan
beliau. seorang anak yang sangat menghomati orang tua. Keperibadian beliau amat
mengangumkan bagi seorang anak remaja pada zaman kini.Syahid yang tertangguh.

Secara ikhlas, saya katakan para remaja perlu membaca buku ini, buku ini
memaparkan tentang perjuangan seorang remaja dalam pejuangan agama.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai