Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 9 : KATA SENDI NAMA

Pilih jawapan yang paling sesuai



1. Banyak manfaat yang kita peroleh _____ceramah itu.
A daripada C antara
B akan D dari

2. Faizal mengirim sepucuk surat _____kawannya.
A ke C kepada
B dari D daripada

3. Pak Mahmud bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.
A di C pada
B ke D kepada

4. Pegawai Pelajaran Kota Bharu menyampaikan hadiah _____para pelajar.
A untuk C kepada
B pada D ke

5. Harga kain batik tulis lebih mahal _____harga kain batik cap.
A oleh C dari
B dengan D daripada

6. Anis membeli sehelai selendang _____ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A daripada C demi
B untuk D bagi

7. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _____ empat tahun.
A di C kepada
B dengan D hingga

8. Cikgu Mariah menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _____ binatang.
A terhadap C demi
B hingga D oleh

9. Oleh sebab rasa cinta _____ kebudayaan Melayu, Puan Suzy sanggup menjelajah seluruh Negara
untuk membuat kajian.
A dalam C akan
B untuk D terhadap

10. Pak Din menjaga potret-potret yang dilukis _____ anaknya itu dengan baik.
A sejak C tentang
B oleh D dalam

11. Pinggan mangkuk Vantage yang dihiasi corak bunga bungaan mendapat sambutan yang baik _____
peminat porselin.
A untuk C dengan
B antara D daripada

12. Taman Botani dan Taman Negara sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya _____ hujung
minggu.
A di C pada
B Kepada D umpama

13. Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama
lain _____ kehidupan seharian.
A demi C bagai
B dalam D untuk

14. Ibu menaburkan padi usang itu ke tanah _____ dimakan oleh ayam-ayam peliharaannya.
A untuk C daripada
B sampai D kepada

15. Tini rindu _____ kedamaian kampung neneknya yang terletak di kaki Gunung Ledang.
A pada C antara
B akan D kepada

16. Lima orang pendaki yang hilang _____ tiga hari yang lalu telah dijumpai di dalam hutan tebal di kaki
Gunung Tahan.
A hingga C sejak
B seperti D antara

17. Samila telah terpilih sebagai pemain boling terbaik _____ Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia .
A oleh C akan
B pada D bagi

18. Tengku Suria telah banyak mengorbankan masanya _____ membantu kanak-kanak yang menghidap
penyakit AIDS di rumah kebajikan itu.
A tentang C untuk
B di D kepada

19. Ibu mengucapkan terima kasih kepada Puan Norma _____ menjaga rumah sepanjang kami pergi
bercuti di Pulau Phuket.
A untuk C daripada
B kepada D dengan

20. _____ Ayu dan Ani, Ayu lebih cekap menjaringkan gol walaupun Ani mempunyai lima tahun
pengalaman dalam permainan hoki.
A Dalam C Antara
B Terhadap D Tentang

Pilih jawapan yang betul.

1. Devi suka rambutan. (pada, akan)
2. Hanim amat sayang ibunya. (kepada, untuk)
3. Kita mesti hormat ibu bapa. (terhadap,di)
4. Derma mangsa banjir sedang dipungut. (untuk,pada)
5. Hadiah ini mu. (dari,untuk)
6. Rakyat Malaysia mesti bersatu kesejahteraan negara. (terhadap,demi)
7. kepentingan bersama, marilah kita berdamai (Demi, Pada)
8. Menteri-menteri itu berbincang masalah Negara. (akan, tentang)
9. Kuih ini dibuat Nadiah. (oleh, dari)
10. Anggota kumpulan itu terpengaruh kata-kata ketua mereka. (oleh, dari)
11. Anggota-anggota polis berkawal larut malam. (hingga,daripada)
12. Midah belajar peringkat universiti. (sampai, terhadap)

Anda mungkin juga menyukai