Anda di halaman 1dari 12

Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.

a
Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
Mekkah al-Mukarramah
8 tahun sebelum hijrah:614M
Abu Bakar Abu Quhafah
Ruman binti Umairah b Amir
Muhammad b Abdullah (Rasulullah SAW)
17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
67 tahun
al-Baqi, Madinah al-Munawwarah

SIFAT MULIA
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg
dalam terhadap ilmu
Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya semata-mata
membantu orang lain.
Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan
berani menegakkan kebenaran.
Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak pernah mengeluh walau menempuh pelbagai
cabaran. Cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan
seperti fitnah dalam peristiwa selepas perang bani
mustaliq

TAFSIR AL-QURAN:
-Memperkaya bidang tafsir al-quran
-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat
KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang
berkaitan dengan kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah dlm
beberapa peperangan menentang musuh
HADIS :
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah .

Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa
Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa
cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai
terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus
terang,

Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku
tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali
ketika aku bersama Aisyah.

Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin mendengarkan
penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu
sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa
pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi
ditimbulkan setelah itu.
"Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu
dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang
didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan
dibacakan sepanjang malam dan siang".[Ibnu Abbas]

Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina
melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan
Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyah radiallahu anha. Di
rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah
beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau
turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat
inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan
keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu
wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.
Terhimpun di dalam diri Aisyah radiallahu anha ilmu dan pelbagai keutamaan.
Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat,
kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan
bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah. Ini
menjadikan peribadi yang kekal diingati sepanjang sejarah kaum Muslimin,
kerana ia sesungguhnya telah meninggalkan jejak yang diberkati di dunia ini

Berkaitan dengan ketinggian ilmu beliau, tiada siapa pun dari kalangan para
sahabat dan tabiin yang mampu menyangkalnya. Abu Salamah bin
Abdurrahman misalnya, mengatakan

Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah
Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran
yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain
Aisyah

Ibn Abdil Bar turut mengatakan,

Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan
fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah.

Urwah bin Zubair juga berkata,

Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan
ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan
dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau,

Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam bidang
ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair

Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah
berkata,

Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan
kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya.

Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan,

Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid
Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang
handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak
meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa
Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah
Ibn Masud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau
juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah
yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum
Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis
dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang
kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih
Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya
sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54
buah dan 69 buah hadis.

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar
untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin
Mutal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi
bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun
suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai
dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya
Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di
sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-
lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-
kata yang terbit dari lisannya,

Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah
berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak
mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah
yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada
Rasulullah.
Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal
di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat
usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di
pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin
Malik dengan perkataan beliau,

Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya
menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air
yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin
yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air
tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan
bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri
mendekati barisan hadapan para mujahidin.
Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan
dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan
ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang
sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal
dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau
kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan
ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya
walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera
disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran
kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan
seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa
meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara
beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai