Anda di halaman 1dari 6

NAMA : _________________________________________________

SULIT
Bahasa
Melayu
SK. KAMPONG JAYA
SETIU, TERENGGANU.
_____________________________
Mei
2014
1 Jam UJIAN MEI 2014

BAHASA MALAYSIA
TAHUN 3
Satu Jam



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi soalan yang pelbagai jenis.
2.. Jawab semua soalan.
3. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tuliskan atau tandakan jawapan yang baharu.


Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak








A. Soalan 1 hingga Soalan 10
Baca dan bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit rumput.
A gergaji C parang
B cangkul D sabit


Soalan 2 berdasarkan Gambar 1








Gambar 1


2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada para
penumpang.
A Jurujual C Hartawan
B Pramugari D Seniman


3. Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat penanya.
A pada C dari
B dengan D daripada


4. Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini.
A apa-apa C mana-mana
B siapa-siapa D dari-dari


5. Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti selama
dua minggu.
A terangkat C mengangkat
B berangkat D diangkat

B. Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing.
Abu dan ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia
belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai
pancing semuanya dia tahu.
Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka.
Asyik berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat.
Abu terus memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu
menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.
Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar
setelah dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi
pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan
pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar,
disentaknya tali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya.
Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah
yang tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya
untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut.

6 Apakah hobi Abu?
A Melancong B Berlari di pantai
C Suka memancing ikan D Suka berehat di pantai

7 Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?
A Dengan bapanya B Melalui kawannya
C Melalui pengalamannya D Kawannya yang membantu

8 Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan
ikan?
A Bimbang pancingnya patah
B Bimbang ikan akan terlepas
C Bimbang bahaya mata pancing
D Bimbang umpannya akan putus

9 Maksud disentaknya ialah
A tarik perlahan. B lepas secara perlahan.
C ditariknya dengan kuat. D dirampas dengan cepat.

10 Apakah pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Abu?
A Taat itu baik
B Sabar itu iman
C Takut dapat memberi kejayaan
D Gopoh boleh memberi bencana
( / 10 markah)

C. Gariskan perkataan yang paling sesuai dalam kurungan untuk melengkapkan
karangan di bawah ini.
HOBI SAYA

Setiap ( anggota / orang) ada hobi. Hobi saya ialah (membaca /menulis)
buku. Saya dapat banyak faedah (untuk/ dengan) membaca. Saya membaca buku
pada masa (senang/ lapang).

Membaca (menambahkan/menyebabkan) ilmu pengetahuan saya. Saya
selalu (mengambil/ meminjam) buku dari pusat sumber sekolah. (Kamu/Saya)
meminjam buku-buku seperti buku rujukan sejarah,cerita dan lain-lain.

(Tabiat /Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya
dapat (mengajar /mempelajari) istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak
membantu dalam (pengajaran/ pelajaran) saya. Saya dapat mengulang kaji
pelajaran dengan (singkat/ senang). Saya akan mengamalkan hobi ini untuk
selama-lamanya

( / 10 markah)


D. Bina lima ayat berpandukan gambar di bawah.




1. Keluarga Encik Ali sedang berkelah ____________________
_______________________________________________.


2. Encik Ali sedang berehat di tepi _______________________
_______________________________________________.


3. Beberapa orang budak sedang ________________________
_______________________________________________.


4. Hasnul dan kawan-kawannya sedang ___________________
_______________________________________________.


5. Sebuah kapal layar yang berwarna-warni sedang __________
______________________________________________.


( / 10 markah)
C. Pilih dan isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1. Badrul ______________________ (sambil/ dan) Ah Meng bermain bola.

2. Tinakaran budak pandai _______________ (tetapi / lalu) nakal.

3. Kamu hendak makan mee _______________ (atau / kerana) nasi lemak?

4. Harini tidak pergi ke sekolah ______________ (supaya / kerana) sakit
kepala.

5. Safi mengambil sepotong kek ______________ ( lalu / sambil) menyuapkan
ke mulut adiknya.
( / 10 markah)

D. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Bagaimanakah Siapakah Bilakah Di Berapakah Apakah

1. _______________________ harga pensil 2B ini?

2. _______________________ awak tinggal?

3. _______________________ awak datang ke sekolah?

4. _______________________ nama emak awak?

5. _______________________ tarikh tutup pertandingan menyanyi?
( / 10 markah)

Anda mungkin juga menyukai