Anda di halaman 1dari 25

1

KERTAS KERJA PROGRAM SAYANGI SEKOLAH



( GOTONG-ROYONG )


16 MEI 2014 (JUMAAT)

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN IBU DAN GURU,
SK SUNGAI TONG,
21500 SETIU, TERENGGANU.


2


1.0 PENDAHULUAN


Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Untuk merealisasikan matlamat
tersebut, kemantapan akidah dan social perlu diperkukuhkan dengan sebaik-baiknya
dan diseimbangkan dengan kecemerlangan akademik. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti gotong-royong yang bertemakan Sekolah Penyayang. Aktiviti
ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang sikap
untuk menyayangi sekolah dan menjaganya. Antara aktiviti yang dirangka akan
dilaksanakan meliputi aspek menanam pokok bunga, membina Taman Matematik dan
Pusat Sumber, menceriakan Pusat Sumber, membaiki tangga dan membina pentas
baharu di dalam dewan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta bersih di kawasan sekolah.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai nilai-nilai murni hidup yang
maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar,
ibubapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan penglibatan semua pihak dalam program gotong-royong.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.





3

3.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 16 Mei 2014 ( Jumaat)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu.
Masa : 8.00 pagi 12.30 tengahari
Sasaran : Murid Tahun 6 dan Ahli PIBG SKTG
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Membina Taman Herba Kelab Matematik dan Pusat Sumber
Menanam beberapa pasu pokok herba
Menyusun batu bata untuk membuat langskap

4.2 Membina pentas di dalam dewan sekolah
Membina pentas simen menggantkan pentas lama.

4.3 Membaik pulih tangga
Membaik pulih tangga yang menghala ke Pra sekolah.

4.4 Menceriakan Pusat Sumber
Menggantung bahan-bahan baharu dan mencari bahan dalam surat
khabar.









4

5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
HJH FATIMAH BT EMBONG (GURU BESAR)

PENASIHAT
EN. ZAID B AWANG (GPK HEM)

TIMBALAN PENASIHAT
PN. JUNIDAH BT SAID (GPK KURIKULUM)
PN. ZALATI BT ABDULLAH ( GPK KOKURIKULUM)

PENGERUSI
PN. NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD

SETIAUSAHA
CIK NUR AZHANI AZEZAN

6.0 JAWATANKUASA KERJA
PENDAFTARAN
EN. MOHD ZORAIDI ABD.WAHAB
EN. MD.RAHIMI B KAMARU AL SALAM

PONDOK LAMA
EN. SYAZANI AMIN B MD.NOOR
EN. FAHAMI B RAZAK
EN. DALI MOKHTAR B SALLEH


5

TAMAN HERBA
PN. NOR SURIANI BT ABDULLAH
CIK NUR YUZAINI YUSOF

PENTAS DEWAN
YM SYED AHMAD SYAUQI B SYED ABDULLAH
EN. MOHD RAZIFUDIN B CHE MUDA
PEKERJA SEKOLAH


MAKANAN DAN MINUMAN
PN. ZALATI BT ABDULLAH
PN. NORJANNAH MOHAMAD

DOKUMENTASI
PN.NORAINI BT CHE EMBONG
CIK WAN SABARIAH BT WAN ISMAIL
PN. NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD

BAIK PULIH TANGGA
EN. RAHMAN B SAHAK
EN MANSUR B TALIB
PEKERJA SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
PN NORJANNAH BT MOHAMAD
PN. HJH ZURAIDAH ABD RAHMAN
6

Bidang Tugas Ahlijawatankuasa :

Urusetia/pendaftaran
1. Mendaftar penyertaan peserta.
2. Menyediakan aktiviti/kumpulan tugasan
3. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual.
4. Mencatat nama pelawat/ ibubapa / peserta gotong-royong.
5. Menyenaraikan nama peserta.
Tapak dan Logistik
1. Mengenalpasti tempat dan kawasan untuk di selenggara.
2. Membahagi kawasan mengikut unit.
3. Memastikan semua peralatan untuk gotong royong mencukupi
4. Menyediakan peralatan sukaneka.
Kawalan dan Keselamatan
1. Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan semasa gotong-royong
2. Mengawal disiplin dan keselamatan peserta gotong-royong
3. Menguruskan kawalan keluar masuk tempat aktiviti
4. Memastikan peserta sentiasa dalam keadaan terkawal
Makanan
1. Menyediakan makanan
2. Mengawal tugasan mengagihkan makanan kepada peserta.
3. Memastikan makanan mencukupi.
Dokumentasi
1. Menyediakan pamphlet kepada peserta gotong-royong
2. Mengambil gambar dan video yang bersesuaian
3. Melapor secara bertulis aktiviti yang dijalankan





7

7.0 TENTATIF PROGRAM/MASA AKTIVITI

8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
8.15 pagi Ucapan alu-aluan Guru Besar
8.30 pagi Taklimat : Agihan peralatan dan agihan tugas
9.00 pagi Beredar ke tempat gotong royong
9.30 pagi Gotongroyong bermula
10.30 pagi Rehat ( Kudapan )
12.30 tghari Makan tengahari dan majlis bersurai

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

MAKAN MINUM :

BIL

PERKARA

BILANGAN

JUMLAH

1.

a) Kudapan

Pulut Kelapa

Minuman



50 orang murid X RM
2.00

50 orang murid X RM
1.00



RM 100.00

RM 50.00


JUMLAH

RM 150.00


8


PERALATAN :

BIL

PERALATAN

HARGA SEUNIT

KUANTITI
DIPERLUKAN

HARGA
1 Simen RM 20.00 3 unit RM 60.00
2 Pasu RM 5.00 5 unit RM 25.00
3 Pasir RM 6.00 5 unit RM 30.00
4 Batu bata RM 1.00 100 unit RM 100.00
5 Lain-lain RM 4.00 5 unit RM 20.00

JUMLAH

RM 235.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN :
Jumlah makan minum + jumlah peralatan = RM 150.00 + RM 175.00
= RM 385.00








9

9.0 KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat meningkatkan kesedaran di
kalangan murid tentang kepentingan menjaga dan menghargai keceriaan dan
kebersihan kawasan sekolah. Bagi menjayakan program besar seperti ini , penglibatan
ibu bapa amatlah penting untuk memberikan impak yang baik.

Disediakan Oleh,
.................................................
(NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD)
Pengerusi Program,
Program Gotong Royong Perdana, SK SG.TONG.

Disemak Oleh,

.................................................
( )
GPK HEM,
SK SUNGAI TONG.

Disahkan Oleh,

.................................................
( )
GURU BESAR,
SK SUNGAI TONG.

10

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG
( SEKOLAH PENYAYANG)
PADA 16 MEI 2014

Pada 16 Mei 2014 (Jumaat), telah diadakan satu program gotong-royong
menceriakan beberapa tempat dan membaik pulih tangga dan pentas di dewan sekolah.
Aktiviti gotong-royong ini diadakan selama 1 hari bermula jam 7.45 pagi sehingga 12.30
tengahari. Jumlah murid yang terlibat dalam program gotong-royong pada kali ini adalah
seramai 36 orang pelajar yang terdiri daripada 13 murid lelaki dan 23 murid perempuan
Tahun 6. Namun, terdapat 4 orang murid tidak hadir semasa program diadakan. Jumlah
guru yang terlibat pula adalah seramai 20 orang dengan dibantu oleh 4 orang pekerja
dan 20 orang ahli PIBG SK Sungai Tong.





Pada jam 7.30 pagi, murid-murid tahun 6 mula berkumpul di kantin untuk sesi
pendaftaran. Mereka juga telah diberi taklimat tentang perjalanan aktiviti gotong- royong
oleh En Zaid b Mohammad.
11

dan pengagihan alatan dan barangan Murid-murid juga telah diagihkan kepada
beberapa kumpulan dan agihan tugas turut dilaksanakan.












Pada pukul 8.00 pagi, peserta beredar ke kawasan yang telah ditetapkan oleh
pengerusi. Sementara itu, beberapa pekerja sekolah dan AJK yang terlibat mengambil
kesempatan untuk menyediakan peralatan untuk bergotong-royong.
Salah seorang peserta ahli PIBG
mendaftar di Pusat Sumber.
12

Pada jam 9.00 pagi,, aktiviti gotong-royong dimulakan di setiap venue. Masing-
masing mengambil tempat yang sesuai untuk menjalankan kerja. Kawasan pertama
yang ditinjau ialah Pembinaan Taman Herba Matematik dan Pusat Sumber. Beberapa
orang guru dan murid telah berada di situ untuk memulakan tugas. Tanah diisi ke dalam
pasu dan menyemai anak benih seperti kadok, serai wangi, aloe vera dan kesum.












Proses mengisi tanah, menanam anak benih oleh murid dan guru.
13

Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Junidah Said juga bersama-sama turun
padang menyertai gotong-royong kali ini. Mereka menanam pokok bunga loceng di
dalam tapak yang disediakan.












Bagi Ahli Jawatan Kuasa bahagian makanan, mereka bertungkus lumus
menyediakan pulut bersama kelapa dan ikan masin kepada para peserta gotong royong.
Tinjauan yang dibuat menunjukkan kaum ibu yang hadir menunjukkan tahap komitmen
yang tinggi. Mereka bersama-sama guru bertugas Berjaya menyediakan juadah dan
14

minuman dalam masa yang sepatutnya. Para peserta dapat menjamu selera juadah
yang disediakan.






15

Dalam masa yang sama, terdapat kumpulan yang menjalankan gotong royong di
Pusat Sumber sekolah.














16

Pengemasan yang dilakukan di Pusat Sumber berjalan lancar dengan diketuai oleh
pengerusinya iaitu Pn Norjannah bt Mohammed. Pustakawan SK Sungai Tong 2014
dan kaum ibu juga hadir untuk menggembbleng tenaga bagi menceriakan perpustakaan.
Mereka menggantung kad-kad perkataan, menggunting artikel dalam surat khabar dan
menyusun serta mengasingkan buku-buku yang perlu dilupuskan.










Bagi mereka yang mempunyai daya kreativiti, mereka ditugaskan untuk
menggubah bunga hiasan. Gubahan-gubahan tesebut akan diletakkan di sudut-sudut
yang sesuai di Pusat Sumber .
17

Sekolah Kebangsaan Sungai Tong adalah sekolah terawal yang ditubuhkan di
kawasan tersebut, sudah banyak kemudahan asas yang sudah rosak dan perlu dibaik
pulih. Slah satu tempat yang diberi keutamaan pada gotong royong kali ini ialah anak
tangga menuju ke kelas pra sekolah. Pihak sekolah telah mengeluarkan sedikit
perbelanjaan untuk membaik pulih anak tangga tersebut.







Salah seorang penjaga mengetuk bahagian anak tangga yang perlu dibaiki.




Kumpulan membaiki anak
tangga menyusun batu bata.
18

Gotong-royong di bahagian pentas dewan SK Sungai Tong juga berjalan lancar.
Para ahli sentiasa bekerja keras dan menggembleng tenaga sebaik mungkin.
Sebahagian daripada mereka bekerja di bahagian luar iaitu membancuh simen dan
menghantar batu bata ke dalam dewan.









Kumpulan bapa dan warga sekolah yang turut serta dalam bahagian ini bertugas
untuk membentuk pentas dan mengemaskannya. Walau pun kerja-kerja ini perlu
dilakukan oleh tenaga yang mahir, namun hasil kerjasama dan persefahaman yang
ditunjukkan oleh para guru, AJK PIBG dan ibu bapa telah berjaya mewujudkan satu
pentas yang agak sempurna di dalam dewan.
19

Setiap peserta yang terlibat dalam program ini telah berhenti rehat pada pukul
12.30 tengah hari serta memjamah sedikit juadah yang telah disediakan oleh AJK
makanan. Mereka dijamu dengan air sirap serta pulut gaul kelapa ikan masin. Masing-
masing telah makan dengan begitu berselera dan berpeluang untuk bertukar-tukar
pendapat apa yang perlu ditingkatkan dalam setiap kawasan gotong royong.







Kami bersurai pada pukul 1.00 tengah hari.



20


Laporan disediakan Oleh :

.................................................
(NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD)
Pengerusi program,
Program Gotong Royong Perdana, SK SG.TONG.


Disahkan oleh :


.
(HJH FATIMAH BT EMBONG)
Guru Besar,
SK Sungai Tong, Trg.




















21

REFLEKSI


Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpahnya saya dapat menyiapkan kerja kursus
BIG ini sepertimana tempoh yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih juga saya
hulurkan kepada Pensyarah pembimbing yang juga merupakan Tutor kelas MTE (E)
Pn.Norizah Bt Ahmad kerana banyak menyumbangkan idea dan tunjuk ajar sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana telah
mengurniakan kesempatan waktu untuk saya sama-sama menjayakan program ini
bersama-sama pihak sekolah. Meneliti tajuk tugasan memberikan kefahaman kepada
saya mengenai kehendak soalan yang memerlukan saya mengadakan satu aktiviti
kemasyarakatan. Secara kebetulannya Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah
merancang satu program Sayangi Sekolah . Melalui program ini pihak sekolah dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti
gotong royong membersihkan sekolah.

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib
disempurnakan oleh semua guru yang mengikuti Program PPG. Program ini bertujuan
untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan etika keguruan . Pelajar dapat
membina pemikiran positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.
Justeru itu, fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sikap-sikap
yang harus dimiliki oleh seorang guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan
memupuk semangat keguruan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai
bakal pembentuk penjana negara masa hadapan.



22

Sebelum

Sebelum memulakan tugasan saya telah memilih satu tarikh untuk mengadakan
mesyuarat bagi melicinkan perjalanan program. Ahli mesyuarat telah memutuskan untuk
mengadakan program gotong royong dengan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru. Pada 16 Mac 2014 iaitu hari Ahad Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah
mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan dengan program
gotong royong ini. Dalam perbincangan ini ahli mesyuarat telah bersetuju untuk memilih
tarikh 16 Mei iaitu pada hari jumaat sebagai hari gotong royong yang melibatkan semua
guru dan ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Sungai Tong.
Pengagihan tugas juga telah ditetapkan dalam mesyuarat ini bagi memastikan
program yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik. Pada hari gotong royong
tersebut beberapa aktiviti telah dicadangkan iaitu, membina Taman Herba, Taman
Matematik dan Pusat Sumber, membina pentas di dalam dewan sekolah, membaik
pulih tangga dan menceriakan Pusat Sumber.


Semasa

Tiba hari yang ditetapkan saya bersama rakan-rakan PPG yang lain iaitu
Pn.Noraini, Cik Wan Sabariah, dan Pn.Zubaini yang diamanahkan untuk melaksanakan
sesi dokumentasi telah mengagihkan tugasan kecil bagi memudahkan saya memantau
setiap aktiviti gotong royong. Saya dan rakan-rakan bergerak secara kumpulan untuk
memastikan program ini berjalan lancar. Seperti yang kita ketahui untuk menjayakan
sesuatu pogram memerlukan kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Seperi biasa
setiap aktiviti yang melibatkan masyarakat dan murid kehadiran akan direkodkan oleh
AJK Pendaftaran. Sejak awal pagi semua AJK pendaftaran bersedia dimeja di daratan
perhimpunan akan mencatat kdhadiran alhi sambil mengedarkan pamplet tentatif
program. Alhamdulillah semasa program ini dijalankan kami dapati semua pihak
23

memberikan kerjasama yang sepatutnya. Kehadiran mereka seperti yeng tertera dalam
surat jemputan. Dan saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang hadir untuk sama-
sama bergotong royong . Ada di kalangan ibu yang menyumbang tenaga dalam
menyediakan makanan untuk semua yang terlibat. Di sinilah dapat dilihat tanpa
sokongan dan kerjasama sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan baik.

Namun dalam sesuatu perkara yang dirancangkan kadangkala berlaku
kekurangan nya. Dalam program gotong royong ini saya juga dapati kekurangan tenaga
lelaki di kalangan kaum bapa menghalang untuk menyiapkan aktiviti gotong royong
seperti masa yang dikehendaki. Kekurangan tenaga di kalangan lelaki menjadikan tugas
membina pentas didewan juga agak lambat untuk disiapkan. Kerja-kerja membancuh
simen telah dilakukan oleh YDP PIBG dengan kerjasama AJK PIBG yang lain. Melalui
program seumpama ini saya juga mendapati daya kreativiti dapat dicungkil melalui
pembinaan landskap di Taman Herba, Taman Matematik dan Pusat Sumber. Masing-
masing boleh menunjukkan bakat untuk mencipta landskap yang menarik. Seperti yang
kita ketahui persekitaran sekolah yang cantik ean menarik merupakan salah satu faktor
yang membantu mendorong pelajar memperolehi ilmu dengan baik.

Jika dilihat dari sudut lain program gotong royong ini secara tidak langsung dapat
mempereratkan silaturahim sesama masyarat dan warga sekolah. Ini dapat dilihat
semasa gotong royong pentas sekolah. Ramai dikalangan ibu bapa yang terlibat dalam
membina pentas yang berlantaikan simen menggantikan pentas lama. Kerja-kerja
membancuh simen dilakukan oleh para bapa yang berpengalaman.

Kami menyusuri pula ke Pusat Sumber bagi memastikan kerra-kerja menceriakan
Pusat Sumber berjalan dengan lancar. Murid-murid kelihatan sedang membantu para
guru menggunting kertas dan menggantung bahan-bahan baharu untuk rujukan murid.
Memandangkan Sekolah Sungai Tong ini bukanlah sekolah yang mempunyai bangunan
yang baru, sudah pasti kami perlu kreatif dalam menceriakan Pusat Sumber. Dengan
adanya aktiviti ini kami dapat rasakan seakan ada satu ikatan persaudaraan yang rapat
24

antara guru-guru , AJK PIBG dan Ibu bapa. Disinlah kekuatan yang dapat kami rasai
sepanjang berlangsungnya program ini.

Tepat pukul 10.30 pagi, kami berehat seketika untuk melepaskan penat lelah
setelah seharian bertungkus lumus menceriakan kawasan sekolah ini. Alhamdulillah
hasilnya amat menyeronokkan sekalipun badan masing-masing bermandikan peluh.
Kami sempat membasahkan tekak yang haus untuk seketika. Setelah berehat hampir
setengah jam , kami menyambung semula tugasan yang masih terbengkalai. Muri-murid
tidak jemu membantu guru menceriakan pusat sumber dengan menampal gambar-
gambar dan menggantung perhiasan. Pada pukul 1 tengahari masing-masing telah
berkumpul di pondok menunggu untuk sama-sama menikmati jamuan tengahari . Pulut
berlaukkan ikan rebus goreng menjadi menu kami pada hari tersebut. Masing-masing
makan dengan penuh selera. Suasana pada hari itu cukup meriah dan kami dapat
rasakan kepuasan apabila melihat hasil penat lelah semua yang terlibat pada hari ini.
Dengan selesainya aktiviti kemasyarakatan pada hari ini banyak kebaikan yang kami
dapat antaranya dapat menambahkan keceriaan sekolah di samping mengeratkan
silaturrahim dilkalangan ibu bapa dan PIBG.

Selepas
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah Taala kerana segala tugasan dan
tanggungjawab yang diamanahkan dapat saya dilaksanakan dengan penuh rasa
tanggungjawab yang tulus ikhlas kerana Allah. Semoga aktiviti ini akan dapat saya
laksanakan pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program pada kali ini Insyaallah apa yang kita laksanakan pada hari ini
dapat dimanafaat oleh semua.
Secara kesimpulannya, dalam persiapan menjadi seorang guru lebih yang
cemerlang saya perlu menguasai pelbagai kemahiran bukan sahaja dalam pengajaran
tetapi juga dalam menonjolkan bakat kesenian yang ada dalam diri.
Sekian Wassalam.
25

Anda mungkin juga menyukai