Anda di halaman 1dari 2

Semantik merupakan satu bidang yang mempelajari tentang makna.

Semantik atau
kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada
struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan
antropologi. Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa
Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula,
secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna
perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat
diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat
diteliti dari aspek-aspek seperti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna,
perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik
dalam nahu. Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistic bagi
kata, frasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi
leksikal dan konteks.
Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa
(Kamus Linguistik ,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin. Abdul Razak,2003)
Menurut J.W.W Verhaar (1996:284), semantik adalah cabang linguistik yang akan
membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984 : 284) mendefinisikan
semantik sebagai bidang kajian linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah
makna bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna perkataan
dan penambahan makna kata. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk
linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak
balas yang dijangkakan daripada pendengar.
Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16
pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok,
kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan.
Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantic
adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata
bagaimana asal mulanya bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab
terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.
Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-
tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam
bahasa.

Anda mungkin juga menyukai