Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG Fasa II

Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dapat saya
berjaya menjalani Program BIG Fasa II- Ceramah dan Bengkel dengan para guru
pelatih dari PISMP Sem 5. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak institut yang memberikan peluang kepada kami untuk menjalani Program BIG
dalam bentuk ceramah ini. Sebenarnya, program ini telah melalui banyak liku-liku
semasa perancangan masa. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut, semua guru
pelatih dari PISMP Sem 5 sedang menjalani praktikum di sekolah. Namun, bagi
menjayakan program ini, semua guru pelatih masih memberikan kerjasama
sepenuhnya untuk menghadirkan diri dalam ceramah tersebut.
Dalam BIG pada kali ini, ceramah tersebut amat penting untuk segala guru
pelatih kerana kesemuanya adalah berkaitan dengan guru dan perundangan
sebagaimana yang dinyatakan dalam tajuk ceramah iaitu Guru dan Perundangan
dan Akta 550 (1996) yang disampaikan oleh En. Mohd Amin bin Said. Satu lagi slot
ceramah telah pun disampaikan oleh Pn. Rosmah binti Hj Ramli di mana tajuk
ceramah beliau adalah Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan. Slot
yang terakhir pula diakhiri dengan ceramah En. Zelkepli bin Sharom dengan tajuk
Peranan dan fungsi JPN dan Sektor-sektor:PPD serta PKG.
Ceramah ini adalah amat dominan bagi seseorang guru. Hal ini demikian
kerana ceramah ini memberi pendedahan kepada semua guru pelatih mengenai
betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru
semasa di sekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat
beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah.
Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri
sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan
kepada saya supaya dapat mengenalpasti tugas seseorang guru dan apa yang guru
tidak boleh lakukan.
Melalui penerangan daripada En Mohd Amin, barulah saya sedar bahawa
setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan.
Perkara yang paling saya ingati adalah guru harus membayar RM1650 kerana
menampar murid. Itu adalah keputusan mahkamah atas tindakan kasar guru. Selain
itu, guru akan didenda RM5000 atau penjara 3 bulan sekiranya mengajar tidak
mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Bagi saya. guru
haruslah menggunakan pendekatan selain daripada kekerasan untuk mendidik
murid. Kekerasanhanya akan membuatkan murid memberontak dan tidak
mendengar kata guru.
Dalam slot yang seterusnya, ceramah ini diteruskan oleh Pn. Rosmah.
Sebenarnya, walaupun sudah berada di IPG selama 4 tahun, namun saya masih
berasa keliru terhadap gaji yang akan diterima semasa berkhidmat menjadi seorang
guru. Hal ini merupakan satu kelemahan yang saya dapati pada diri saya. Oleh itu,
saya berpeluang untuk memahami secara lebih lanjut mengenai skim gaji bagi
seseorang guru. Selain itu, saya turut lebih memahami mengenai peranan dan
fungsi Jabatan Pendidikan Negara dan sektor-sektor yang disampaikan oleh En.
Zelkepli. Hal ini telah dapat dijadikan sebagai rujukan pada masa depan.
Melalui ceramah ini, saya amat bersyukur kerana di[ilih menjadi seorang
bakal guru yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda perguruan dengan gred
DG41 apabila menjadi seorang guru. Berbanding dengan generasi muda yang
berasal dari universiti dan mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda, saya amat
bertuah kerana gaji pokok dan elaun saya adalah hampir RM3000 berbanding
dengan mereka. Kadang-kala, jumlah gaji mereka hanya lebih kurang RM 2000.
Maka, saya haruslah lebih berusaha dan bergiat dalam bidang pendidikan agar
membantu negara kita untuk mendidik bakal tonggak negara yang berguna.
Melalui BIG Fasa II ini, saya berasa bahawa kekuatan saya adalah mencatat
segala maklumat yang diberikan dalam ceramah tersebut. Kesemua catatan akan
dapat membantu saya dan dijadikan pedoman untuk saya semasa berkhidmat di
sekolah nanti. Ceramah ini juga membentuk sahsiah yang baik pada diri saya serta
mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi seseorang guru.
Di samping itu, semasa menjalani kerja amal pada akhir program, saya juga
berpeluang untuk bekerjasama dengan guru pelatih dari opsyen lain semasa
mengemas kerusi dan membersihkan dewan. Bak kata pepatah Melayu, bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Melalui kerja amal, saya sedar
bahawa kerjasama amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Jadi, prinsip
ini harus dipegang oleh setiap guru pelatih dari semasa ke semasa.
Semasa ceramah diberikan, setiap guru pelatih berasa agak penat kerana
kami telah menghadiri kursus lain selepas praktikum di sekolah. Walau
bagaimanapun, program ini masih berjalan dengan sempurna kerana setiap guru
pelatih masih sudi untuk memberikan tumpuan kepada penceramah dan melibatkan
diri dalam semua aktiviti. Melalui program BIG pada kali ini, saya sedar bahawa
seseorang guru harus tidak mudah berputus asa dalam kehidupan dan sentiasa
bertekad untuk melakukan sesuatu tidak kira berlakunya apa-apa cabaran yang
menyusahkan diri. Cabaran-cabaran ini akan menyebabkan kami sebagai seorang
guru lebih matang dan rasional dalam menangani sebarang masalah yang timbul
secara tiba-tiba.
Sebagai menggulung, walaupun program BIG Fasa II Semester 5 ini hanya
dijalankan dalam masa beberapa jam, namun saya telah banyak memperoleh
manfaat daripadanya terutamanya yang berkaitan dengan guru dan perundangan.
Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada pihak institut yang telah menganjur
program ini serta pihak-pihak yang terlibat kerana berjaya melancarkan program ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai