Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN ISL MINGGU 14

LAPORAN RINGKAS TENTANG CABARAN GLOBALISASI SERTA


IMPLIKASI KEPADA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan
ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh
rakyat Malaysia. Negara Barat telah membawa masuk pengaruh dari segi ideologi,
budaya negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi serta sistem politik yang
dianggap terbaik bagi semua manusia. Orang barat mempunyai pemikiran bahawa
mereka adalah lebih bertamadun dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan negara-negara timur dengan idea-idea mereka.
Selain daripada itu, negara barat juga mengeksploitasikan sumber manusia
atau bahan mentah yang terdapat di negara timur. Ini jelas dilihat dari sejarah
Malaysia semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Upahan
pekerja-pekerja dari negara India dan China oleh kerajaan British untuk mengumpul
bahan-bahan mentah bagi memenuhi keperluan perindustrian semasa Zaman
Revolusi.
Globalisasi merupakan satu faktor perubah budaya yang amat kuat dan
pantas. Jika tidak dikawal, maka gejala ini akan mengakibatkan lenyapkan nilai luhur
serta tradisi Timur dan pemikiran Barat akan diterima secara perlahan-lahan ke
dalam masyarakat tempatan. Hal ini dapat menghalang pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa Malaysia.
Akibat daripada globalisasi, hubungan etnik di negara kita akan dijejaskan.
Pembentukan semangat perkauman yang mendalam atau semangat etnosentrisme
yang tinggi akan menyebabkan tiada pergaulan di antara kaum dengan kaum yang
lain. Situasi ini akan menimbulkan perasaan prasangka di mana keadaan ini mudah
tercetusnya peristiwa rusuhan kaum atau konflik kaum yang serius. Kejadian ini pasti
akan membawa kesan buruk kepada hubungan etnik, perpaduan rakyat serta
integrasi nasional negara kita.
Oleh itu, amatlah penting bagi setiap individu di Malaysia untuk
menyesuaikan diri dalam trend globalisasi dan mengelakkan diri kita daripada dijejas
oleh pengaruh Barat yang negatif. Semangat patriotisme perlu ditingkatkan bagi
membina satu identiti yang tersendiri yang dapat mewakili bangsa Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai