Anda di halaman 1dari 3

B) PERATURAN PERPUSTAKAAN

Peraturan 1

1. Semua pelajar dan guru dibenarkan masuk pada masa-
masa yang telah ditetapkan
2. Sila daftar masuk perpustakaan menggunakan KAD AHLI
masing-masing
3. Pelajar yang masuk pada waktu P&P hendaklah dengan
pengawasan guru mata pelajaran.
4. Tempahan dilakukan oleh guru m/p sehari sebelum
masuk perpustakaan
5. Aktiviti di perpustakaan pada waktu P&P ialah guru
memantau pelajar melakukan
RUJUKAN mata pelajaran @ program NILAM sahaja ( P&P
tidak dibenarkan )
6. Gunakan kemudahan-kemudahan dalam perpustakaan
dengan cermat
7. Sila baca majalah dan surat khabar di ruangan yang
disediakan sahaja
8. Perpustakaan adalah 'zon larangan bising'.
9. Sila senyap semasa berada dalam perpustakaan.

Peraturan 2

PELAJAR TIDAK DIBENARKAN
1. Membawa masuk beg, makanan dan minuman ke
perpustakaan
2. Berbual, bergurau dan tidur dalam perpustakaan
3. Duduk berpasangan yang berlainan jantina
4. Menggunting buku, majalah dan surat khabar
5. Menconteng sebarang bahan bacaan, peralatan, meja dan
dinding perpustakaan
6. Membawa keluar sebarang bahan bacaan tanpa kebenaran

PELAJAR DIWAJIBKAN
1. Mendaftar masuk dengan menunjukkan kad ahli di kaunter
PSS
2. Berpakaian kemas dan sesuai semasa berada dalam
perpustakaan
3. Meletakkan semula bahan bacaan di tempat asalnya
mengikut kategori yang betul.
4. Menyusun semula kerusi yang telah digunakan dengan
kemas.
5. Mematuhi peraturan pinjaman dan pemulangan buku yang
telah ditetapkan
(sila rujuk peraturan pinjaman dan pemulanga)
6. Meninggalkan perpustakaan dengan segera mengikut waktu
yang telah ditetapkan.
7. Mematuhi teguran dan arahan guru, pembantu PSS atau
pengawas perpustakaan bertugas.


C) PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

1. Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Segamat dibenarkan
dan digalakkan meminjam bahan bacaan daripada
perpustakaan.

2. Masa proses peminjaman dan pemulangan bagi pelajar
adalah pada
waktu rehat dan waktu prep, manakala bagi guru dan staf
sokongan adalah
sepanjang masa waktu perkhidmatan perpustakaan.

3. Semua buku yang bertanda merah adalah untuk rujukan
dalam perpustakaan
sahaja dan tidak dibenarkan pinjam.

4. Semua proses peminjaman atau pemulangan mestilah
melalui pembantu
perpustakaan atau pustakawan yang bertugas pada waktu
tersebut.

5. Jumlah buku dibenarkan pinjam pada satu-satu masa ialah 3
buah
bagi pelajar dan 5 buah bagi guru.

6. Tempoh pinjaman bagi pelajar ialah tidak melebihi daripada
7 hari
dari tarikh peminjaman, manakala bagi guru tidak melebihi
14 hari.

7. Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang
ditetapkan akan
dikenakan bayaran denda RM 0.20 sehari.

8. Peminjam dikehendaki menunjukkan buku yang dipinjam
kepada petugas di
kaunter sebelum meninggalkan perpustakaan.

9. Pelajar bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam
dengan baik.

10. Buku yang rosak tidak akan diterima sehingga dibuat
pemulihan oleh peminjam
atau membayar denda untuk proses penjilidan semula.

11. Buku yang hilang wajib diganti dengan buku yang sama.

12. Sekiranya tidak dapat mengganti dengan buku yang sama,
peminjam wajib
membayar mengikut harga buku yang hilang tersebut.

13. Sijil berhenti sekolah akan ditahan sehingga peminjam
memulangkan semula
atau membayar nilai harga buku yang gagal dipulangkan
kepada perpustakaan.

Anda mungkin juga menyukai