Anda di halaman 1dari 2

Mengetahui 10 Tips Mudah Berdiet

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan
anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda
mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana
graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-
minggu seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda
sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin.
Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti
minum air kosong secukupnya!, makan buah-buahan!, atau tidur 8 jam sehari!.
Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh
mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan
yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga
perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda
ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda
juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding
mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang
rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya
membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga
sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang
tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari
dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar.
Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan
kuantiti dan kalori snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan
dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah
makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca
surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti
makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan
komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang
rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga
dicadangkan menyimpan stok sugar-free chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya
apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa
anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai
rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela h

Anda mungkin juga menyukai