Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt.

Murid-murid sekalian, sebelum saya menyampaikan ceramah saya bertajuk


Faktor Penyumbang Kepada Obesiti, saya ingin bertanya kepada murid-
murid sekalian, tahu tak murid-murid apa itu obesity.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun
di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Obesiti merupakan satu penyakit
kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :

1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya

Murid-murid,
Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk
menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk
sebagai simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut
akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi
oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah
psikologi berkaitan dengan kegemukan.


Murid-murid sekalian,
Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.

Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari
keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.

Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa
mengalami masalah berat badan.

Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.

Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki
anak-anak yang gemuk juga.

Murid-murid,
Faktor Pemakanan merupakan factor seterusnya.
Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga.
Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari
sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya
sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh
itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat
air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot,
badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot
sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.


Murid-murid,
Faktor Penggunaan Tenaga juga adalah salah penyebab obesity.
Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang. Kurang
melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.
Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan
aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu
tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan
anda.

Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan.
Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat
badan anda akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti
lebih mudah untuk mendapat obesiti.

Akhir sekali, Faktor Budaya Makan Malam
Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu
malam. Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang
menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.


Namun, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan lemak lebih
mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi
kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati
(300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan juga pemakanan yang
seimbang bagi mengelakkan berlakunya obesity di kalangan pelajar sekolah.
Sekian wassalam.

Anda mungkin juga menyukai