Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN KEM BERSEPADU 2012 SK ST TERESA, SERIAN

Pengenalan
Kem Bersepadu 2012 dianjurkan secara gabungan Unit Ko-Kurikulum SK St Teresa,
Serian dengan pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dari Institut
Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching (IPGBL) serta Institut Pendidikan Guru Tun
Abdul Razak, Kota Samarahan (IPGTAR). Kem ini dikendalikan secara bergabung
disebabkan oleh beberapa sebab seperti berikut:
1. Memandangkan terdapat seorang guru yang mengikuti program ini di IPGBL
turut mengajar di SK St Teresa Serian beserta rakannya yang lain dari SK
Serian, SK Riih Daso, SK St Nobert Paon Gahat, SK Gawang Empili,
Simunjan dan SK St James Quop Padawan maka saya telah bersetuju untuk
mengendalikan program ini bersam-sama kerana mereka diminta untuk
menghantar laporan BIG mereka pada 10 Oktober 2012.

2. Unit Ko-Kurikulum SK St Teresa, Serian sememangnya akan mengadakan
kem bersepadu Unit Beruniform pada masa yang terdekat ini.
Memandangkan saya adalah guru penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia dan
CIkgu Jonathan (pelajar IPGTAR) adalah guru penasihat Pengakap
merangkap Penolong Ko-kurikulum di sekolah ini,maka kami mengambil
kesempatan ini untuk menjayakan projek ini secara gabungan untuk
menjimatkan masa, tenaga kerja serta kos pengendalian kem .
Kem ini menelan belanja lebih daripada RM1,000.00 dan sumber kewangannya
adalah dari yuran peserta, yuran guru serta peruntukan unit ko-kurikulum. Pada
awalnya, saya selaku Penyelaras Kem merasa bimbang kami tidak akan mendapat
dana yang mencukupi untuk mengendalikan kem ini. Walaubagaimanapun,
semuanya adalah mencukupi. Wang yang terkumpul digunakan untuk membeli
barang-barang dapur untuk masakan rimba, sarapan pagi dan tea break peserta.
Kem ini telah disertai seramai 65 orang peserta masing-masingnya dari SK
St. Teresa, SK Riih Daso, SK St.Nobert paon Gahat, SK Gawanag Empili Simunjan
dan SK St.James Quop Padawan. Semua peserta telah melapor diri pada jam 8.00
pagi pada 5 Oktober 2012 dan balik pada jam 10.30 pagi pada 6 Oktober, 2012.
Saya telah menyediakan kertas kerja kem ini dan mengambil masa selama
dua minggu untuk menyiapkan segala persiapan. Saya merasa telalu letih dan
tertekan ketika menyiapkan kertas kerja ini kerana belum ada pengalaman yang
melibatkan guru dan pelajar dari sekolah yang berlainan daerah. Namun segala
masalah ini telah kami atasi dan akhirnya kem ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Sepanjang masa perkhemahan,saya dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang
telah diadakan. Ini adalah kerana sebagai Penyelaras Kem, saya harus memastikan
segala yang dirancangkan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Lagi pun saya
juga harus menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya untuk para
peserta kem mengikut jadual yang telah disediakan. Kerana saya amat
mementingkan kebajikan para peserta kem dan saya merasa bertanggungjawab
terhadap keselesaan para peserta sepanjang perkhemahan dijalankan. Segala
aktiviti yang telah diracangkan adalah mengikut persetujuan bersama dalam
mesyuarat kem serta perbincangan dengan rakan-rakan setugas. Walaubagaimana
pun, saya ingin memohon maaf kepada semua peserta jika terdapat sebarang
kelemahan dari segi pengelolaan kem ini.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar
SK St Teresa, Serian kerana telah memberi kebenaran dan kepercayaan pada kami
untuk melaksanakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Guru
Besar di sekolah-sekolah yang terlibat kerana telah memberi kebenaran dan izin
kepada rakan-rakan guru dan murid yang terlibat.






Refleksi

Kekuatan:
Semua peserta yang hadir kelihatan bersemangat dan begitu ceria sekali. Semua
sekolah yang terlibat telah tiba mengikut masa yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan telah dikendalikan dengan baik dan tidak jauh lari daripada
jadual yang ditetapkan. Peserta kelihatan agak pasif pada awalnya tetapi mereka
menjadi mesra dan saling bantu-membantu tidak lama selepas itu. Ini menunjukkan
yang mereka telah berjaya bersosial dengan sihat sesama sendiri dan guru-guru.
Para peserta juga kelihatan bersemangat dan mempunyai keinginan yang tinggi
untuk meneroka alam semulajadi dan mempelajari sesuatu kemahiran yang baru,
meskipun ramai di antara mereka tidak pernah menyertai perkhemahan sebelum ini.
Ketika aktiviti Mendirikan Khemah dan Gadjet , para peserta saling membantu
rakan-rakan yang belum mahir. Aktiviti Masakan Ala Rimba adalah aktiviti menarik
minat ramai peserta, di mana mereka telah diajar cara untuk memasak
menggunakan batang buluh dan kayu api. Ini merupakan pengalaman baru bagi
para peserta yang tinggal di bandar. Semasa Malam Persembahan pula, para
peserta kelihatan saling bekerjasama dengan ahli-ahli dalam kumpulan mereka.
Para penonton kelihatan terhibur dengan persembahan-persembahan yang
dipersembahkan.

Kelemahan :
Terdapat lebih daripada 10 orang peserta tidak mendaftar diri disebabkan oleh
masalah kesihatan dan ada juga yang ibubapanya tidak memberi kebenaran pada
saat-saat akhir. Ini telah menjejaskan jumlah peserta yang disasarkan. Selain
daripada itu, aktiviti Kembara tidak dapat dijalankan kerana hari hujan. Dalam
aktiviti Masakan Ala Rimba pula, terdapat satu kumpulan yang tidak memasak lauk
ayamnya dengan sempurna. Oleh yang demikian, para guru telah menggantikan
lauk ayam mereka dengan lauk ayam guru sendiri sebab ayam mereka masih
mentah lagi. Selepas makan malam pula, saya amat kesal apabila mendapati ada
beberapa kumpulan yang tidak membersihkan pinggan mangkuk serta meja tempat
mereka makan tidak dilap. Saya mengarahkan mereka untuk membesihkan pinggan
mangkuk , meja serta lantai bilik darjah tempat mereka makan. Saya begitu kesal
kerana perkara seperti ini tidak pernah terjadi semasa perkhemahan sebelum ini.
Selain itu, makanan yang dijanjikan dengan pembekal untuk majlis penutupan
juga lambat dihantar oleh pihak caterer. Ini menyebabkan ramai ibubapa telah
menjemput anak-anak mereka tanpa mengambil packed food tersebut terlebih
dahulu.

Kesempatan atau Peluang:
Peserta dan guru dapat bertukar-tukar fikiran dalam menghasilkan cetusan idea-idea
baru bagi memantapkan lagi jati diri semua yang menyertai kem. Kem ini juga
mencabar ketahanan mental dan fizikal semua pihak kerana kita perlu berkerja
mangikut masa dan setiap kemahiran yang diajar adalah sesuatu yang baru bagi
peserta yang tidak pernah menyertai perkhemahan sebelum ini. Saya telah
mempelajari cara mengurus sebuah perkhemahan yang melibatkan daerah dan
sekolah lain yang mencabar kecekapan pengurusan saya. Walaubagaimanapun
dengan adanya nasihat dan perbincangan dengan guru besar serta rakan-rakan
yang lain, saya dapat melaksanakan tugas saya seperti yang saya rancang dan
harapkan.
Kekangan dan Gangguan:
Kekangan yang paling ketara ialah Cuaca yang tidak mengizinkan seperti hujan
yang telah memaksa kami untuk membawa semua peserta tidur di dalam bilik darjah
dan tidak di dalam khemah. Ini telah membuat ramai peserta kecewa kerana tidak
dapat merasa tidur di dalam khemah.
Pihak Pegawai Pelajaran Daerah Serian tidak dapat menghadirkan diri kerana
mereka terlalu sibuk dengan komitmen masing-masing. Sebaliknya mereka
mewakilkan Guru Besar SK St Teresa, Serian sendiri untuk merasmikan majlis
penutupan tersebut.
Selain daripada menghadapi masalah ketika perkhemahan, saya juga
mengalami kesulitan untuk menyiapkan rakaman video saya. Ini adalah kerana
saya tidak memiliki kemudahan untuk membuat rakaman audio.
Pendaftaran
Para Peserta Kem Bersepadu 2012


Ice Breaking


Aktiviti Mendirikan Khemah dan Gadjet



Menyediakan Makanan di dapur







Masakan Ala rimba



Aktiviti Kerohanian



Malam persembahan....koir, Drama, Lakonan



Makan....makan


Majlis Penutupan Rasmi Kem Bersepadu
Penolong Kem komandan Cikgu Danny Johny berucap....


Ucapan Guru Besar Cikgu Makew Nyusung dan Majlis Penyampaian Sijil








Akktiviti-aktiviti Kumpulan







Simpulan dan Ikatan ....Cikgu Jonathan dan Cikgu Danny


Merobbohkan Khemmah dan Pembersihan..Sayonnara..



Guru yang membimbing

Murid terbaik Keseluruhannya


Senaman Pagi...Malaysia cergas

Anda mungkin juga menyukai