Anda di halaman 1dari 1

P

erbincangan tajuk ini sebenarnya lebih kepada perkataan yang


mempunyai satu suku kata tertutup dengan vokal [a] sahaja
kerana kata lain yang bersuku kata tertutup dengan vokal [e], [i],
[o] dan [u] dieja mengikut kaedah pengejaan Jawi seperti biasa.
Biasanya perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup
dengan vokal [a], huruf alif [ ] di tengahnya tidak ditulis. Begitu juga
dengan kata yang berasal daripada perkataan Inggeris. Contoh :
Walau bagaimanapun, perkataan yang terdiri daripada satu suku kata
tertutup dengan vokal [a] yang dimulai dengan huruf waw [ ], hendak-
lah ditulis huruf alifnya. Contoh:
Perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal
[a] yang dipinjam daripada bahasa Arab hendaklah dieja mengikut
ejaan bahasa Arabnya yang asal. Contoh:
Latihan
1. Wak menaiki bas ke bandar untuk membeli cat.
2. Jam itu khas untuknya.
3. Am lawannya khas.
RALAT
Penulisan Kata Ganti Singkat
Kata Ganti Singkat dalam contoh Rumi sepatutnya ditulis rapat den-
gan kata yang hadir selepasnya sama dengan contoh Jawi.
Kaedah penulisan kata ganti singkat dalam ejaan Jawi sama sahaja
dengan ejaan Rumi.
Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008
PEDOMAN BAHASA
Bersama
Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
PEDOMAN EJAAN JAWI
Bersama Wan Mohd Saophy
Amizul Wan Mansor
BH PILIH L4 19 emel
Pengejaan Perkataan
Satu Suku Kata
D
alam Bahagian II ren-
cana ini, telah dimulakan
huraian tentang dua jenis
penanda wacana, iaitu penanda
leksikal dan penanda rujukan.
Berikut disambung huraian ten-
tang tiga lagi penanda wacana,
iaitu (i) penanda penghubung,
(ii) penanda penggantian dan
(iii) elipsis atau penanda peng-
guguran. Perbincangan diakhiri
dengan huraian tentang jenis-
jenis wacana.
Penanda penghubung ialah
perkataan atau frasa yang meng-
hubungkan perkataan dan frasa
dalam ayat lain dalam sesuatu
wacana. Penanda penghubung
terdiri daripada empat jenis, iaitu
(a) penghubung tambahan, (b)
penghubung tentangan, (c) peng-
hubung musabab dan (d) peng-
hubung tempoh.
Penanda wacana penghubung
tambahan memberikan maklu-
mat tambahan kepada yang diper-
katakan sebelumnya. Contoh
penghubung tambahan ialah dan,
malahan, tambahan pula, lebih-
lebih lagi, di samping itu dan
selanjutnya. Satu contoh: Dia sang-
gup membantu kami. Malahan dia
sanggup menyumbang wang ring-
git, jika perlu.
Penanda wacana penghubung
tentangan ialah penghubung
yang menyatakan pertentangan
maklumat antara ayat baharu
dengan ayat sebelumnya. Antara
contoh penghubung tentangan
ialah: tetapi, sebaliknya, namun,
namun begitu, dan walau bagai-
manapun. Satu contoh dalam
wacana: Mereka bersetuju dengan
cadangan itu pada prinsipnya.
Walau bagaimanapun, mereka
kurang bersetuju dengan langkah
jangka pendek yang dicadangkan.
Penanda wacana penghubung
musabab pula menyatakan sebab
berlakunya sesuatu. Contoh pe-
nanda wacana musabab ialah
kerana, sebab, oleh sebab dan oleh
itu. Contoh: Dia berasa sangat
lapar. Oleh itu, dia terus menuju
ke restoran yang terdekat.
Jenis penanda wacana seterus-
nya ialah penanda penggantian.
Penanda penggantian ialah unsur
yang menggantikan perkataan
atau frasa dalam ayat sebelum-
nya. Perhatikan contoh berikut:
Mereka bertanya tentang berita
peletakan jawatan oleh pegawai
tersebut. Perkara ini dianggap
sangat penting. Dalam wacana
ini, ungkapan perkara itu ialah
unsur yang menggantikan frasa
peletakan jawatan oleh pegawai
tersebut.
Akhir sekali ialah elipsis atau
penanda pengguguran. Elipsis
ialah unsur pengguguran, iaitu
pengguguran perkataan atau
frasa yang telah dinyatakan da-
lam ayat sebelumnya. Ini bererti
pengguguran perkataan atau fra-
sa melibatkan maklumat yang
telah diketahui oleh pembaca atau
pendengar berdasarkan konteks.
Perhatikan contoh berikut: (1)
Kami menziarahi nenek di hospi-
tal. (2) Demikian juga Pak Hamid.
Dalam ayat (2) unsur yang telah
digugurkan ialah menziarahi
nenek di hospital.
Wacana terbahagi kepada dua
jenis, iaitu wacana lisan dan
wacana tulisan.
Wacana lisan ialah wacana
yang dihasilkan melalui media
lisan, yakni melibatkan pembi-
cara dan pendengar. Komunikasi
yang terlibat dalam wacana lisan
ialah komunikasi interaktif, iaitu
komunikasi yang melibatkan ke-
dua-dua pihak, pembicara dan
pendengar, secara langsung. Da-
lam wacana lisan, pembicara
biasanya akan menggunakan
ekspresi wajah, intonasi suara
dan gerak badan untuk menyam-
paikan mesej kepada pendengar.
Pembicara akan mendapat tindak
balas daripada pendengar pada
ketika itu juga. Antara contoh
wacana lisan ialah perbualan,
temu ramah, ceramah, khutbah,
pidato dan siaran radio dan tele-
visyen.
Wacana tulisan pula ialah
wacana yang disampaikan secara
bertulis. Wacana tulisan meli-
batkan hubungan antara penu-
lis dengan pembaca. Komunikasi
yang berlaku ialah komunikasi
tidak langsung, iaitu komunikasi
satu hala. Penulis tidak berha-
dapan dengan pembaca sewaktu
wacana tersebut dihasilkan. Oleh
itu, penulis tidak mendapat tin-
dak balas secara langsung dari-
pada pembaca. Wacana tulisan
sering kali disunting terlebih
dahulu bagi menghasilkan tulisan
yang berkualiti dan tepat. Dalam
wacana tulisan, pembaca perlu
membaca teks yang ditulis untuk
memahami maksud yang ingin
disampaikan oleh seseorang pe-
ngarang atau penulis. Antara con-
toh wacana tulisan ialah yang
terdapat dalam akhbar, majalah
dan buku.
Wacana wujud bukan setakat
pada peringkat ayat tetapi meli-
puti tahap yang besar, iaitu pe-
renggan, bab, buku dan majalah.
Wacana yang berkesan mengan-
dungi ciri-ciri pertautan dan ke-
sinambungan yang baik. Ciri-ciri
pertautan dan kesinambungan
ini bukan sekadar antara ayat
dengan ayat tetapi juga antara
perenggan dengan perenggan
dan bab dengan bab. Kejayaan
seseorang penulis atau pengucap
amat bergantung pada bagaimana
dia menghasilkan wacana yang
berkesan.
Wacana Satu Huraian
Ringkas (Bahagian III)
BAHASA SUKUAN
Mudul
M
udul ialah kosa kata baha-
sa suku kaum Iranun yang
bermaksud bibir. Kata ini di-
ucapkan dalam dua suku kata mu-
dul. Contoh penggunaannya adalah
seperti dalam ayat yang berikut;
Akibat pukulan yang kuat mudulnya
berdarah.
Oleh Norzanani Kata
KATA KLASIK
Oleh Wahyunah Abd. Gani
Kapit
T
akrif: pengiring, pembantu
Contoh ayat:
Seri Lela Pahlawan
jadi panglimanya,
Seri Raja Perkasa jadi kapitnya,
Jadi ketuha perahu ketujuhnya,
Menerima kerja ikut padahnya.
servis kilas
Servis yang dilakukan dalam per-
mainan badminton, pingpong
dan sebagainya dengan bahagian
belakang tangan yang memegang
raket atau pemukul menghala ke
pemain lawan.
servis kuda
Teknik hantaran (sepakan) perta-
ma bola dalam permainan sepak
takraw dengan menggunakan
bahagian atas kaki
slalom
1. Perlumbaan ski yang melalui la-
luan yang bengkang-bengkok
serta pelbagai halangan yang
sukar.
2. Perlumbaan yang serupa,
misalnya dengan menaiki kayak.
subakua
Berkaitan dengan sukan di bawah
permukaan air: kelab subakua
tendang duyung
Keadaan apabila kedua-dua kaki
serentak turun bengkok dan naik
lurus semasa berenang dengan
gaya kuak kupu-kupu.
triatlon
Pertandingan olahraga yang meng-
hendaki setiap peserta menyertai
tiga acara yang berlainan, iaitu
renang, lumba basikal dan larian
jarak jauh.
Oleh Zaiton Nasir
KOSA KATA BAHARU
BIDANG SUKAN
Kauberi
Kuambil
Kaudengar
Kuterima
Rumi Jawi
ISTILAH SEMASA
Oleh Raja Shaiful Azizul Azuan
BAHASA
INGGERIS
BAHASA
MALAYSIA
parolee orang diparol
memory stick jalur ingatan
hot tub tab panas; tab
mandian panas
marbleized bak marmar
widget widget
blogger pemblog
banner web sepanduk web
bunting web gegantung web
mobile game mainan mudah alih
playlist senarai audio video
telemovie telelem
Bas
Cat
Gas
Jam
Kad
Van
Rumi Jawi
Wad
Wak
Wang
Wat
Wau
Rumi Jawi
Am
Bab
Hal
Khas
Rab
Zan
Zab
Rumi Jawi

Anda mungkin juga menyukai