Anda di halaman 1dari 11

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM

MELAYU
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
CINA
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
INDIA
Permainan tradisional telah berupaya
membentuk sebahagian daripada kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat
masing-masing. Asas penting yang
menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang
demikian. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga
hari ini.
SEPAK RAGA

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
bangsawan. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan
nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau
Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai
dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli
kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai
berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah
dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah
satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang
teratas dinamakan buah tujuh.
CONGKAK

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang
bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang
Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada
dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda
percayai. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan
adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai
ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.
Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji
saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya
boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak
mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua
lubang besar di setiap hujung papan congkak.
GO


Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua
orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa
China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks
tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang
mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan
putih.
XIANG QI

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang
dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam
keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini
berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur
Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan
salah satu permainan papan yang paling popular di dunia.
Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao
(meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti
"raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang
sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan
pergerakan sesetengah buah catur.
YO-YO CINA

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai
dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh
gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing
pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain
akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal
pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional
dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan
tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina
dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila
dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan
pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.











KHO-KHO

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di
kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra
ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.
Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho
merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari
dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar
serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang
fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain











KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan
tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia
dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran.
Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di
Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India.
Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan,
menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera
askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2
pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh
daripada gelanggang bola keranjang).











CHATURANGA

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama
Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak
awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang
bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang
berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja.
Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah
lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten
Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4
orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Anda mungkin juga menyukai