Anda di halaman 1dari 1

Apple iOS 8.

1 boleh dimuat turun mulai hari ini




SAN FRANCISCO: Apple Inc (Apple) mengumumkan naik taraf terbaharu sistem operasi (OS) telefon
pintarnya, iOS 8.1 boleh dimuat turun mulai hari ini bagi menggantikan versi sedia ada, 8.0.2.

Mengikut portal rasmi syarikat itu Apple Insider, iOS 8.1 didatangkan dengan aplikasi e-wallet, Apple Pay
untuk pengguna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Ciri terbaharu lain dalam sistem operasi itu termasuk beta iCloud Photo Library, SMS relay dan Instant
Hotspot yang boleh dipadankan dengan Mac atau iPad serta Camera Roll yang didatangkan kembali
dalam aplikasi Photo.

"iOS 8.1 kini sudah boleh dimuat turun melalui seksyen Software Update di aplikasi Setting pada iPhone,
iPad atau iPod. Bagaimanapun, ciri Apple Pay ketika ini hanya khusus untuk pengguna di Amerika
Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai