Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI PEMBUGARAN DALAM BILIK DARJAH

AKTIVITI 1
NAMA PERMAINAN : Orang Lidi
Arahan permainan :
1. Murid perlu menjalankan aktiviti secara berpasangan.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja dan menerangkan arahan permainan.
3. Murid pertama diminta memilih satu perkataan dan membuat garisan mewakili huruf-
huruf.
4. Murid kedua diminta meneka perkataan tersebut dengan menyebut huruf yang dipilih.
5. Jika betul, huruf tersebut ditulis di atas garisan tersebut.
6. Jika salah, denda diberikan dengan menulis orang lidi bermula dari kepala, tangan
kiri/kanan dan kaki kiri/kanan.
7. Markah dikira mengikut bilangan huruf.
8. Murid yang tidak dapat meneka perkataan sehingga denda selesai tidak memperoleh
markah.
9. Di akhir permainan, markah akan dikira. Jumlah markah tertinggi dikira sebagai
pemenang.
Contoh Lembaran Kerja
TEMA : HAIWAN
Denda Perkataan Markah

_____ _____ ______ ______









AKTIVITI 2
Nama aktiviti : Bina kata nama am
ORANG TEMPAT HAIWAN BENDA
a abang anjung arnab anting-anting
b
c
d
e
.
.
.
.
.
z




Disediakan oleh: NORAISYAH BINTI HASHIM, K2

TAJUK : PEMINTAL LIDAH
NAMA AKTIVITI : Bisik-bisik ayat.
ARAHAN PERMAINAN :
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang ketua.
3. Setiap ahli kumpulan berbaris di dalam kumpulan masing-masing.
4. Ketua kumpulan diberikan kad imbasan pemintal lidah dan diminta menghafal ayat tersebut.
5. Seterusnya, ketua kumpulan membisikkan ayat yang dihafal kepada rakan di belakangnya.
6. Langkah ini diulang sehingga ahli yang terakhir.
7. Ahli yang terakhir diminta menyebut semula ayat pemintal lidah tersebut.
8. Murid tersebut diminta menulis ayat yang telah disebut di papan hitam.





















kuku, kaki
cuci, curi

Bunga wangi warna ungu.

Singa nganga makan bunga

Kuku kiri kaki kakak kena ketuk kayu keras.

Nyonya nyanyi nyaring dalam hujan renyai-
renyai.

TEKA SILANGKATA - KATA KERJA


1

2

3

4










5
















6

7












8

9









MELINTANG
2 Kata seerti bagi sepak.
4 Antonim bagi perkataan jual.
5 Menyukat sesuatu.
6 Denda.
8 Menyorokkan diri.

MENEGAK
1 Lihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan sebelum ________________ jalan.
2 Antonim bagi perkataan gali.
3 Murid-murid me_________kan lagu Negaraku di tapak perhimpunan sekolah.
7 Hembus sesuatu.
8 Meletakkan sesuatu ke dalam bekas.


N
M
I
T
S
T
S
I

Anda mungkin juga menyukai