Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN MENULIS KARANGAN

Bagaimana hendak berfikir secara kritis tentang sesuatu topik itu? Ini satu
persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kebanyakan pelajar kerana mereka
tidak suka berfikir lalu menganggap berfikir membuang masa sahaja. Namun
berdasarkan pengalaman saya dalam bidang penulisan, konsep berfikir inilah
yang mencetuskan sesuatu idea untuk menulis. Semakin bagus seseorang
pelajar itu berupaya untuk berfikir maka semakin baguslah penulisannya
kelak kerana ideanya akan jelas dan matang ketika menghuraikannya.
Buat pelajar kemahiran berfikir ini perlu dimiliki terlebih dahulu sebelum
mampu menulis. Untuk menulis, pelajar harus mengenal pasti masalah itu
dan melihatnya daripada dua kemungkinan yang wujud. ertama kesan
masalah itu dan cara!cara untuk mengatasinya. "onsep kesan dan cara
mengatasinya merupakan dua skop peperiksaan yang sering ditanya. #ika
pelajar faham dua konsep utama ini, pelajar seharusnya sudah boleh berfikir
tentang aspek!aspek yang menjurus kepada kesan dan cara ini.
Biasanya untuk mendidik seseorang pelajar itu berfikir secara kritis, konsep
pertanyaan harus dijadikan asas perbincangan. elajar harus sedar bahawa
semua tajuk yang ditanya boleh dilihat daripada dua sudut secara umum
yakni positif atau negatif. Baiklah ambil contoh karangan tentang internet.
Sudah pasti ada dua kesimpulan umum yakni kebaikan dan keburukan
internet. Selalu fokus kepada dua kemungkinan tentang sesuatu perkara itu.
"ewujudan dua kemungkinan ini memaksa pelajar untuk berfikir secara
mendalam dan serentak tentang sesuatu perkara tersebut.
Buat pelajar yang mampu berfikiran kritis, mereka akan cuba menghuraikan
perkara!perkara yang mampu dibawa oleh internet kepada pelajar sebagai
satu bentuk pengetahuan. $ikir secara mendalam semua perkara yang anda
nampak dalam internet yang mampu memberi pendidikan kepada pelajar.
%an tulis serta huraikan dengan panjang lebar. Setelah siap menulis,
huraikan lagi perkara yang sudah anda huraikan kali pertama tadi. &aksud
saya sudah pasti ada penerangan atau contoh lain yang berkaitan dengan isi
yang anda tulis.
Setiap kali melihat sesuatu tajuk, pelajar harus selalu melihat dalam dua
aspek. 'uraikan kedua!dua aspek itu secara mendalam. Baca akhbar dan
nampak sahaja sesuatu topik, sila fikirkan dua kemungkinan yang
menyebabkan perkara itu berlaku dan sebabnya secara langsung.
Sebenarnya masalah menulis merupakan satu masalah yang sering dialami
oleh kebanyakan pelajar baik di sekolah mahupun di peringkat uni(ersiti.
&asalah ini memang begitu ketara berdasarkan pengalaman saya dalam
bidang pendidikan. )da pelajar yang tidak tahu untuk memulakan sesuatu
ayat pun dan kalau mereka mampu untuk menulis, masa yang panjang
diperlukan oleh mereka untuk menyiapkannya. elbagai alasan akan
diberikan jika mereka gagal untuk menyiapkan tugasan penulisan itu.
"enapakah masalah ini berlaku? )dakah menulis berasaskan bakat semata!
mata?
#awapan kepada pertanyaan ini begitu mudah iaitu pelajar tidak ada
kemahiran menulis dan menganggap kemahiran menulis ini tidak penting
berbanding dengan kemahiran mengira atau membaca yang amat diperlukan
dalam subjek &atematik dan Sains. Sebenarnya tanpa pelajar semua sedari,
aspek kehidupan kita banyak ditentukan oleh kemahiran untuk menulis
dengan baik. *a, memang kemahiran mengira dan membaca penting tetapi
bayangkan seseorang pekerja yang ada semua data!data yang menarik tetapi
tidak mampu untuk menulis dengan begitu meyakinkan untuk memudahkan
majikannya membuat keputusan tentang sesuatu perkara itu. Bahan
penulisan bukan sahaja untuk menerangkan tetapi mampu menjelaskan
sesuatu dengan mudah kepada seseorang. &aka, bukankah kemahiran
mengira dan membaca itu sesuatu yang memba+ir jika pada masa yang sama
pelajar tidak tahu cara untuk menulis yang berkaitan dengan pengiraan dan
pembacaan tersebut?
,antaran itu, hujah yang mengaitkan kegagalan seseorang pelajar itu
menulis dengan ketiadaan bakat juga bukanlah sesuatu yang kukuh.
Sepanjang pengalaman saya sebagai pendidik, ada pelajar yang memiliki
bakat menulis tetapi keputusan peperiksaannya terutama dalam aspek
penulisan agak mengecewakan. )da juga pelajar yang tiada bakat menulis
tetapi berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi, pelajar terbabit berjaya
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. ada saya
semua pelajar boleh menulis dan harus tahu menulis dalam hidup mereka
dengan syarat mereka tahu teknik dan kesanggupan untuk mencuba menulis
dengan tekun.
"emahiran menulis ini boleh diperoleh jika pelajar tahu cara!cara yang
mudah untuk menulis. engetahuan mengenai teknik menulis ini boleh
menjadi asas kepada mereka untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan
lebih baik menerusi tulisan. Sudah pasti mereka yang memiliki bakat menulis
mempunyai kelebihan tetapi harus kita sedar bahawa bakat sahaja belum
cukup untuk membawa kejayaan dalam aspek penulisan kerana ada pelbagai
aspek lain yang turut mempengaruhi kejayaan pelajar dalam penulisannya.
)ntara aspek lain yang penting untuk memahirkan seseorang itu menulis
ialah-
./0 kemahiran untuk memikir secara kritikal sesuatu topik itu.
.10 semangat yang tinggi untuk berlatih menulis
.20 kesanggupan untuk melakukan kesilapan ketika menulis
.30 membaca dengan meluas
elajar juga banyak gagal menulis kerana mereka tidak mempunyai
keyakinan menulis. Setiap kali mereka ingin menulis sudah pasti setiap kali
itu juga perasaan tidak yakin akan kemampuan mereka timbul lalu sikap
negatif ini menjadi satu kela+aiman yang menghalang perkembangan pelajar
untuk memahirkan diri mereka menulis dengan baik.
Sebenarnya, pelajar harus menanam keyakinan menulis dalam diri mereka
terlebih dahulu. Setiap kali mereka berasa malas atau tidak suka menulis,
pelajar harus meneriakkan kata!kata perangsang yang mendalam dalam jiwa
mereka bahawa mereka akan menulis kerana yakin mereka mampu
menyiapkan satu karangan dengan sebaiknya. Suara keyakinan inilah yang
membentuk jiwa pelajar untuk meminati penulisan lalu akan menjadi mahir
pada suatu masa nanti tanpa mereka sedari pula.
Satu hari cuma satu perenggan atau dua perenggan dan kemudian
menambah menjadi tiga atau empat perenggan pada minggu seterusnya.
4eknik menulis sebegini memberi pelajar keyakinan sedikit demi sedikit
untuk memahirkan diri menulis. ada masa yang sama pelajar akan
menyedari kelemahan dan kelebihan mereka ketika menulis. &ungkin
pelajar akan sedar mereka lebih mahir dalam aspek pendahuluan tetapi
sedikit lemah dalam perengan. "esedaran ini menyebabkan pelajar akan
berusaha meningkatkan kemahiran dalam penulisan perenggan pula.
"enapa pelajar perlu mahir menulis
'ampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan pelajar
menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan
yang panjang lebar dalam bentuk ayat. "eadaan ini menyebabkan seseorang
pelajar yang tidak memiliki kemahiran menulis yang baik sering menghadapi
masalah untuk menjawab soalan bukan kerana diri mereka tidak bijak tetapi
mereka tidak memiliki kemahiran untuk meluahkan kebijaksanaan mereka
itu dalam bentuk tulisan.
,antaran itu, pelajar yang mampu menjawab soalan dengan baik dalam
peperiksaan ialah pelajar yang memiliki kemahiran menulis yang tinggi
kerana selain mampu memberikan data!data yang tepat, pelajar sebegini
juga berupaya menyusun jawapannya dalam bentuk yang begitu mudah,
teratur dan meyakinkan pemeriksa bahawa pelajar terbabit sememangnya
bijak dalam sesuatu subjek pelajaran tersebut.
#adi, tanpa pelajar semua sedari mahu tidak mahu, minat atau tiada minat,
penulisan merupakan satu latihan yang harus dibuat oleh pelajar setiap hari.
&alah tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa latihan menulislah yang
lebih penting daripada semua latihan yang ada dalam hidup pelajar
terutama apabila pelajar bakal memasuki alam kerjaya. Semua laporan
kerja terutama pembentangan projek, laporan kewangan dan rancangan
pembangunan produk perlu dibentangkan juga dalam bentuk penulisan. 5leh
itu, mahirkan diri pelajar dengan menulis dan menulis.

Anda mungkin juga menyukai