Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

“GURU BERKUALITI
PEMANGKIN KEGEMILANGAN”

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR


OBJEKTIF

 Mengetahui dan memahami visi dan misi sebagai guru


pelatih di maktab perguruan.

 Boleh mengadaptasi diri dengan budaya maktab serta


dapat mewujudkan sifat dan sikap keceriaan dengan
komitmen sebagai warga baru maktab.

 Mewujudkan interaksi, memupuk kerjasama dan


komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab di
antara pelajar baru dan warga maktab.

 Membina keupayaan bakat kepimpinan, ketahanan


diri, fizikal dan emosi ke tahap profesion perguruan
yang sebenar.

 Membina perwatakan pelajar yang mempunyai sahsiah


sepadu, beretika, berdisiplin, berpotensi dan
berketerampilan.

 Membina ketahanan diri dan penghargaan terhadap


sistem pentadbiran maktab, perpaduan, semangat
patriotik dan kekitaan serta pembinaan negara bangsa
malalui pendidikan.
Kata Alu-Aluan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya


saudara-saudari terpilih mengikuti Kursus PRA PISMP Ambilan
Januari 2008. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana
saudara-saudari telah memilih profesion keguruan sebagai
kerjaya dan selamat datang ke Institut Perguruan Tuanku
Bainun, Bukit Mertajam.
Institut ini merupakan salah satu daripada dua puluh
tujuh buah institut perguruan di Malaysia yang menjalankan
kursus pra perkhidmatan untuk bakal-bakal guru dan kursus
dalam perkhidmatan untuk guru-guru yang ingin melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi di negara ini. Pendidikan
guru diberi perhatian kerana guru memainkan peranan penting
dalam menentukan generasi muda negara kita yang akan
mewarisi dan mengharungi wawasan negara. Oleh itu saudara-
saudari harus bersedia untuk menyahut cabaran ini terutama
dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
Saya berharap saudara-saudari yang terpilih mengikuti
kursus di institut ini dapat menggunakan peluang dan
kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk
mengembangkan potensi sesuai sebagai insan guru. Anggaplah
peluang yang diterima ini sebagai satu anugerah yang paling
bernilai dalam usaha mencapai cita-cita untuk menjadi pendidik
yang dapat memenuhi keperluan negara dan kehendak zaman.
Saya penuh yakin saudara-saudari mempunyai disiplin,
kesabaran, nilai-nilai positif dan jati diri yang tinggi untuk
mengikuti kursus ini dan akhirnya keluar sebagai guru berkualiti
pemangkin kegemilangan.

‘Selamat Maju Jaya’

(HJH. ROHANI BINTI ISMAIL)


Pengarah
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan
Pengurusan Pelajar (JPPP) Ambilan Julai 2008

Penaung : Pn. Hjh. Rohani binti Ismail (Pengarah)


Penasihat : Tn. Hj. Daud bin Md. Saman (Timb. Peng.)
Pengerusi : En, Mansor bin Ahmad (KJ HEP)
N.Pengerusi : En. Ahmad Jasmi bin Don
Setiausaha : Pn. Asmahan binti Abd. Hadi
Pen. S/U : En. Mohd Khalil bin Yusoff
Bendahari : Penolong Akauntan

Ahli Jawatankuasa:

1. En. Mohd Basil bin Hj. Damanhuri


2. En. Ibarahim bin Ismail
3. En. Sahidan bin Hashim
4. En. Abdullah bin Chik
5. En. Mohd Nazmi bin Desa
6. En. Ahmad Rodzli bin Hashim
7. En. Mohd. Nadzri bin Noordin
8. En. Omar Saifuddin bin Ahmad
9. En. Eow Boon Hin
10. Pn. Usharani a/p Shanmugasundaram
11. En. Azizan bin Salleh
12. Pn. Fadilah binti Shafie
13. En. Ahmad bin Abu Bakar
Tutor Peribadi
Ambilan Julai 2008

1. EN. ZAHARI BIN ZAINAL BC/PJ/KS


2. EN. AZZAT BIN HABIBULLAH BC/PJ/MU  
3. PN. AMANISAH BINTI SHUIB PIA/BI/BA1
4. EN. AHMAD SUKARI BIN MOHAMAD PIA/BI/BA2  
5. PN. HJH. SITI SARIPAH BINTI MOHAMAD PS/BI/BM1 
6. EN. IDRUS BIN JALI PS/BI/BM2
7. PN. CHANG SIEW FONG PM/BI/BC
8. PN. ROHAYA BINTI AHMAD PJ/BI/BM1
9. EN. FADZLI BIN DAHALAN PJ/BI/BM2
10. PN. HANUNAH BINTI AHMAD SHAH SN/BI/BC
11. EN. JOHARI BIN HARUN PRA BM (KEMAS)
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

TARIKH: 15 JULAI 2008

8.30 pg. Bacaan Doa

8.35 pg. Membaca Perutusan Pengarah BPG


Timbalan Pengarah

9.00 pg. Ucapan Perasmian


Pengarah

9.30 pg. Majlis tamat


ATUR CARA MAJLIS PENUTUP

TARIKH: 17 JULAI 2008

02.30 ptg. Bacaan Doa

02.40 ptg. Ucapan Wakil Pelajar Baru

02.50 ptg. Ucapan Pengerusi MPPB


Ketua Jabatan HEP

03.00 ptg. Bacaan Ikrar Pelajar Baru

03.10 ptg. Penyerahan Surat Aku Janji

03.15 ptg. Ucapan penutup


Pengarah IPTB

04.00 ptg. Majlis tamat


IKRAR PELAJAR

BAHAWASANYA SAYA SEBAGAI PELAJAR INSTITUT


PERGURUAN MALAYSIA DENGAN PENUH KESEDARAN,
KERELAAN DAN TANGGUNGJAWAB BERIKRAR:

 MENGGUNAKAN PELUANG SEPENUHNYA UNTUK


MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN MENGUASAI
KEMAHIRAN
 MEMATUHI SEGALA UNDANG-UNDANG NEGARA DAN
PERATURAN INSTITUT
 MENJAGA DAN MENINGKATKAN NAMA BAIK INSTITUT
SETIAP MASA
 MENGHORMATI DAN BEKERJASAMA DENGAN SEMUA
WARGA INSTITUT SERTA BERUSAHA MEMUPUK KEIKRAMAN
DAN PERPADUAN
 MEMATUHI TATASUSILA AGAMA, MASYARAKAT, PROFESION
PERGURUAN DAN SENTIASA MENAMPILKAN CITRA GURU
YANG UNGGUL DAN CEMERLANG

BAHAWA SAYA FAHAM SEKIRANYA SAYA MENGINGKARI


MANA-MANA BAHAGIAN IKRAR INI, PIHAK PENTADBIRAN
INSTITUT BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB
YANG SEWAJARNYA KE ATAS SAYA.
PENGHARGAAN

Setinggi Penghargaan dan Ucapan


Terima Kasih kepada;

Bahagian Pendidikan Guru


Pengarah IPTB
Timbalan Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Teknologi Pendidikan
Jabatan Kajian Sosial
Jabatan Sains
Jabatan Matematik
Jabatan Bahasa
Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pend. Kesihatan & Jasmani
Semua pihak dan
individu-individu
yang memberi kerjasama
dan sokongan bagi menjayakan
Minggu Pengurusan Pelajar Baru

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai