Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.



1. Jika firma monopoli membeli sebuah firma dalam industri pasaran persaingan sempurna,
bagaimanakah tingkat harga firma pasaran monopoli berbanding dengan tingkat harga dalam
keadaan pasaran persaingan sempurna?
A. Lebih tinggi
B. Lebih rendah
C. Sama
D. Mula-mula rendah kemudian tinggi

2. Dalam perancangan jangka panjang, firma-firma dalam pasaran persaingan tidak sempurna akan
memilih saiz loji yang kurang optimum untuk menjalankan pengeluarannya. Saiz loji tersebut
ditentukan pada tingkat apabila
A. Kos sut jangka pendek kurang daripada hasil sut jangka panjang
B. Kos purata jangka pendek adalah minimum
C. Kos purata jangka pendek dan kos purata jangka panjang sedang menurun
D. Titik minimum kos purata jangka pendek sama dengan titik minimum kos purata jangka
panjang

3. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti output, kos purata (AC), dan hasil sut (MR) sebuah firma
persaingan bermonopoli.

Kuantiti output (unit) Kos purata (RM) Hasil sut (RM)
6 53 40
7 50 32
8 49 24
9 50 16
10 53 8
11 58 0

Berapakah kuantiti yang dapat memaksimumkan jumlah hasil?
A. 8 unit
B. 9 unit
C. 10 unit
D. 11 unit





4. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos dan hasil sebuah firma monopoli

















Pilih pernyatan yang salah mengenai gambar rajah di atas
A. Jumlah untung sebelum campur tangan kerajaan ialah RM40
B. Jumlah untung selepas campur tangan kerajaan ialah RM24
C. Harga selepas campur tangan kerajaan ialah RM10
D. Jumlah hasil selepas dan sebelum campur tangan kerajaan adalah sama

5. Antara berikut, yang manakah ciri firma yang beroperasi di pasaran persaingan sempurna?
A. Tiada barang pengganti bagi keluarannya
B. Mengalami untung normal dalam jangka panjang
C. Keluk permintaannya mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
D. Terdapat sekatan kemasukan firma baru ke dalam industri tersebut

6. Sebuah firma pembekal roti sanggup menyediakan roti dengan harga RM2 sebuku sehingga 80
buku. Jika bilangan roti melebihi 80 buku, harga yang dikenakan turun kepada RM 1.55 sebuku.
Apakah hasil sut firma itu bagi roti yang ke-81?
A. RM32.10
B. RM32.00
C. RM32.90
D. RM34.45

7. Yang manakah di antara pernyataan-pernyataan berikut benar apabila firma persaingan
sempurna berada di tingkat keseimbangan jangka panjang?
A. Hasil purata berada pada tingkat minimum
B. Hasil purata berada pada tingkat maksimum
Harga / Kos (RM)




MC AC

12
10
8



MR AR
Keluaran (unit)
0 10 12

C. Kos purata jangka panjang bersilang kos sut jangka panjang dari bawah ke atas pada titik
minimum
D. Kos sut jangka panjang bersilang kos purata jangka panjang dari bawah ke atas pada titik
minimum

8. Sebuah firma dapat mencapai tingkat keupayaan pengeluaran yang optimum dengan
mengeluarkan output pada tingkat
A. Kos sut sama dengan kos purata
B. Kos purata sama dengan hasil purata
C. Kos purata sedang menurun
D. Kos sut sama dengan hasil sut

9. Dalam pasaran monopoli, keluk permintaan firma juga dikenali sebagai
A. Keluk kos purata
B. Keluk hasil purata
C. Keluk kos sut
D. Keluk jumlah kos

10. Titik maksimum keluk jumlah hasil bagi monopoli tulen dicapai pada tingkat apabila hasil sut
adalah
A. Positif
B. Negatif
C. Kosong
D. Satu

11. Keluk permintaan monopoli yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan dan tidak anjal
menunjukkan bahawa
A. Monopoli mempunyai kuasa untuk menentukan bilangan firma yang akan berada dalam
pasaran
B. Monopoli sentiasa menikmati untung lebih normal dalam jangka panjang
C. Monopoli tidak menjalankan pengiklanan untuk melariskan jualannya
D. Monopoli boleh menentukan tingkat harga barang dengan mengawal kuantiti penawaran

12. Persaingan bukan harga wujud dalam pasaran
A. Persaingan sempurna dan persaingan bermonopoli
B. Monopoli
C. Pasaran persaingan bermonopoli
D. Monopoli dan pasaran bermonopoli

13. Jika kerajaan menetapkan harga pulangan adil untuk mengawal monopoli, maka firma akan
memperoleh
A. Keuntungan normal
B. Keuntungan lebih normal
C. Kerugian
D. Keuntungan berlebihan

14. Sebuah firma bermonopoli dapat menjual 15 buah meja bulat pada harga RM800 sebuah.
Apabila 20 buah meja dijual harga seunit jatuh sebanyak RM40, maka berapakah hasil sut jualan
ke-20?
A. RM580
B. RM640
C. RM660
D. RM760

15. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos berubah sebuah firma pasaran persaingan sempurna

Output (unit) Jumlah kos berubah (RM)
5 370
6 450
7 540
8 650
9 780
10 930

Jika harga per unit barang ialah RM140 dan jumlah kos tetap ialah RM100, berapakah output
yang akan memaksimumkan untung?
A. 6 unit
B. 7 unit
C. 8 unit
D. 9 unit

16. Yang berikut ialah kos dan hasil bagi sebuah firma monopoli yang berada pada tingkat
keseimbangan
Hasil purata RM15
Hasil sut RM10
Kos purata RM10
Kos sut RM10
Jika output keseimbangan adalah sebanyak 1500 unit, berapakah untung yang dinikmati oleh
firma monopoli ini?
A. RM1 500
B. RM7 500
C. RM15 000
D. RM22 500
17. Mengapakah keluk penawaran pasaran persaingan sempurna berbentuk mencerun ke atas dari
kiri ke kanan?
A. Pertambahan penawaran menambahkan kos pengeluaran
B. Kemasukan firma-firma baru dalam pasaran mengurangkan kos pengeluaran
C. Pertambahan permintaan menyebabkan kenaikan kos pengeluaran
D. Kesan penggantian dan kesan pendapatan benar

18. Perkara yang berikut berlaku pada sebuah firma monopoli yang sedang menikmati untung lebih
normal yang lebih banyak dalam jangka panjang berbanding dengan jangka pendek kecuali
A. Tingkat harga keseimbangan jatuh
B. Tingkat keluaran keseimbangan naik
C. Kos purata semakin meningkat
D. Kos sut semakin jatuh

19. Hasil sut bagi firma monopoli yang mengamalkan dasar diskriminasi harga adalah sama dengan
A. Jumlah hasil
B. Kos purata
C. Jumlah kos
D. Harga

20. Sebuah firma persaingan bermonopoli sedang beroperasi dalam jangka pendek dengan kos
purata RM3.50, tingkat harga RM3.00, tingkat hasil sut RM1.50 dan kos sut RM1.50.
Berdasarkan maklumat ini, firma ini mengalami
A. Untung normal
B. Untung kurang normal
C. Untung lebih normal
D. Memperuntukkan faktor dengan cekap




JAWAPAN BAHAGIAN A

1 A 6 D 11 D 16 B
2 C 7 D 12 C 17 A
3 D 8 A 13 A 18 C
4 A 9 B 14 B 19 D
5 B 10 C 15 D 20 B

Anda mungkin juga menyukai