Anda di halaman 1dari 13

1

NAMA: _______________________________ TAHUN : 5_________



011
Bahasa
Melayu UJIAN BULANAN (OGOS)
Pemahaman S.K MALAWA KOTA KINABALU
OGOS
2012
1 JAM

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN
TAHUN 5
1 JAM


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan membulatkankan jawapan yang tepat.
3. Bagi setiap soalan bulatkan satu ruangan jawapan sahaja.


4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian bulatkan jawapan yang baru.

_____________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
2

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Antaranya, terdapat satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul.
Kemudian, tandakan jawapan dengan membulatkan jawapan pada ruangan pilihan
jawapan yang betul.

Soalan 1 hingga soalan 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Alia dan keluarganya baru pulang dari Pulau Langkawi. ___________ bercuti di
sana selama tiga hari.
A Dia C Kalian
B Kami D Mereka

2. Kami berbincang ___________ percutian kami di Pulau Redang pada cuti
sekolah yang akan datang.
A dengan C akan
B tentang D untuk

3. Kakak _________ adik sepasang baju kurung sempena hari raya yang akan
menjelang tidak lama lagi.
A jahitan C menjahit
B berjahit D menjahitkan












3


Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.








Gambar 1
4. Puan Norazimah sedang ____________ ubi kayu sebelum membuat kuih talam
ubi.
A mengikis C mengukur
B menyagat D menggentel

5. Kami ketawa___________ apabila melihat telatah lucu badut itu.
A mengilai-ngilai C tersemput-semput
B menjerit-jerit D terbahak-bahak

6. Abang duduk bersandar di sebuah kerusi di________sebatang pokok sambil
membaca akhbar.
A tepi
B celah
C bawah
D tengah

7. Kehidupan Mak Som semakin senang sekarang. ___________ setelah kedua-
dua orang anaknya bekerja.
A Namun begitu C Oleh itu
B Di samping itu D Lebih-lebih lagi

8. Petinju itu berjaya __________ kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut.
A menetapkan
B menjulangkan
C mempamerkan
D mempertahankan


4

9. Wanita itu beberapa __________ sate untuk anak-anaknya di pasar malam.
A bilah
B buah
C cucuk
D batang


Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah ini.







Gambar 2
10. Encik Ahmad dan isterinya duduk di atas sebuah sofa yang _________ ketika
menonton televisyen.
A gebu C lembut
B empuk D lembik

11. Azimah lari lintang pukang apabila angsa itu hendak_________nya.
A menggigit C mencubit
B menyudu D membaham

12. _________Zaid yang memberikan hadiah ini kepada kamu, kata Tan kepada
Rahman.
A Agak-agak C Jangan-jangan
B Rasa-rasa D Baik-baik

13. Setelah mendengar titah Sultan Mansur Syah itu, _________ rakyat Melaka
berasa sangat gembira.
A berapa
B sekalian
C setengah
D masing-masing


5

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.






Gambar 3
14. Oleh sebab tidak mendapat kerjasama daripada penduduk, pencemaran air di
sungai itu bertambah ____________ .
A sarat
B remeh
C sempit
D buruk

15. Aduhai, ________ teruk jalan ke kampung kamu! rungut Zafrul kepada
Asman.
A benar C nian
B betul D begitu

16. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang
terlibat dalam perniagaan____________ .
A pasar malam C pasar gelap
B pasar tani D pasar borong

17. Pelayan restoran itu sedang _________ sedulang hidangan untuk pengunjung
di situ.
A membimbit
B menatang
C mengangkat
D menjunjung








6

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah ini.







Gambar 4
18. Pak Kamal memikul ______________ pisang manakala cucunya menjinjing
____________ beg plastik.
A sebijisetangkai
B sepikulsebuah
C sesikatseberkas
D setandansebungkus

19. Peserta Kem Jati Diri akan diajar cara-cara memasang khemah selepas
mereka menyeberang sungai.

Pilih perkataan seerti bagi memasang
A mendirikan
B menyiapkan
C mengaturkan
D menyediakan

20. Hubungan saya dengan Arif rengggang sejak dia berpindah ke Bandar.

Pilih perkataan berlawan bagi renggang.
A rapat C kuat
B dekat D kukuh









7

Soalan 21 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

21. I Jangan menulis ayat tergantung dalam karangan.
II Acara sukan itu tergantung kerana hujan turun dengan lebat.
III Bayaran bil elektrik rumahnya sudah tergantung selama empat bulan.
IV Lukisan yang tergantung pada dinding itu dibeli olehnya di Jepun.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

22. I Pesawat itu terbang tinggi.
II Kumar mendapat markah yang tinggi dalam ujian itu.
III Kami mendoakan agar cita-citanya yang tinggi itu akan tercapai.
IV Walaupun keluarganya kaya, Namun Haziq tidak pernah bersikap tinggi diri.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.

Mengapakah abang kamu belum balik lagi?

A Ya, dia belum balik lagi.
B Mungkin dia akan balik sebentar lagi
C Dia ada mesyuarat pengawas di sekolah.
D Ayah akan menjemput abang di sekolah petang nanti.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah ini.

Pesakit itu semakin sihat setelah mendapat rawatan di hospital.

A Adakah pesakit itu semakin sihat setelah mendapat rawatan di hospital?
B Bagaimanakah keadaan pesakit itu setelah mendapat rawatan di hospital?
C Berapa lamakah pesakit itu mendapat rawatan di hospital?
D Siapakah yang merawat pesakit itu di hospital?




8

Soalan 25 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Sila ambil nombor giliran anda di kaunter, Kata juruacara itu kepada semua
peserta.

A Para peserta dikehendaki beratur di kaunter untuk mengambil nombor
giliran.
B Semua peserta akan diberi nombor giliran di kaunter mengikut arahan
juruacara.
C Juruacara meminta para peserta supaya mengambil nombor giliran di
kaunter.
D Juruacara mahu setiap peserta segera mengambil nombor giliran sebelum
acara bermula.

26. Ayah melarang saya bermain bola selagi tidak menyiapkan kerja sekolah.

A Kamu boleh bermain bola sebelum kerja sekolah kamu siapkan, kata ayah.
B Kamu tidak ayah benarkan bermain bola selagi kamu belum menyiapkan
kerja sekolah, kata ayah.
C selepas bermain bola, barulah kamu siapkan kerja sekolah, kata ayah.
D Walaupun kerja sekolah kamu telah siap, kamu tidak ayah benarkan
bermain bola, kata ayah.

Soalan 27 28
Pilih ayat yang betul.

27. A Kakak saya memasak lantas bernyanyi.
B Orang itu miskin serta berbahagia.
C Bayi itu lapar walaupun dia menangis.
D Petani itu bertanam jagung dan berternak ayam.

28. I Lelaki dalam gambar itu ialah bapa saya.
II Ahmad rajin bekerja demi untuk menyara keluarganya yang susah.
III Siti Hajar lebih pandai dari Lai Meng.
IV Pakaian-pakaian ini adalah untuk mangsa tsunami.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja.
C I, II dan III sahaja.
D II, III dan IV sahaja.



9

Soalan 29 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Budak yang _________ itu sering membantu ibunya membuat kerja-kerja
rumah.
A tajam akal C ringan tulang
B telinga lintah D tangkai jering

30. Cikgu Ramlan menasihati kami supaya rajin membaca akhbar untuk
meluaskan pengetahuan. Beliau tidak mahu kami ________________.
A seperti katak di bawah tempurung.
B seperti ika di dalam belat.
C seperti kera sumbang.
D seperti rusa masuk kampung.




























10

Soalan 31 35
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
















31. Bagaimanakah perasaan Adli apabila kawan-kawannya memiliki basikal
sendiri?
A senang hati C berat hati
B kecil hati D iri hati

32. Yang berikut ialah alasan Adli meminta ayahnya membelikannya sebuah
basikal, kecuali
A dia ingin pulang dari sekolah dengan berbasikal.
B dia kasihan melihat ayahnya yang terpaksa menjemputnya untuk pulang dari
sekolah.
C dia mahu berdikari untuk ke sekolah.
D dia ingin berbasikal mengelilingi kampung.



Kalau awak mempunyai basikal, bolehlah kita bersiar-siar di sekitar kampung. Kata-
kata Zahid itu menerbitkan rasa cemburu di hati Adli. Dia cemburu kerana kawan-
kawannya memiliki basikal.
Dia pernah meminta dibelikan basikal. Alasannya, dia ingin berdikari untuk ke
sekolah. Dia kasihan akan ayahnya yang terpaksa ke sekolah pada waktu tengah hari
semata-mata untuk menghantarnya untuk pulang ke rumah. Namun, permintaannya itu
seperti menangkap bayang-bayang sahaja.
Selepas makan pada malam itu, ayahnya bersuara, Adli bersempena dengan hari
jadi kamu esok, ayah akan membawa kamu makan angina di Pulau Langkawi pada
minggu depan. Adli ikut sahaja, balas Adli dengan nada kecewa. Harapannya untuk
memiliki basikal sempena hari jadinya tahun ini berkecai.
Pasa keesokan harinya, Adli terpaksa menunggu ayahnya lebih lama daripada biasa.
Sudahlah begitu, di sepanjang perjalanan pulang ayahnya hanya berdiam diri sahaja.
Adakah ayah berkecil hati denganku kerana aku asyik memintanya membelikanku
basikal? bisik hati Adli.
Sesampainya di rumah, Adli terus masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian.
Alangkah terkejutnya Adli apabila terlihat sebuah basikal baru di dalam biliknya. Selamat
hari jadi Adli, ucap ibu dan ayah Adli serentak dari belakang. Adli terus meluru kea rah
ayah dan ibunya lantas memeluk mereka. Terima kasih, ayah, ibu, ucap Adli dengan
bersemangat sekali.
11

33. Mengapakah Adli berasa kecewa apabila ayahnya hendak membawanya ke
Pulau Langkawi bersempena dengan hari jadinya?
A kerana ayahnya hanya mengajaknya makan angina sahaja.
B kerana Pulau Langkawi bukanlah destinasi pilihannya.
C kerana dia mengharapkan hadiah sebuah basikal.
D kerana dia lebih gemar meraikan hari jadinya di rumah.

34. Apakah tanggapan Adli apabila ayahnya hanya berdiam diri sahaja sewaktu
mengambilnya pulang dari sekolah?
A ayahnya mungkin berasa letih kerana terpaksa menjemputnya di seolah
setiap hari.
B ayahnya mungkin benci akan sikapnya.
C ayahnya mungkin tersinggung oleh sikapnya.
D ayahnya mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja.

35. Maksud rangkai kata makan angin dalam pertikan tadi ialah
A bersantai
B melancong
C berkelah
D makan bersama-sama
























12

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



















36. Apakah yang berlaku di Kuala Selangor?
A penduduk dari 12 kampung mengalami sesak nafas.
B beberapa orang mengalami gatal-gatal kulit.
C keadaan jerebu melebihi paras bahaya.
D Kuala Selangor diisytiharkan kawasan darurat.







KUALA SELANGOR. Isnin sebanyak 12 orang penduduk dari Kampung Muhibah di sini
telah dimasukkan ke Hospital Kuala Selangor kerana mengalami sesak nafas. Hal ini
dipercayai berpunca dariapda jerebu yang sedang melanda Negara.
Walau bagaimanapun, sepuluh mangsa yang etrbabit telah dibenarkan keluar dari
hospital setelah tahap kesihatan mereka disahkan berada dalam keadaan yang
memuaskan. Sementara itu, dua mangsa lagi terpaksa ditahan untuk beberapa hari lagi.
Kesemua mangsa merupakan nelayan dan telah terdedah terlalu lama pada udara yang
berjerebu ketika menangkap ikan di laut dalam.
Menurut seorang mangsa, Dolah bin Sulaiman, mereka tidak memakai penutup hidung
selama dua hari berada di laut. Dia telah mengalami batuk yang agak teruk dan sukar
untuk bernafas. Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan bahawa keadaan mangsa
tidak begitu serius.
Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Alam Sekitar mengesahkan bahawa jerebu
yang melanda Kuala Selangor berada pada tahap yang berbahaya. Menurut ketua
jabatannya, Tuan Haji Rahmat bin Mohd Noor, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang
dicatat setakat semalam di kawasan tersebut ialah 500 dan melepasi tahap bahaya.
Menurutnya lagi, bacaan IPU yang melebihi 400 dapat memudaratkan kesihatan
manusia. Orang ramai berisiko tinggi menghidap penyakit seperti sakit tekak, gatal-gatal
pada kulit dan sakit mata. Oleh itu, orang ramai dinasihati supaya memakai penutup
hidung dan mulut supaya dapat menapis udara dan mengelakkan jerebu daripada masuk
ke dalam tubuh.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar serta banyak
minum air sebagai langkah untuk menghindari penyakit yang berkaitan dengan jerebu.
13

37. Mengapakah pihak hospital membenarkan sebahagian daripada mangsa
terbabit pulang?
A mereka telah diberi rawatan dan ubat
B mereka telah meneriam rawatan doktor pakar
C doktor mengesahkan bahawa jerebu di kawasan tersebut telah pulih
D tahap kesihatan mereka memuaskan

38. Orang ramai digalakkan memakai penutup hidung dan mulut kerana
A penutup hidung tersebut dapat melindungi muka daripada dikenali.
B penutup hidung tersebut dapat menyihatkan tubuh badan.
C penutup hidung tersebut dapat menapis udara yang tercemar.
D penutup hidung tersebut dapat mengelakkan gatal-gatal pada kulit.

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Jerebu di Kuala Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
400.
B Orang ramai dinasihati supaya memakai penutup hidung dan mulut.
C Batuk, sakit tekak dan gatal-gatal berpunca daripada jerebu.
D Aktiviti riadah perlu dikurangkan bagi mengelakkan diri daripada terdedah
pada jerebu.

40. Frasa berisiko tinggi dalam petikan di atas membawa maksud.
A berkemungkinan besar mendapat bahaya
B selamat daripada bahaya
C berkemungkinan akan mendapat keuntungan
D berkemungkinan kecil mendapat bahaya














Kertas Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai