Anda di halaman 1dari 14

1

Panduan Membina Kredibiliti.


Langkah demi langkah membina Kredibiliti sebagai
seorang IM


2

Disclaimer dan notis.

Segala maklumat di dalam ebook adalah hasil kajian menyeluruh oleh penulis
dan di pastikan berkesan oleh penulis. Sebarang kekeliruan tidak di sengajakan
penulis. Sebagai pembeli ebook ini, anda di larang untuk menyebarkan ia secara
percuma dan menjualnya kepada orang lain. Anda hanya ada kebenaran untuk
membaca sahaja. Anda juga tidak benarkan mengeluarkan maklumat bulat-bulat
dari ebook untuk tujuan post forum, blog entry dan penulisan artikel. Semua data
dalam ebook ini adalah sepenuhnya milik auzanazinuddin.com












3

Kandungan.

Apa yang ada pada kredibiliti ?......................................................................4
Kehidupan IM yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.5
Langkah demi Langkah membina kredibiliti6
Rangkaian perniagaan...10
Popularkan diri anda melalui resell right.12
Rumusan..14











4




Apa yang ada pada kredibiliti?

Menjadi lumrah manusia untuk mempunyai perasaan tidak puas hati. Menjadi
lumrah juga, setiap manusia tidak dapat memuaskan hati semua manusia lain.
Jadi, bagaimana anda hendak bertahan dalam dunia perniagaan Internet?
Tambahan lagi, jika anda seorang IM.

Kredibiliti bukan perkara yang paling penting dalam
perniagaan Internet tetapi adalah keperluan.

Ramai manusia tidak melihat apa yang anda dapat, tetapi mereka melihat apa
yang anda lakukan. Mereka meletakkan kepercayaan atas kredibiliti anda. Maka,
ia amat penting untuk anda membina kredibilit anda sekarang juga.
Persoalannya, bagaimana anda hendak membina kredibiliti? Membina kredibiliti
melalui Internet tidaklah sukar tetapi tidak juga mudah.

Kejayaan anda membina kredibiliti bergantung kepada sejauh mana anda
berkata mengenai diri anda, sejauh mana anda mendedahkan sifat peribadi
anda, dan sejauh mana anda menyumbang kepada masyarakat. Di sini, terdapat
dua cara untuk meningkatkan kredibiliti anda.

Cara pertama adalah menghasilkan produk yang hebat dan mengadakan Joint
Venture dengan mereka yang berpengalaman atau Otai. Sudah tentu kredibiliti
5

anda akan terserlah jika di belakangi oleh mereka yang memang di hormati oleh
orang ramai.

Kredibiliti = Pengaruh


Cara kedua adalah memberi maklumat. Kepandaian dan kebijaksanaan anda
dalam memberi maklumat akan meningkatkan martabat anda di kalangan IM dan
pengguna Internet yang lain. Manusia memandang pada kebijaksaan dan
ketelusan anda dalam memberi maklumat.

Maklumat yang di beri haruslah berkesan dan di sertai fakta yang kukuh supaya
nama anda akan mula di perkatakan oleh ramai orang dan pengaruh anda akan
mula tersebar. Apa yang saya akan cadangkan di dalam ebook ini adalah
bagaimana hendak menyebarkan pengaruh anda dan seterusnya menaikkan
kredibiliti anda sebagai IM terbilang.

Kehidupan IM yang mempunyai kredibiliti yang
tinggi.

IM yang berkredibiliti sangat dedikasi dalam melakukan tugas mereka. Mereka
mempunyai jadual kerja yang tetap dan berkesan. Perkara pertama dan terakhir
di lakukan pada setiap hari adalah memberi bantuan kepada bakal pelanggan
dan pelanggan mereka.

Setiap hari peti emel akan di penuhi dengan jemputan Joint Venture dan emel
dari syarikat persendirian untuk melakukan promosi bagi pihak mereka. Tidak
kurang juga emel dari pihak developer seperti syarikat perisian dan web hosting
6

untuk meminta pandangan mengenai produk mereka.Inilah situasi bagi IM yang
mempunyai kredibiliti.

IM yang berkredibiliti adalah situasi idaman bagi mereka yang inginkannya.
Sememangnya ia adalah kehidupan yang berbaloi untuk di kejar.Mari kita
mulakan langkah demi langkah untuk membina kredibiliti anda sebagai seorang
IM terbilang.

Langkah demi langkah membina kredibiliti.
Anda boleh gunakan teknik di bawah untuk membina kredibilit dalam niche yang
lain juga.

Pertama : Tentukan apa matlamat anda.

Membina kredibiliti dalam dunia IM memerlukan anda untuk menyumbang
sesuatu. Jadi, cari satu topik yang anda minat. Dunia IM selalunya berkaitan
dengan niche make money online. Maka, anda perlu sumbangkan sesuatu yang
jelas dan terang.

Niche Make Money Online terlalu besar bagi anda sebagai beginner untuk
membina kredibiliti. Lebih baik anda kecilkan skop make money online kepada
beberapa perkara yang lebih kecil seperti pemasaran artikel atau SEO atau
adsence.

Ia adalah adat untuk anda bermula dari bawah, Walaupun si anak mewarisi
perniagaan dari ayahnya, anaknya tetap perlu bermula dari bawah untuk belajar
bagaimana perniagaan ayahnya berfungsi. Tiada satu perkara pun bermula dari
atas dan tetap berada di atas.
7


Semuanya bermula dari bawah dan bergerak ke atas dan tetap berada di atas.
Walaupun anda jatuh ke bawah, anda tetap berada di atas kerana apa yang
paling penting dalam kehidupan adalah pengalaman dan pengetahuan.
Kebanyakan newbie bertindak dengan kurang bijak untuk membina kredibiliti
melalui tindakan melulu.
Contoh paling jelas dalam situasi bermula dari bawah adalah syarikat menjual
makanan segera. KFC, MCD dan Pizza Hut tetap boleh berjaya walaupun
mereka tidak menjual semua jenis makanan. Mereka bermula dari kecil,
kemudian baru mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Sekarang, anda boleh lihat walaupun Pizza Hut bermula dengan hanya menjual
Pizza, sekarang terdapat berbagai makanan di kedai mereka termasuklah
spaghetti dan ayam. Jadi, anda pilih satu perkara yang anda rasa boleh anda
lakukan. Jika tidak boleh, anda perlu belajar. Kemudian, anda fokus pada
perkara itu sahaja.

Kedua: Bina kredibiliti melalui kepakaran anda.

Pertama, anda pilih bidang yang anda ingin explore. Sekarang, bina sebuah
laman web professional sebagai kubu dalam perjalanan anda membina
kredibiliti. Kemudian, belajar untuk jadi pakar dalam bidang yang anda pilih.

Ada dua cara untuk membina kredibilit melalui kepakaran. Pertama, memberi
pengetahuan asas kepada pembaca. Contohnya anda ingin menumpukan
perhatian dalam adsence. Maka, anda menulis atau menunjukkan cara
bagaimana hendak mendaftar dan konsep adsence. Kemudian anda
kembangkan ia kepada cara untuk membuat laman web beserta dengan iklan
adsence. Kemudian ,anda kembangkan ia satu persatu.

8

Cara kedua adalah peka pada perkara baru. Dari contoh di atas, sentiasa cari
perkara terbaru yang terjadi dalam dunia adsence. Semakin cepat anda
mendedahkan perkara baru yang terjadi, semakin anda akan di perkatakan
ramai orang.

Ketiga : Promosi Laman Web anda.

Kita berada dalam dunia realiti dan tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Jadi,
saya akan berterus terang dengan anda. Ada dua cara untuk promosikan laman
web anda. Pertama, kaedah percuma. Kedua, kaedah berbayar. Kedua-dua
kaedah mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Kaedah Percuma.

Ada dua cara yang agak berkesan untuk promosi laman web anda iaitu
pemasaran forum dan viral report. Untuk pemasaran forum, anda boleh
promosikan laman web anda melalui siggy anda atau bahagian pengiklanan
sedia ada.

Kebanyakan forum mempunyai bahagian pengiklanan percuma dan jika anda
tidak mampu untuk bayar jika pengiklanan di forum tersebut adalah berbayar,
promosi sahaja melalui siggy. Lakukan posting-posting yang berguna untuk ahli
forumer yang lain. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kepakaran kepada
anda.

Jika anda pakar dalam bidang adsense, sentiasa lebihkan perbincangan di
bahagian tersebut. Awas!! pastikan perbincangan anda adalah dalam bentuk
ilmiah. Ia penting untuk membina kredibiliti anda. Jika ada blog direktori,
masukkan blog anda di dalamnya.
9


Untuk cara kedua, saya cadangkan anda anda buat satu laporan percuma untuk
di edar kepada orang ramai. Laporan yang anda bina perlu eksklusif dan
mempunyai harga. Saya ambil contoh adsense sekali lagi. Untuk membina
kredibiliti anda boleh menulis laporan mengenai perkara berikut :

1. Cara terpantas membuka akaun adsense.
2. Teknik untuk mendapat 100 USD pertama anda melalui adsence.
3. Cara membina web adsense.

Tuliskan sesuatu yang akan memberi kepuasan kepada si pembacanya.
Semakin puas pembaca laporan anda, semakin tinggi kredibiliti anda akan
meningkat. Anda boleh letakkan link ke laman web atau squeeze page anda di
dalam laporan tersebut.

Edarkan laporan tersebut ke forum-forum dan rakan-rakan anda yang
mempunyai minat yang sama. Izinkan pembaca laporan anda untuk
mengedarkan laporan anda kepada orang ramai untuk membentuk pemasaran
viral terpantas.

Kaedah Berbayar.

Jalan terpantas untuk membina kredibiliti adalah dengan menggunakan wang.
Wang mampu membeli hampir segala-galanya termasuklah kredibiliti. Promosi
menggunakan kaedah berbayar membantu anda untuk membina kredibiliti
dengan lebih pantas.

Melalui langkah satu dan dua, anda telah ada asas kredibiliti. Langkah ketiga
pula berfungsi untuk mempromosi kredibiliti anda. Di sini, saya akan tunjukkan
satu cara mudah untuk membina kredibiliti melalui kaedah berbayar.
10


Pertama, anda perlu bina satu landing page lengkap dengan opt-in. Kedua, anda
lakukan promosi landing page yang anda bina. Di bawah adalah antara kaedah
promosi berbayar yang boleh anda lakukan.

1. Membeli ruang pengiklanan banner di blog-blog.
2. Membeli ruang pengiklanan di laman web yang mempunyai trafik yang
tinggi seperti bharian.com dan malaysiakini.com. Walaupun pengiklanan
seperti ini adalah rawak, anda boleh memperoleh targeted prospek apabila
mereka melakukan opt-in.
3. Melakukan pengiklanan secara pay per click seperti google adword.
4. Membeli pengiklanan secara pay per view di laman sosial seperti facebook
dan laman web download seperti ziddu.
5. Membeli pengiklanan dari pemilik mailing list. Minta pemilik mailing list
untuk melakukan promosi mengenai landing page anda.
6. Mengumpul mailing list melalui pertandingan Pay Per Lead.

Di atas adalah antara kaedah berbayar yang ada untuk anda lakukan promosi
dan seterusnya membina kredibiliti anda sebagai IM terbilang.

Rangkaian Perniagaan.

Teknik advance dalam membina kredibiliti adalah membentuk satu rangkaian
perniagaan. Semakin ramai anda kenal, semakin anda akan di hormati. Saya
bagi satu contoh. Katakan anda mengeluarkan satu produk, produk tersebut
sangat bagus dan berguna, malangnya pengguna tidak tahu mengenai
kehebatan produk anda.

Sehebat mana sekalipun anda lakukan promosi, anda akan kekurangan pembeli
kerana anda kekurangan pengaruh. Katakan juga, anda mempunyai kenalan
11

perniagaan dan anda minta beliau untuk memberi pendapat mengenai produk
yang anda keluarkan.

Saya percaya jualan anda akan meningkat kerana anda di nilai oleh seorang
pakar.

Mempunyai rangkaian perniagaan akan memudahkan anda untuk lebih maju dan
kredibiliti anda juga akan meningkat. Jelas, bahawa rangkaian perniagaan
memang memainkan peranan penting dalam perjalanan perniagaan dan
membina kredibiliti anda.

Antara cara untuk membina rangkaian perniagaan.

Menjadi pusat pertanyaan.

Rangkaian perniagaan tidak terhad pada mereka yang pakar sahaja. Mereka
yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet juga adalah rangkaian
perniagaan yang penting kerana semua orang akan berkembang pengalaman
mereka.

Bina satu servis percuma iaitu menjadi pusat pertanyaan untuk segala masalah
yang di hadapi oleh Newbie dalam bidang yang anda pilih. Jika anda ada masa,
anda boleh tetapkan masa sekian-sekian untuk sesi pertanyaan. Jika anda tiada
masa mungkina anda boleh tetapkan seminggu sekali untuk anda lakukan
webinar atau conference.

Berkenalan dengan ramai orang di forum.

12

Sentiasa bertegur sapa dengan IM-IM di forum dan kalau boleh adakan majlis
tertentu untuk mereka seperti makan malan dan sebagainya. Untuk hubungan
jangka panjang, mungkin anda boleh adakan sesi mastermind untuk berkongsi
idea dengan IM-IM yang lain.
Sentiasa hadir dalam perjumpaan dan seminar.

Tidak salah kalau anda melabur sedikit untuk membina jenama dan kredibiliti
anda. Walaupun anda seorang pakar, anda boleh pergi ke seminar dan
perjumpaan untuk menambah kenalan dalam rangkaian perniagaan anda.
Apabila anda kenal seseorang, anda adalah eksklusif kepada mereka. Jadi,
senanglah nanti untuk anda lakukan projek.


Popularkan diri anda melalui resell right.

Resell right juga adalah antara viral marketing yang paling berkesan sekali. Anda
hasilkan produk yang hebat, anda jualkannya dalam masa tertentu dan anda
keluarkan resell right untuk produk tersebut. Lesen resell right adalah hak untuk
pembelinya menjual produk yang di beli pada harga yang di tetapkan.

Resell right adalah win-win situation bagi anda dan pemilik resell right. Untuk
anda, anda dapat meningkatkan kredibiliti dan untuk pemilik resell right, mereka
dapat keuntungan 100 %.

Kenapa resell right boleh meningkatkan kredibiliti anda?

Lesen resell right tidak membenarkan pembelinya untuk menukar kandungan
asal dalam produk. Jadi, jika anda menjual resell right untuk produk anda, anda
13

sebenarnya sedang membina jenama dalam perniagaan anda. Ini kerana setiap
produk yang terjual terdapat nama anda di dalamnya.

Nama anda akan meningkat naik jika produk yang anda hasilkan adalah bagus
dan bermutu tinggi. Pembeli akan mula rasa hormat akan anda kerana anda
adalah pemilik asal produk tersebut.

Bagaimana hendak membina kredibiliti melalui jualan resell right?

Pertama, produk yang anda hasilkan perlulah bermutu dan mempunyai
permintaan yang tinggi. Kedua, brandingkan produk anda sepenuhnya. Dari
penulisan sales letter sehinggalah pembentukan minisite. Semuanya perlu
menjurus pada anda.

Di bahagian hadapan ecover, anda letakkan laman url anda. Begitu juga di
minisite. Pada bahagian permulaan ebook, kenalkan siapa diri anda dan apa
yang anda lakukan. Jual diri anda sepenuhnya.

Untuk menolong pembeli resell right anda, tawarkan perkhidmatan hosting file di
server anda. Di samping itu, anda boleh mencuri senarai emel pembeli dari
penjual resell right. Anda juga boleh memaksa pelanggan anda dan pemilik resell
right anda untuk berdaftar dengan anda jika mereka mahu update dari produk
anda.




14

Rumusan

Untuk membina kredibiliti, anda perlukan masa yang lama, tetapi untuk anda
jatuh, hanya satu saat sahaja di perlukan. Anda perlu tenang, amanah, jujur,
ikhlas dan matang serta professional.

Anda akan jatuh jika:
1. Mungkir janji, tidak amanah. Tidak memberi refund walaupun anda telah
janjikannya.
2. Menjual produk yang tidak bermutu.
3. Berlagak dan sombong.
4. Hanya nampak wang semata-mata.
5. Tergopoh-gapah semasa membuat keputusan.
6. Tidak jujur dalam perniagaan.
7. Sentiasa melakukan post-post yang tidak berguna di forum-forum.
8. Menulis entry blog yang bosan dan tidak bermakna.
9. Tidak memberi support yang sepatutnya.

Sekarang, anda fikirkan sedalam-dalamnya. Perniagaan online sama sahaja
dengan perniagaan offline. Anda perlu menganggap setiap perbuatan yang anda
lakukan adalah untuk tujuan perniagaan. Apabila anda berfikir seperti ahli
perniagaan, anda adalah usahawan sebenar.

Recommend resources:
http://24hours.auzanazinuddin.com
http://auzanazinuddin.com

Anda mungkin juga menyukai