Anda di halaman 1dari 4

Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca Berkesan.

Artikel ini menjelaskan kepentingan, pengertian, tujuan, bagaimana anda boleh meningkatkan
mutu pembacaan, kualiti pembaca yang baik serta bagaimana pembacaan yang luas dan banyak
boleh membawa kejayaan kepada anda.
Pengenalan
Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi
setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun
ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai
bahan bacaan dan rujukan utama.
Membaca ialah suatu proses
komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).
Jadi, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah
kefahaman yang mantap.
Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan
sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa
yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang
tersirat di dalamnya atau pada apa yang dibaca.
Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi
sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya
anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih
lancar, tetapi juga, anda akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari
bahan yang anda baca itu. Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan
membaca. Selain itu, dengan cekapnya anda membaca, akan menjimatkan masa serta
membolehkan anda membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran.

TEKNIK MEMBACA BERKESAN
Berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan
serta kualiti pembelajaran anda:
Teknik Membaca PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar;
Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.
(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi
perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah
untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab
dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda
akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai
soalannya.
Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang
boleh anda buat ialah Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya? Dengan
adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari
jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda
membaca.
(c) Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi
soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu
proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri)
MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau
bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda
telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea
daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula
menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat
anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta
pengingatan anda.
Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum
Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda
sedang baca.
Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhation kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan
anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang
anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-
bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami
apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang
anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula
akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.
Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca,
anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting.
Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan
anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila
selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.
Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam
sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi
perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda
sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang
perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun
kegunaannya. Dengan
adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda
akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.
Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku.
Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih
jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat
peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".
PEMBACA YANG BAIK
Pembaca yang baik adalah yang:
Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
Memastikan semua bacaan yang dibacanya difahami dengan sepenuhnya.
Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa
yang difahami ke dalam hidupannya seharian.
Peringatan
Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya
diajar oleh guru di kelas atau kertas amali sebelum masuk makmal.
Sewaktu membaca garis atau catat isi-isi pentingnya.
Sediakan soalan-soalan jika perlu.

Anda mungkin juga menyukai