Anda di halaman 1dari 5

1

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.


Bagi meneruskan atur cara pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menyanyikan lagu negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu
Sekolah.
Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul
pada pagi yang mulia ini.

Irama beralun gendang dipalu,
langkah diayun berpasang-pasangan,
57 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.
57 tahun, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.begitulah tema kemerdekaan
Malaysia pada tahun ini.

Hadirin sekalian,

Sedar tak sedar negara kita, Malaysia, kini sudah menjangkau usia 57
tahun. Banyak perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap
negara ini dari semasa ke semasa.
Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari
ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku
atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban
jiwa dan raga.
2


Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, kami
berharap agar kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan
yang kita kecapi hari ini.
Hadirin sekalian,

Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita
mungkin tidak boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu.
Dasar pecah dan perintah oleh penjajah telah menyebabkan rakyat
berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama
India.
Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan
Tun V.T. Sambanthan kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1
Malaysia yang ada pada hari ini.
Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah
yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu,
sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk
mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang
sedia ada sekarang.





3

Hadirin sekalian

Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan, teknologi
telah kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara
kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang
ancaman dan jajahan seperti Palestin.

Bagi memberkati majlis sambutan kemerdekaan ke-57 pada hari ini,
dijemput Ustaz Naderi untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Alhamdulillah semoga kita, mendapat keberkatan, sepanjang hayat.

Bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan En.Teh Pang
Eng selaku Pengetua SMPKP untuk membacakan perutusan daripada
YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan
sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Kemerdekan Yang ke-57.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Teh Pang Eng atas ucapan
perasmian itu tadi.

Majlis akan diteruskan dengan Tayangan Slaid Sempena Hari
Kemerdekaan.
4

Begitulah tadi tayangan slaid yang begitu menyentuh hati dan perasaan
kita. Semoga kemerdekaan pada kali ini akan menguatkan lagi rasa
cinta akan negara Malaysia yang tercinta.
Hadirin Sekalian,
Majlis tidak lengkap rasanya jikalau tiada persembahan dari guru dan
pelajar. Bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini,
majlis dengan sukacitanya menjemput Guru-Guru SMPKP untuk
menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk_________________________
Dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas persembahan penuh
bersemangat itu tadi..
Kini tibalah pula giliran kami guru-guru baharu untuk membuat
persembahan nyayian lagu bertajuk Setia dengan menggunakan kod
tangan. Saya dan rakan saya, Cikgu Wan ingin menjemput semua rakan
guru baharu untuk naik ke pentas.
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada semua guru baharu atas persembahan
itu tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar yang berbentuk
sebuah pertandingan PentominDipersilakan
__________________________________________________________
__________________________________________________________
________________________________________________________
5

Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah. Bagi
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah, majlis menjemput
Tuan Pengetua En. Teh Pang Eng diiringi oleh _____________________
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
________________________________________________________

Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas
dan tahniah kepada warga SMPKP kerana dapat sama-sama meraikan
majlis sambutan kemerdekaan ini.
Degupkanlah Jantung Kita
Nyatakanlah Dalam Hati
Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia
Marilah Kita Bertepuk Tangan
Memberi Sokongan 57 Tahun Kemerdekaan

Sekian dari kami berdua. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan
Insyaallah
Terima kasih
p/s Semua guru dijemput_____________________________

Anda mungkin juga menyukai